Lembutnya Hati Kau, Mirul ~ (...sebuah entri panjang)

10:44 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dapat juga aku mengupdate sebuah entri pada minggu ini sbeelum bulan Mac ini melabuhkan tirainya dan menyebabkan ramai bersedih hati kerana selepas ini kita akan mengalami satu bulan yang dinamakan bulan April di mana pada bulan ini amat jarang untuk kita temui waktu percutian dan kebanyakan yang duduk di asrama akan berada dalam jangka masa yang lama yang hakikatnya, warga dunia kena terima akan bulan ini dengan seadanya (barulah kini aku menemui titik noktah). Hari ini, berdasarkan tajuk yang aku inspirasikan daripada sebuah blog sahabat baik aku di sekolah, (saya ulangi sekali lagi nama tajuknya) Lembutnya Hati Kau, Mirul (shift+`) ~

"Apa kebenda yang lembut hati kau ni Mirul? Jatuh cinta ke apa?"

Bukan mengenai cinta. Bukan nak kata hati aku ni lembut tak pernah buat dosa.
Bukan nak kata aku dah bedah hati aku dan sudah check memang kenyal lagi hati ini.

"Punchline kau..."

Ok, ada beberapa ujian hidup yang menajdi mukadimah tiga bulan pertama dalam sejarah entri 2014 hidupku.
Macam-macam.
Perit manis semua ada. Tapi kebanyakan first three months aku ini dipenuhi dengan keperitan halangan dan cabaran yang melanda.

Aku tak kisah sekiranya anda yang membaca entri ini terasa hati ke apa.
Terasa nak bagi kaki ke apa, tapi ini sebagai luahan hati aku terhadap blog ini.
Dan untuk memperjelaskan kepada khalayak umum mengenai kehidupan yang semakin mencabar.

First of all, ianya mengenai persahabatan.
"Apahal ni?"
Nak ceritanya ni, slow-slowlah.

Alkisahnya taknaklah dihuraikan.
Tetapi menjadi sebuah ingatan.

Alhamdulillah, tahun ini aku berjaya menjadi Ketua Dorm (tak mengharap tapi amanah minal ra'isil warden 'amanah dari ketua warden'), Pengerusi PRS, Ketua Kelas, Pendokumentasi Sekolah dan yang terbaru Pengerusi ICT. Wah, dah ada bilik sendiri dong!

Tapi masalahnya...
"Apa masalahnya?"
Normal la, bila dah jawatan banyak ni, mesti ada yang iri hati, jealous dan makan hati.

Ranjau kepimpinan bukan?
"Bukan semuanya indah." Ya, betul.

Tapi sekarang aku mampu tersenyum dan adakalanya tergugat.
Sebab yang pasal dorm tulah, aku rasa tergugat.
Takut apa-apa tindakan yang aku buat, akan terasa tersekat.
Maklumlah, gejala balachi (mengadu kepada guru) semakin membuatku meluat.
Tapi wallahi setakat ini tiada melakukan gejala buli sampai melarat.

Tapi...
Tapi...
"Apa tapi-tapi?"
Undang yang aku laksanakan.
"Why?"
Ada yang mengadu juga.
Exco punya tindakan pun tidak terkecuali.
Sampai aku rasa baik tak payah memimpin kalau asyik nak mengadu.
Tak boleh nak terima dengan apa yang dilakukan.
Teruk sangat ke?

Dah lama duduk asrama.
Dah lama merasa asam garam asrama.
Tapi tahun ini, garamnya dah terpercik ke muka sendiri.
Dek kurang ajar segelintir junior yang tak daham erti ketamadunan dalam asrama.

"Jauh bro tersimpang dari sahabat ke kepimpinan ni."
Maaf, terasa menyirap pula dengan apa yang berlaku. Tapi tidak menyalahkannya.
Kerana menyalahkannya bermakna tidak beriman dengan qadha' dan qadar.

Pasal sahabat tadi... [membetulkan kerusi]
Kita puas dengan kerja kita, but orang takkan puas dengan apa yang kita kerjakan.
Masing-masing cuba nak menjatuhkan orang tetapi tidak mahu membangunkan diri sendiri.

"Kami malulah nak buat. Lainlah kau."
Sebab kau malulah, kau tak dapat meningkatkan aspirasi diri, saudara saudari sekalian.
Dah tahu tak dapat meningkatkan aspirasi diri, nak jatuhkan aspirasi orang lain buat apa?
Fikirlah weh.
Apa keuntungan kau buat begitu?
Apa motif kau buat begitu?

Mana akujanji sahabat kau?
Akujanji setia kau?
Baik tak payah jadi sahabat.
Kalau tahu ada sahabat yang menjahanamkan sahabatnya sendiri walau bukan dengan cara yang buruk dengan mata kasar.
Aku tak tahulah.
Sampai bila lakonan kau akan terhenti.

"Kejap, kejap. Siapa yang maksudkan kat atas ni?"
Sesiapalah. Apahal? Terasa?
"Hmmm... Ada la juga."
Kalau ada sorry, memang geram dengan sahabat la sangat tu.

Bukan aku seorang je yang merasa.
Ramai yang merasa, betul tidak?
Cuma kita persetankan, menafikan dan terlalu bersikap kepercayaan kepada sahabat.
Sehinggakan sahabat mengotori kita pun kita tak sedar.
Sebab apa?

Sebab...
Kita taknak hilang member. That's a really simple conclusion I made.

Memanglah.
Ukhuwah, ukhuwah juga.
Tapi kalau ukhuwah fillah hanya kita, bagi dia ukhuwah lilpopular a'layya (kerana popular atasnya, atas kita) buat apa?

So, please. Pick up your mind.
Jangan diperbodohkan dengan sahabat sendiri.
Dah rasa kawan tu tikam belakang, nasihatkan.
Jika dibiarkan, hurmm... awak pun tahu fikir.

Tapi...
Perkara itu aku tak kisah.
Sebab tak ada mereka maka tak menariklah drama sahabat kita.
Aku redha dengan apa yang dilakukan.
Tapi jika sampai tahap yang aku sendiri tak boleh bersabar keatasnya, memang aku tak akan redha tetapi still kawan dengan dia.
Bukan sebab aku takut hilang kawan.
Malah dah selalu alone dalam hidup bersahabat.
Paling penting, dia membahagiakan aku. Janji dia ada waktu aku bosan.
And I never found a friend that can accompany me when I sad.

Macam aku kata. Susah nak jumpa Kawan Ada When Aku Need bukan Kawan Ada When Aku N-joy.

Tapi rasanya dah jumpa kot.
"Siapa?"
Adalah. Kau nak tahu buat mende?
"Okayyyy, finee..."
Boleh sambung cerita?
"Bolehh...

Maaf, entri kali ini agak panjang. Maklumlah, tengah tak ada apa-apa ni, elok mengimarahkan blog sendiri.
"Masjid dah kau imarahkan?
Deep.

Baiklah. Baru-baru ni, tak adalah baru mana pun dalam dua minggu yang lepas.
Aku ada mengikuti sebuah kem.
Namanya...
Hah, Kem Nadwah.
Aku punya orang kata... apa nama perkataan itu?
Testimoni, hah!
Hurmm... memang terbaik.
Aku rasa hidup kesederhanaan dan kebiasaan.

Tapi satu je, beb.
Aku time tu demam pula.
Jadi, wlalaupun demam, tapi kem itu membuktikan, orang demam boleh kem.
Alhamdulillah, time kem tu dapatlah merasakan kasih sayang guru.
Bukan nak kata guru aku tak selalu bagi kasih sayang.
Tapi menunjukkan memang guru benar prihatin.
Maka la syakka wala raiba (tidak syak dan ragu-ragu), ibu bapa kita di sekolah adalah guru.

Aku juga perhatikan.
Masyarakat kita kurang didedahkan dengan dakwah yang berkualiti.
Hanya tahu dakwah di hotel mahupun majlis yang mewah.
Bak kata penceramah dalam kem itulah, "Orang Kristian ni sanggup duduk kampung semata-mata nak beri pendidikan agama pada mereka. Walhal, orang Islam kita nak tempat yang berkondusif dan selesa."
Benar apa yang dikata.
Hopefully umat Islam kini berasa buka mata seluasnya.
Dakwah bukan untuk bandar, bahkan untuk kampung juga.
Satu dunia layak menikmati dakwah.

"Betul apa kau kata."
Berbalik kepada Kem tadi, memang memberikan aku kepimpinan yang menyeluruh.
Mengajar aku memimpin.
Dipimpin dan memimpin merupakan dua aspek yang sama.

Tapi masalahnya...
"Ada juga masalah?"
Eh, ada. Takkan tak ada pula.

Malam terakhir sebelum kem dilabuhkan tirai.
Ada satu slot namanya Malam Kebudayaan Islam.
Kalau korang rajin pergi kem, dia kena dalam group kita ada persembahan yang ditampilkan depan fasilitator, penganjur program dan senang cerita, semua yang ada dalam kem itu termasuk budak-budak.

Time tu, kumpulan aku buat pentomen (drama pentas).
Kawan aku ada buat lawak tetapi menggunakan punchline yang dibuat oleh fasilitator.
Masa aku balik, kiranya lepas kem la dalam dua tiga hari macam tu.
Cikgu yang ikut serta dalam kem itu menegur tingkahlaku aku dalam memimpin kumpulan time kem itu.
Menjadi satu isu la ketika itu.
Tapi tak dihebohkan.
Teguran, bukan?

Tak apalah.
Aku pernah dengar kata-kata dari sahabatku.
Katanya: Tak semua kerja kita itu sempurna.
Katanya: Tak semua kerja kita orang suka.
Tak apalah, mungkin satu iktibar dari kepimpinan aku.
Rancang tanpa pelan yang padu.
Iktibar.

"Dah nak tamatkan entri ke?"
Rasanya macam nak je. Macam dah dekat je.
InsyaAllah...

Paling penting, please.
Support aku weh.
Bak kata Faizal Tahir dalam lagu Sampai Syurga.
Aku lemah tanpa kamu.

Jangan hanya support aku weh.
Kawan exco aku.
Kerja mereka berat gila.
Tak sanggup den melihatnya.
Kena maki segala.
Aku doakan dari jauh.

Ustaz Hussin, guru disiplin SAM Muhammadiah, kata, sokongan itu penting.
Tanpa sokongan, siapalah anda.
Kalau buat kerja tak ada orang sokong, kosong juga kerjanya.
Tanpa sokong, kosong. Itu je.

Ujian ini.
Aku tabah hadapi.
Kerana aku tahu.
Allah sayang aku, sebab itu dia uji.
Mungkin aku lupakan Dia.
Aku tak rindu Dia, so Dia tolong ingatkan aku.
Jadi, aku terima.
Lembutkan hati memaafkan orang.
Kesilapan yang tak disangka takkan nak didendamkan.
Paling pun, tak payah tegur dan friendly as usual.
Lembutkan hati memaafkan orang, itu je keywordnya.

Itu sahaja.
Maaf terkasar bahasa.
Bukan sengaja, tanpa diduga.
Selamat menghabiskan sisa cuti yang ada.
Ilmu jangan dilupa.
Sekian sudah, papan kekunci berhenti berbicara.



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.

You Might Also Like

0 ulasan: