Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Aku Minta Maaf

Sepanjang 2013 ini...
Aku nak minta maaf kat kau.
Yalah, pasal aku, kau kena tu.
Tapi kadang salah kau juga.
Yang kau buat macam tu kenapa?
Bukan niat aku nak jatuhkan imej kau ke apa.
Tapi benda itu dah memang salah.
Tak tahulah bagi aku benda tu salah atau bagi kau benda tu betul...
Sebab itu aku minta maaf
Aku tahu mesti kau tak suka aku, kan?
Aku kuat menghidu aktiviti kau.
Aku macam gila kuasa nak bongkar itu dan ini.
Eleh, bukannya aku dapat apa-apa pun.
Dapat nama? Tak.
Dapat jawatan? Tak... takde pun Ketua Pengawas ke...
Ketua Pusat Sumber dan sebagainya...
Only as a student.. Normal student..
Aku minta maaf ok...
Andaikata sepanjang 2013 ini aku buat hal ngan kau...
Maafkan aku.
Really really sorry.

Sketsa Sebabak

Di sebuah kedai kopi yang popular di Kampung Taman Bandar Pekan (tak kisahlah korang nak yang mana satu), tapi ceritanya di sini, kalau dibawa ke drama atau filem, pasti kamera akan memfokuskan terhadap dua orang pemuda yang sedang bersembang lagak Perdana Menteri yang memberi ucapan kepada rakyatnya. Disebabkan aku yang mereka cerita ini, jadi aku memberi nama watak itu dengan nama Shaz dan Erul. Mereka ini kawan baik sejak kecil lagi. Bukan sejak kecil (umur 4-5 tahun macam tu) tetapi sejak si Shaz ni kecil (yang dipropagangnamstylekan... eh propagandakan sebagai pendek) tapi sekarang alhamdulillah, berkat meminum susu ibu yang cukup dan berkhasiat daripada susu yang diserbukkan, alhamdulillah, si Shaz ni pun dapat menandingi si Erul malah bertambah ceria dan manis wajahnya. Lalu, si Erul ni pun mengangkat cawannya yang berisi kopi. Agaknya apa yang ingin dibuat olehnya? Ingin menyimbah ke arah Shazkah? Atau ingin mengadu kepada tuan kedai akan rasanya yang begitu pahit sedangkan me…