Cliche Allah Untuk Aku


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Alhamdulillah, dapat juga aku mengemaskini blog yang entah rupa blognya ada ke tidak ada, wallahua'lam tetapi aku telah mencuba sedaya upaya mencari ruang untuk menjaringkan gol ke pihak lawan (ehhh... macam bola pula) tetapi alhamdulillah, dalam kesibukan kerja, dapat jugalah untuk aku menambah status yang baharu. Selama ini, memang mencadang untuk update blog tetapi apakan daya, idea tidak ada, tak mencurah ibarat air yang tenang jangan disangka selamat untuk mandi. Entah apa aku merepek tetapi minta maaf, aku sekarang dalam keadaan mood yang berubah-ubah. Kadang happy, kadang moody dan adakalanya 'saddy' (ada ke?). Memang nak katakan bahawasanya tahun 2014, belumpun masuk pertengahan tahun, tetapi Allah, Raja Segala Raja, telah 'menitahkan' aku dan kawan-kawanku dengan pelbagai ujian. Pelbagai rintangan. Tetapi kami juga perlu sedar bahawa Dia menguji kita atas beberapa sebab umpama kalau kita baca novel, takkan semuanya dari bab 1 hingga akhir hanya kegembiraan yang dialami oleh watak. mesti ada punya part yang cliche sehingga menambah tarik atau menarikkan lagi jalan penceritaan. Begitu juga dengan percaturan kehidupan kita. Not at all moments, we can always steady and happy. Tetapi Allah S.W.T. yang Maha Bijaksana, menurunkan kita cliche untuk kita sedar dan mengambil hikmah daripada apa yang berlaku. Kita sendiri yang menentukannya sama ada kita akan mengakhiri cliche Allah itu dengan berjaya atau putus asa dengan 'mati' sebelum mati. Jadi, jangan mempertikaikan apa yang telah Allah konflikkan dalam hidup kita, kerana konflik, cliche, ujian, cabaran yang Allah duga, Allah beri, ada hikmah di sebaliknya. Ada kebaikan di sebaliknya dan ada ganjaran pahala yang besar dan bonanza untuk kita jika kita hadapinya dengan penuh tawakkaltu a'la Allah dan mencari konklusi.

Cabaran Allah terhadap aku? Wah, macam Running Man gayanya. Di SAM Muhammadiah, awal-awal lagi, Januari 2014, memang betul cabaran bagiku. Walaupun aku bukan exco, tidak setara, tetapi alhamdulillah, aku dpaat membantu mereka (exco) untuk menjalankan program Tautan Kasih Ting.1 atau dengan erti kata lain orientasi. Macam macam suka duka pahit manis dalam menjayakannya. Dengan Tingkatan 5 yang agak itu dan ini, tapi alhamdulillah, jika kita didik dengan nilai ukhuwah yang betul, pasti akhirnya akan meninggalkan 1001 kenangan manis dalam hati. Although Ting.5 ni agak itu dan ini, tetapi jangan jadikan emosi sebagai penyelesaian. Fahami mereka tugas aku dan exco. Supaya takkan ada lagi cable projector yang rosak dan takkan ada lagi keserabutan dalam mengendali majlis dan mengetuainya. Alhamdulillah, orientasi bagi aku satu kenangan yang baik dan best kerana mengajar kami erti ukhuwah dan juga persefahaman dan memahamkan manusia yang mungkin kita rasa tak ngam tetapi dengan semangat optimis diri dan yakin bahawa dapat melaluinya biarpun banyak ketunggangan dan keterbalikan tetapi akhirnya, alhamdulillah, manis. Baik. Bagus. Syabas, Exco 2014, Form 5, Form 1 dan cikgu-cikgu yang memberi kerjasama dan menjadi inspirasi!





Tahun ini, bulan Januari, aku rasa aku agak sibuk sikit dengan menjadi pendokumentasi SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Mungkin membalas jasa atau menjadi pengganti Ustaz Kamarul Ariffin yang telah ditukarkan ke sekolah lain. kalau tak, beliaulah yang akan mendokumentasikan aktiviti sekolah tapi sejak dia pindah mengajar, akulah yang menghandlenya. Nak buat macam mana, beliau pindah kerana aku juga jadi eloklah kiranya, moleklah andainya aku menggantikan posisi beliau. Memang penat dan baru aku rasa macam mana Ustaz Kamarul yang selama ini snap aktiviti sekolah dengan penuh jayanya. Tabik Ustaz. Aku yang baru setahun jagung ni pun dah lelah tetapi ku telan demi jasa kepada SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Tak apalah, tapi aku dapat juga mengetahui aktiviti sekolah dengan lebih mendalam. Tapi harapan tidak disalahgunakan agar tidak mengabaikan pelajaran yang akan menentukan SPM aku apa penceritaan. Tapi aku takkan mampu melakukannya tanpa KREW DOKUMENTASI SAMMPS iaitu Farhan Hamid dan Ahmad Muzzammil. Thanks kalian. Terbaik dan thanks for supporting me from back!

Tahun ni juga, tercetus pula sebuah konflik yang benar-benar merungsingkan kepala aku. Maklumlah, tahun ini terpegang jawatan banyak pula; Ketua Dorm, Ketua Kelas, Pengerusi PRS, Pendokumentasi SAMMPS. Huh, besar sungguh pengharapan warga SAMMPS terhadap aku tetapi tak mengapa, aku akan menyelaraskan semua. Berbalik kepada tadi, berlaku peperangan antara budak luar dengan budak asrama dalam kelas, memang pernag dingin habis. Aduh, kusut pemikiran. Terpaksalah aku melakukan rundingan dengan cikgu Afenana sahajalah. Maklumlah, kalau aku settle seorang memang takkan settle sampai bila-bila. Jadi, alhamdulillah, mungkin tak nampak bayang kali ini, tetapi harapnya ada perubahan dan mampu menjalinkan ukhuwah yang erat sepertimana kelas-kelas lain yang tidak bersifat puak macam kelas aku ini.

Kerja aku yang aku rasa agak mudah adalah Ketua Dorm. Haha, bukn maksud aku aku membuli atau menghambakan budak bawahan aku. Tak adalah teruk sampai macam tu sekali. Tetapi itulah hakikatnya. Alhamdulillah, nampaklah sikit nilai ketarbiyahan dalam dorm aku, tak ada yang mencetuskan konflik atau kontroversi sehingga muncul spekulasi yang entah apa-apa. Terbaik Dorm 7!

Sekarang ni, SAMMPS dah macam kurang budak. Maklumlah, PMR kita boleh klasifikasikan sebagai budak bijaksana sini dan situ sehingga mungkin ada yang berpindah. Ada juga batch aku, Asilah namanya, pindah berpatah balik. Betapa hebatnya penangan SAM Muhammadiah itu memang tak dapat dinafikan. Ada juga yang duduk asrama menstatuskan diri menjadi budak luar, Anis Mat Shom namanya. PKU SAMMPS dan Ex-Penghuluwati Asrama. Tak apalah, there must be a reason why she do like that, right? Hak masing-masing. Apa-apapun, ggod luck dan jangan nak patah balik duk asrama pula!


Aku berharap tahun ini akan menjadi kenangan terindah. Maklumlah, tahun ini merupakan tahun terakhir dalam lembaran zaman persekolahan aku. Aku harap semuanay manis dan juga banyak pahit agar kepahitan itulah yang kita kenang sebagai kemanisan dalam kenangan. Terima kasih semua kerana support aku dari belakang dan tak kurang juga yang hentam aku dan kutuk aku, terima kasih juga kerana tanpa kalian, tak dapat aku rasa kemanisan dalam kepahitan. Hidup ini fair, ada orang suka ada yang tidak. Yang paling penting, macam mana kita handle agar kita tidak terjunam ke lembah putus asa. Yang paling penting juga, apabila kita melaksanakan sesuatu yang baik, istiqamahlah dan kekal walaupun tak dapat banyak tetapi sikit pun jadilah asalkan kekal melakukannya dan ikhlas meneruskannya. Khususnya kita yang berdakwah dengan orang, istiqamahlah kerana jikalau kita tak istiqamah, hanya awal tahun sahaja jet-jet tetapi bila lama-lama sehingga akhir tahun tak nampak kesannya langsung. Kawal emosi dan jangan guna emosi for solution kerana itu hanya menambah masalah bukan mengurangakn masalah yang ada.


Itu sahaja nukilanku untuk kali ini.
Kalau ada cerita, aku akan beritahu nanti.
Terima kasih sudi membaca dan fahami.
Maaf sekiranya terguris hati.

Assalamualaikum.

AMIRUL SYAFIQ BIN ABDUL MUTALIB
15 Februari 2014
1.02pm

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014