Sahabat Sehebat Kamu (...sebuah puisi buatmu)



Ini kisah mengenai aku,
Dan juga seorang insan,
Dia cukup istimewa bagiku,
Walaupun kami jantina berlainan.

Pertama kali bertemu,
Hanya di Mukabuku,
Tak tahu apa anginku,
Ingin melayan karenahmu.

Entah bagaimana aku tertarik,
Personalitimu memang menarik.
Berkawan denganmu memang tak serik,
Dari tengah malam sampai panas terik.

Mula-mula kawan,
Lama-lama sahabat,
Hatiku kau tawan,
Sungguh, kau memang hebat.

Langkah persahabatan kita diteruskan.
Segala manis pahit semua kau kongsikan.
Kau dan aku; tak ada benda kau rahsiakan.
kerana kita berpegang teguh saling kepercayaan.

Walaupun aku di asrama tidak bertemumu,
Jauh lagi menghubungimu,
Dek rasa tebalnya malu,
Ku pendamkan seribu,
Tapi usaha menegurmu,
Tetap merangkak dalam fikiranku.

Utus surat tak pernah tamat.
Kirim salam saling mengingat.
Walau jauh, di hati dekat.
Maklumlah, kita inikan sahabat.

Jalan yang lurus kembali berliku.
Kadang kita gaduh, pandangan tak satu.
Kau merajuk, aku puas pujuk sampai otak tepu.
Tapi demi menagih perhatianmu, aku tak jemu.

Ketawa bersama, menangis bersama,
Sampai ke tengah malam kita ha ha ha.
Kadang azan subuh penamat bicara.
Tidur diqadha' penuh selera.

Tiap malam asyik meneman.
Tak rasa jemu apatah lagi bosan.
Banyak topik kita bicarakan.
Walaupun tak tahu apa yang nak dibualkan.

Masa terasa pantas berlalu.
Rasa macam sekejap bertemu.
Tapi disebabkan kemesraan selalu.
Kita still kekal bersatu.

Namun tak lupa ranjau kehidupan.
Diuji persahabatan dengan dugaan.
Kadang terpaksa membuat keputusan.
Walau kutahu itu menyakitkan.

Luka di hati kau ubatkan.
Tidak ringan tidak jemu hulur kemaafan.
Dalam hati tersisip keredhaan.
Dan sayangkan hubungan yang dah lama dibinakan.

Ku berdoa kepada Ilahi.
Aku sayang dia Ya Rabbi.
Moga Kau kekalkan hubungan ini.
Dan terus merestui.

Dan buat sahabat sejatiku ini,
Aku nak kau tahu di dalam hati,
Aku sayang kau saudari,
Tak mahu kehilangan kau lagi,
Tak kisah sampai kau kahwin nanti,
Berkekalan ukhuwah kita ni.

KHUSUS UNTUK AWAK,
Sahabat Sejati

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular