Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Karnival Hari Usahawan SAMMPS 2014 (Bahagian 5): Gerai Bermula & Forum Perdana Episod 2

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersambung kembali pada entry yang berikutnya mengenai Karnival Hari Usahawan SAMMPS 2014 mengenai suasana pada malam forum perdana dan malam kebudayaan dan kesenian Islam. Maybe this is the last entry about Hari Usahawan.

[KAMERA: Ahmad Muzzammil dan Adiel Ali]


Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Artikel disunting dari petikan asal di Portal Rasmi SAM Muhammadiah Pekan Sabak) Pada 27 April 2014, jam 8.30 pagi, bertempat di Dewan Besar Muhammadiah Pekan Sabak, SAM Muhammadiah Pekan Sabak telah mengadakan satu lagi acara tahunan sekolah iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan pencapaian cemerlang para pelajar dalam peperiksaan dalaman dan awam seperti PMR, SMA, SPM dan STAM. Tema majlis pada hari yang bersejarah itu ialah “Iltizam untuk Cemerlang”.

Acara dimulakan dengan kehadiran tetamu jemputan dan sesi pendaftaran ibu bapa serta pelajar yang menerima anugerah pada jam 8.30 pagi. Tetamu kehormat, Yang berhormat Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh, Ahli Parlimen Malaysia Sabak Bernam tiba bersama dif-dif kehormat yang lain di perkarangan Dewan Besar pada jam 9.00 pagi diiringi dengan paluan kompang. Perarakan masuk dif-di…