Bukan Mudah...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dapat juga untuk mengupdate blog. Maklumlah, tiga minggu duduk asrama bukannya ada peluang pun nak mengemaskininya. melainkan kalau dah sepetangan duduk dalam bilik ICT ni, maklumlah dah macam owner bilik ICT ni pun ada juga. Alhamdulillah, pada saat ini di bilik ICT, sehari sebelum nak kembali, ke pangkuan usrati, dapatlah juga untuk menekan papan kekunci untuk meluahkan apa yang etrbuku di hati dan apa yang lelahnya diri ini.

Menjadi pendokumentasi bukanlah mudah,
Ada yang jerih, terasanya payah.

Ramai yang menyaksikan kekerapan aku muncul di khalayak ramai menjadi sesuatu perkara yang lumrah. "Eleh, si Amirul ni lagi." "Tak apa, dah faham jobnya apa." "Hurmmm... nampak benar sibuknya." Tapi tidaklah sesibuk Farhan Hamid. Hah, sempat lagi.

Apatah lagi semakin lama semakin banyak job yang mendatang memerlukan aku membahagikan tugas dengan sempurna, emosi seperti sediakala, kesihatan yang terjaga. Bukannya apa, dah nak masuk penutup bulan April, ketika itulah, berlonggok-longgok kerja keluar dan masuk. Kerja menyiapkan video untuk #HariGuruSAMMPS lagi, kerja pendokumentasian yang seperti private pun ada juga, HKP, dan sebagainya. Aku kena seimbangkan dan kalau korang ajdi aku, kau pun akan melakukan perkara yang sama. Kadang aku bersoal kepada diri, mampukah aku menanggung tanggungjawab yang tidak tahu mana asal usulnya aku dilantik? Mungkin kerana kisah silam yang mengheret aku melibatkan diri ke kancah sebegini menyebabkan aku tidak mudah lupa dan tidak mudah tahu apa itu erti putus asa dan menanggung sebegini. Aku tak tahu. Allah tahu. Tapi aku tak pernah merungut. Aku tak pernah soal. Aku tak pernah pertikai. Sebab aku suka job ini. Aku tahu apa yang terjadi. Dan aku harapan semua orang.

Namun, bukanlah aku insan sempurna,
Pasti ada cacat dan cela.

Dalam melaksanakan tugasku, akan ada juga masalah yang timbul. Banyak gila masalah tapi ku pendamkan. Aku tak mahu orang tahu dan orang memikirkan masalah aku. Peduli apa kau nak panggil aku selfish, berlagak sombong dan sebagainya tapi I'm used to be alone. Tapi tak adalah aku sampai menolak permintaan orang yang ingin membantuku. Kerana aku tak mampu sendiri, aku perlukan sokongan dan bantuan. Tapi tangan kalian, aku sekarang dah lemas dalam kerja yang banyak. Tapi tolonglah sangat-sangat, jangan suka mempertikaikan. Jangan soal kenapa aku yang asyik muncul, dah tak ada orang lain, bosan menatap mukaku memegang kamera, menguruskan projektor, mengurus itu ini, begitu begini. Apa yang aku mahukan adalah pertolongan.

Fed-up aku ada batasan. Anti aku tiada kuota, siapa yang aku benci, memang aku tak layan. Sehinggakan aku membuat keputusan untuk menarik diri dalam Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu ketika Kemahiran Amal Islami Peringkat Zon 1 pun masih ada yang berbisik kemakian. "Memalukan sekolah." "Ada kelebihan taknak manfaatkan. "Siakan peluang" dan sebagainya. Tapi, pernahkah kau faham perasaan aku, bebanan aku, kemampuan aku? Hanya yang kalian tahu, nak menang tapi mampukah aku nak menang? Aku akan menjawab di sini kenapa aku tarik diri debat hari itu. Yang korang eager sangat mengumapt dari belakang, merendahkan semangat yang semakin hilang dan sebagainya. Aku terima.

Aku dan Afzal baru balik dan habis menjayakan Bahas Ala Parlimen KOKURia selama dua hari. Dua hari. Sehari rehat then Amal Islami. Time tu dah keekrapan berdebat dan menggunakan otak membuatkan kami tak larat, penat dan tak sihat. Korang tahu nak push sahaja. Memang time tu kami fikir nak berehat. Demam satu badan. Nak jawab lagi persoalan apsal tarik diri tu lagi. Bukan sahaja di kalangan guru, murid lagi.

Bukan mudah weh.
Masalahnya cuma satu.
Kau tak rasa apa yang kami rasa.

Itu sebab kau boleh kata sesuka hati kau.
Tapi pemikiran kau, ada tak kau fikirkan bersama?
Hanya tahu membabi buta, sehingga membutakan apa yang kami rasa?

Sudahlah. Perkara telah berakhir. Keputusan sudah pasti. Ini semua kuasa Ilahi. Tiada siapa yang mampu menentang, harap menerima. Aku kekurangan. Afzal kekurangan. Everybody ada kekurangan masing-masing.

Tak masuk lagi masalah emosi yang asyik membelenggu diri. Menguasai segenap liang hari yang tak tahu ada perasaan ke tidak ini. Nak menjaga hati orang, bukan payah. Diri sendiri pun adakalanya terbai. Soal perasaan, maruah dan sebagainya. Takkan aku nak 'lantak kaulah', kau punya pasal. Tak mampu weh.

Kepenatan.
Itu istilah menggambarkan.

Please. Hidupku. Hidupmu. Allah penentu.
Uruskanalh diri sendiri sebelum kau menyibuk hal lain.
Fahami diriku sebelum aku maki dan caci.
Ada sesuatu di sebalik yang terjadi.

Diam.

Silent.

Jangan pertikai kerja orang.
Jadilah macam kitorang.
Baru kau tahu nak berang, bengang dan sebagainya.

Don't make speculations but make actions.

Terima kasih semua yang menyokong.
Terima kasih kerana membantu.
Aku hargai.

Bukan mudah...

Bukan mudah jadi aku.
Bukan mudah jadi kamu.
Bukan mudah jadi orang lain.

Bukan mudah...


Sekian. Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT