Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Suasana pentas dan backdrop
(Artikel disunting dari petikan asal di Portal Rasmi SAM Muhammadiah Pekan Sabak)
Pada 27 April 2014, jam 8.30 pagi, bertempat di Dewan Besar Muhammadiah Pekan Sabak, SAM Muhammadiah Pekan Sabak telah mengadakan satu lagi acara tahunan sekolah iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan pencapaian cemerlang para pelajar dalam peperiksaan dalaman dan awam seperti PMR, SMA, SPM dan STAM. Tema majlis pada hari yang bersejarah itu ialah “Iltizam untuk Cemerlang”.

Acara dimulakan dengan kehadiran tetamu jemputan dan sesi pendaftaran ibu bapa serta pelajar yang menerima anugerah pada jam 8.30 pagi. Tetamu kehormat, Yang berhormat Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh, Ahli Parlimen Malaysia Sabak Bernam tiba bersama dif-dif kehormat yang lain di perkarangan Dewan Besar pada jam 9.00 pagi diiringi dengan paluan kompang. Perarakan masuk dif-dif kehormat diketuai oleh Ketua Pelajar SAM Muhammadiah, Muhammad Farhan bin Mohd Hamid yang membawa masuk Al-Quran. Acara diteruskan dengan laungan Asma`ulhusna, nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri Selangor oleh seisi warga dewan. Ustaz Nurizat bin Mohd Kamal telah mengetuai bacaan doa untuk memberkati majlis. Majlis turut diserikan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh saudara Izaz Izzudin bin Abu Bakar .

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengetua SAM Muhammadiah Pekan Sabak, Puan Jamaah binti Shahbuddin. Bonda pengetua mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan ko-kurikulum. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmi dan acara perasmian majlis oleh wakil Ahli Parlimen Malaysia Sabak Bernam tersebut. Acara utama iaitu penyampaian hadiah peperiksaan dalaman Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 STAM 2013 digamatkan lagi dengan celoteh daripada tiga orang pengantara hadiah iaitu Ustaz Mohd Hussin bin Mokhtar untuk slot Bahasa Melayu, Pn. Suraya binti Abdul Ghaffar untuk slot Bahasa Inggeris dan Pn. S. Sarimah binti Suyurno untuk slot Bahasa Arab.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pelajar yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan awam iaitu PMR, SMA dan SPM serta Majlis Graduasi STAM.

Acara kemuncak pada hari itu ialah penyampaian Anugerah Tokoh Pelajar 2013 yang dianugerahkan kepada para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang sahsiah, akademik, ko-kurikulum dan kepimpinan. Tokoh pelajar lelaki 2013 diberikan kepada Muhammad Iqbal bin Zaki manakala Tokoh Pelajar Perempuan pula diberikan kepada Zahratul Syafiqah binti Mahudin.

Acara diakhiri dengan persembahan qasidah oleh kumpulan Fathul Qalbi. Seterusnya, tetamu-tetamu kehormat diarak keluar dari dewan dan majlis bersurai.

Berikut adalah paparan menarik yang berlangsung ketika Hari kecemerlangan Pelajar dan Majlis Graduasi 2014.

[KAMERA: Amirul Syafiq dan Redhuan Amran]

Suasana kaunter di hadapan dewan
Kaunter pelajar
Para guru SAMMPS
Pelajar yang menerima hadiah atas pencapaian masing-masing
Belakang pentas
Sijil untuk graduan
Slaid
Audio
Al-Quran simbolik ketibaan
Para ibubapa yang hadir
Pengacara majlis
Pengantara hadiah
Hadiah untuk pelajar yang berjaya
Sila ambil satu
Graduan
Cik Zanishar, AJK Fotografi dan Dokumentasi
Pasukan kompang
Pengerusi majlis
Ketibaan dif-dif kehormat
Tetamu kehormat
Pelajar cemerlang PMR
Bacaan al-Quran oleh Muhammad Izaz Izzuddin
Bacaan doa oleh Ustaz Izat
Ucapan Pengetua
Tetamu kehormat
Wakil YB Tuan Haji Fasiah
Suasana majlis
Bersedia mengambil hadiah
Suasana pentas bersama dif kehormat
Hadirin-hadirat
Mengambil hadiah
Mengambil hadiah (macam kenal...)
Pengerusi majlis
Pengantara hadiah
Gambar dalam gambar
Pelajar PMR yang berjaya
Mumtaz STAM 2013
Graduan diminta bersedia
Tokoh Pelajar Lelaki SAMMPS
Tokoh Pelajar Perempuan SAMMPS
Persembahan qasidah oleh kumpulan Fathul Qalbi
Perarakan keluar
Graduan SAM Muhammadiah
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua ahli Jawatankuasa Pelaksana Hari Kecemerlangan Pelajar dan Graduasi 2014 yang telah mengelolakan majlis dengan lancar dan sempurna. Semoga usaha dan kejayaan ini akan diredhai oleh Allah SWT. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ulasan

Catatan Popular