Antara Persahabatan dan Percintaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, rasa lepas tekanan setelah dua minggu aku berada di perantauan. Dan selama dua minggu nilah Allah nak menguji aku macam-macam. Terbaik. Aku kena ikut Allah punya ujian kerana ada hikmahNya Dia memberikanku dugaan. Segala aspek terlibat dari persahabatan, tanggungjawab dan juga amanah. Tapi alhamdulillah, tidaklah seberat mana. Berat mana ujian aku, lagi berat ujian Rasulullah, ya tak? Sekarang ini aku rasa macam heartlesslah sikit sebab baru lepas main game yang memang mencabar. Game apa? Entah. Aku rasa aku kena game adalah. Haha. Ujian.

Alkisah maka tersebutlah kisah di mana terpaksa menolak persahabatan demi percintaan yang sekian lama dibina. Menolak persahabatan dengan bermacam macam cara sehinggakan aku yang merana. Haha. Terbaiklah kalian. Memang aku tabik. Tak pernah aku rasa sesakit macam ni. Memang indirect Allah uji aku melalu kalian. Terima kasihlah. Selama ni rasa seronok tetiba lagi 'seronok' dengan perkara ini. Aku minta maaf. Aku tahu aku overact sangat sampai kalian pun tak selesa. Kawan dengan orang punya pula tu, amnakan tidaknya si kekasih lelaki itu marah. Menganggap aku merampas hak yang bukan milik aku. Dimakinya aku bertubi-tubi. Ramai sekalian sahabat mencuba batu api. Haha. Macam prosa tradisional.

Aku tahu aku ada buat silap dan khilaf. Menggalak sangat. Poyo sangat. Akukan jahat sehingga diklasifikasikan sebagai talam dua muka. bagi yang tak tahu menahu hal ini, tunggu je. Kejap lagi gosip ni meletop la kat sekolah.

Aku tak sangka pula sebab percintaan, persahabatan tergadai begitu sahaja. Memang tak dapat dinafikan bahawasanya rasa cinta itu lebih tinggi daripada persahabatan. Well, aku terima perkara ini. Aku redha. Whatever korang nak kata, terserahlah sebab sekarang hati aku dah punah. Musnah. Dah tak rasa apa-apa. Dah hilang naluri kata Once. Kiranya nak terus sakitkan hati lagi ikut kalianlah sebab memang tak rasa apa-apa. Dah tawar. Astagfirullahal Adzim. Memang Allah punya kuasa. Kun fayakunnya tak boleh dipertikai. Kita hamba jangan menilai. Hanya terima dan penilai.

Baruku sedar, susah rupanya nak cari sahabat sempurna. Memang benarlah kata Fida, kawan aku, dia kata nak cari kawan susah senang itu payah. Hanya mampu berkata, "aku selalu tolong kau, aku support kau" tapi bila kita memerlukan dan diperlukan, haramm langsung tak jumpa. Lari. Bila masalah kita hadapi, lari. Memang terbaik. Itulah yang dinamakan kawan. Kau Ada When Aku N-joy je. Bukan Kau Ada When Aku Need.

Tak apalah, tak kisahlah, aku tak perlukan KAWAN yang need pun sebab memang susah nak cari. Oklah kalau ada kawan untuk enjoy je, bila sakit lu pendamlah sendiri. Haha. Terbaik.

Rasa itu sahaja. 
Walaupun rasa sakit berbekas di hati, 
menangis malam tadi, 
tak payah hiraukan lagi. 
Benda dah jadi. 
Ketentuan Ilahi. 
Semoga terus happy
Jangan lupa Ilahi. 
Bersama orang yang dicintai. 
Kerana dia memahami.
Dari sahabat yang sejati.
Tapi tak tau erti.

Aku sampah, bukan?
Tunggu dikutip dan dibuang.

Sekian, wassalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT