Majlis Pengumuman Rasmi dan Penyerahan Keputusan SPM2013 #ResultSPM2013

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pada 20 Mac 2014, berlangsungnya Majlis Pengumuman Rasmi dan Penyerahan Keputusan #SPM2013 di Dewan Besar Muhammadiah Pekan Sabak bermula jam 8.30pagi. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran barisan pentadbir SAMMPS bagi meraikan kejayaan para pelajar yang mengambil peperiksaan #SPM2013. Alhamdulillah, SAM Muhammadiah Pekan Sabak telah mencapai keputusan yang membanggakan dengan pencapaian peratusan 100% dengan gred purata 3.62 berbanding 4.09 pada tahun 2012. Alhamdulillah juga, rekod SPM berjaya dipecahkan dengan pencapaian baru lagi membanggakan daripada Zahratul Syafiqah binti Mahudin yang berjaya memperoleh 7A+ 3A-. Tahniah diucapkan kepada semua calon #SPM2013 dan semoga berjaya dalam hidup. Berikut adalah paparan menarik sepanjang majlis ini berlangsung.

[KAMERA: Amirul Syafiq & Adiel Ali]

Ketibaan Tuan Pengetua, Puan Jamaah binti Shahbuddin
Guru memeriksa analisis #SPM2013
Calon #SPM2013 menyemak fail peribadi pelajar
Menyemak slip
Bangga dengan pencapaian atas tunjuk ajar dan usaha yang gigih
Tuan Pengetua memujuk Puan Aishah, PK Akademik yang terharu atas pencapaian cemerlang
Para guru melihat slip pencapaian pelajar

Calon #SPM2013
Calon perempuan #SPM2013
Cikgu Ilham selaku pengerusi majlis
Barisan pihak pentadbir
Dalam senyum ada gementar
Calon lelaki #SPM2013
Cik Siti Suhada, mengumumkan keputusan
(DARI KIRI) Puan Aishah, PK Akademik, Puan Jamaah, Tuan Pengetua dan Puan Fadzilah, Penyelaras Peperiksaan
Adik-beradik kembar, Iqbal (7A) dan Muqri (8A) berjaya memperoleh keputusan cemerlang
Cemerlang sukan, cemerlang akademik. Tahniah Muaz (8A)!
Tahniah Fuad (8A)!
Sumayyah Zakaria berjaya memperoleh 9A dalam #SPM2013. Mabruk alaiki!
Pelajar cemerlang #SPM2013, Zahratul Syafiqah dengan pencapaian 10A (7A+ 3A-)
Para pelajar menanti keputusan masing-masing
Senarai pencapaian terbaik pelajar SAMMPS #SPM2013
Bertemu mesra setelah lama tidak bersua
Analisis #SPM2013
Kaunter asrama (jika ada yuran belum selesai)
Memeriksa sijil
Zahratul Syafiqah
Wajah kejayaan dan guru cemerlang #SPM2013
Gred Purata Sekolah di Sekolah Agama Menengah negeri Selangor
(Sumber: Facebook)
Berharap dengan keputusan ini dapat menyuntik semangat para pelajar SAMMPS untuk terus meningkatkan lagi pencapaian akademik seterusnya mengharumkan nama sekolah dengan kejayaan yang cemerlang.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT