Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Sahabat Sehebat Kamu (...sebuah puisi buatmu)

Imej
Ini kisah mengenai aku,
Dan juga seorang insan,
Dia cukup istimewa bagiku,
Walaupun kami jantina berlainan.

Pertama kali bertemu,
Hanya di Mukabuku,
Tak tahu apa anginku,
Ingin melayan karenahmu.

Entah bagaimana aku tertarik,
Personalitimu memang menarik.
Berkawan denganmu memang tak serik,
Dari tengah malam sampai panas terik.

Mula-mula kawan,
Lama-lama sahabat,
Hatiku kau tawan,
Sungguh, kau memang hebat.

Langkah persahabatan kita diteruskan.
Segala manis pahit semua kau kongsikan.
Kau dan aku; tak ada benda kau rahsiakan.
kerana kita berpegang teguh saling kepercayaan.

Walaupun aku di asrama tidak bertemumu,
Jauh lagi menghubungimu,
Dek rasa tebalnya malu,
Ku pendamkan seribu,
Tapi usaha menegurmu,
Tetap merangkak dalam fikiranku.

Utus surat tak pernah tamat.
Kirim salam saling mengingat.
Walau jauh, di hati dekat.
Maklumlah, kita inikan sahabat.

Jalan yang lurus kembali berliku.
Kadang kita gaduh, pandangan tak satu.
Kau merajuk, aku puas pujuk sampai otak tepu.
Tapi demi menagih perhatianmu, aku tak jemu.

Ketawa …

Lembutnya Hati Kau, Mirul ~ (...sebuah entri panjang)

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dapat juga aku mengupdate sebuah entri pada minggu ini sbeelum bulan Mac ini melabuhkan tirainya dan menyebabkan ramai bersedih hati kerana selepas ini kita akan mengalami satu bulan yang dinamakan bulan April di mana pada bulan ini amat jarang untuk kita temui waktu percutian dan kebanyakan yang duduk di asrama akan berada dalam jangka masa yang lama yang hakikatnya, warga dunia kena terima akan bulan ini dengan seadanya (barulah kini aku menemui titik noktah). Hari ini, berdasarkan tajuk yang aku inspirasikan daripada sebuah blog sahabat baik aku di sekolah, (saya ulangi sekali lagi nama tajuknya) Lembutnya Hati Kau, Mirul (shift+`) ~

"Apa kebenda yang lembut hati kau ni Mirul? Jatuh cinta ke apa?"

Bukan mengenai cinta. Bukan nak kata hati aku ni lembut tak pernah buat dosa.
Bukan nak kata aku dah bedah hati aku dan sudah check memang kenyal lagi hati ini.

"Punchline kau..."

Ok, ada beberapa ujian hidup yang me…

Watermark Baru

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Simple quick postsecond time using hotspot of my data, malam ini tetiba dapat idea untuk mencuba watermark baru yang lebih elegen hasil melihat post di website lensapujangga[dot]com yang tampak menarik jadi saya pun ingin mencuba. Dah lama sebenarnya gambar saya diwatermark bagi mengelakkan kecurian dan 'konon-tuan-tanah' bagi gambar tersebut. Dan saya nak improve lagi dan berharap kepada sahabat saya di luar sana turut watermark foto untuk keselamatan privasi gambar anda.




Itu sahaja yang dapat dipostkan pada malam ini. Hope dengan watermark baru dapat memberi ingatan kepada pengguna laman supaya menghormati hak orang lain, hak titik peluh orang lain. Sekian, terima kasih kepada semua warga Internet. Assalamualaikum.

Kemahiran Amal Islami Peringkat Sekolah SAMMPS 2014 #KAMILSAMMPS2014

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pada 5 dan 6 Mac 2014, telah berlangsungnya Kemahiran Amal Islami Peringkat Sekolah SAM Muhammadiah Pekan Sabak bagi tahun 2014 (#KAMILSAMMPS2014). Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti Marhaban, Nasyid, Bahas ala Parlimen, Khat, Tilawah al-Quran, Tafsir al-Quran, Syarahan, Musamarah, Tajhiz Jenazah dan sebagainya. #KAMILSAMMPS2014 diadakan bukan saja untuk menghantar wakil ke peringkat zon malahan mengasah bakat yang terpendam dalam diri pelajar. Juara Keseluruhan #KAMILSAMMPS2014 - (5) Persona (4) Perdana (3) Waja (2) Wira (1) Satria — #SAMONErs (@SAMONErs2014) March 6, 2014 Berikut adalah paparan menarik sepanjang #KAMILSAMMPS2014 ini berlangsung.

[KAMERA: Adiel Ali, Redhuan Amran, Nazrul Adzim & Amirul Syafiq]


Majlis Pengumuman Rasmi dan Penyerahan Keputusan SPM2013 #ResultSPM2013

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Pada 20 Mac 2014, berlangsungnya Majlis Pengumuman Rasmi dan Penyerahan Keputusan #SPM2013 di Dewan Besar Muhammadiah Pekan Sabak bermula jam 8.30pagi. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran barisan pentadbir SAMMPS bagi meraikan kejayaan para pelajar yang mengambil peperiksaan #SPM2013. Alhamdulillah, SAM Muhammadiah Pekan Sabak telah mencapai keputusan yang membanggakan dengan pencapaian peratusan 100% dengan gred purata 3.62 berbanding 4.09 pada tahun 2012. Alhamdulillah juga, rekod SPM berjaya dipecahkan dengan pencapaian baru lagi membanggakan daripada Zahratul Syafiqah binti Mahudin yang berjaya memperoleh 7A+ 3A-. Tahniah diucapkan kepada semua calon #SPM2013 dan semoga berjaya dalam hidup. Berikut adalah paparan menarik sepanjang majlis ini berlangsung.
[KAMERA: Amirul Syafiq & Adiel Ali]