Bukan Mudah... (Episod 2)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hari ini aku nak sambung cerita mengenai kerjayaku.
Bukan nak riya'.
Bukan nak takabbur.
Tetapi biarlah menjadi ulasan sepanjang aku berada di bumi Muhammadiah ini selama 5 tahun.

Bukan aku bermula daripada Tingkatan 1 untuk melibatkan hal pendokumentasian, siaraya dan multimedia. Bermula dari Tingkatan 3 saya arsa, itupun dengan kehadiran guru baru yang kini guru tetap iaitu Cikgu Norvidayu Noh Rawi (thanks cikgu kerana telah meletakkan saya sehingga ke tahap ini) dan sampai sekarang, apa yang aku buat, akarnya, benihnya adalah beliau. Setiap sesuatu ada hikmah. Pengenalan, perkenalan sesuatu ada hikmah. Seriously, ada hikmah.

Sampai sekarang...
Aku mengenepikan rasa penat itu.
Tapi fokus terhadap pelajaran tidak diabaikan.
Kalau tak, aku dah top 10 dalam peperiksaan tetapi slack Sejarah wajib lulus bukan?
Aku kena keep it up for History subject.

Melalut malam ini bukannya apa.
Bukan nak kata aku post ni tak ada idea.
Bukan nak kata aku saja nak membangga.

Cuma pengharapan.
Bukan mudah.

Sekarang, aku dapat lihat kepemimpinan exco kita semakin lama semakin mudah utnuk orang gulingkan. Bukan aku nak kata aku penentang exco atau aku golongan yang suka menimbulkan diskriminasi dan sebagainya. Tetapi realiti kehidupan. Orang takkan setuju denagn apa yang kita buat sebab kita tak bersefahaman. Bukan mudah nak mempengaruhi seterusnya memperolehi kepercayaan orang terhadap kita.

So, I hope exco Samoners, please be patient. Ujian dari Allah. Ada hikmah.

Alhamdulillah, dah sah aku tak join AJK HKP.
Tahun ini protokolnya ketat sikit.
So, no chance to mencelah di mana-mana.
Tak apalah, janji naik ambil hadiah.

Oh ya.
Aku bersyukur sebab ada sahabat baik aku.
Susah senang tak dapat kulupa bersama.
Sayang dia ~ :D

Tanpa sokongan, tanpa usaha, tanpa sahabat - bukan mudah...
Bukan mudah nak buat kerja.

So, jangan anggap kerja orang yang memimpin itu mudah.
Sebab ada di sebaliknya kesedihan yang besar.
Moga terus tabah menghadapinya.
Hidup kena teruskan.
Walau penuh makian.
Pedulikan kata cacian kemanusiaan.
Yang penting, menjalankan amanah dan diredhai Tuhan.
Allah. Number one.

Senyap dan sunyi.
Itu sahaja nukilan kali ini.
Serius, penat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT