Sambutan Maulidur Rasul SRISAAS 2009 [DVDRip]

10:10 PG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Released!
Sambutan Maulidur Rasul SRISAAS 2009 [DVDRip] 
Available in 360p, 480p & 720p. 


Size: 
360p - 331MB 
480p - 637MB 
720p - 1.01GB 
Encoded and uploaded by Amirul Syafiq Putera Muslimin
Say syukran, please?


Screening #2 (DVDScr Ver.)
video


0 ulasan:

Apa Pengorbanan Kita?

3:37 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dengan munculnya post ini, maka aku ingin maklumkan bahawa aku telah selamat sampai, berada jauh dari peraturan, berada dekat dengan kesenangan dan mahabbah dalam nilai kekeluargaan. Alhamdulillah kepada Allah, Tuhan sekalian alam yang telah memberikan kami selaku warga SAM Muhammadiah Pekan Sabak yang dapat cuti extended sampai Rabu. (Orang lain sampai Selasa... :D) Jadi, dapatlah juga merelease tension yang telah membukit dan berkumpul dalam diri selama dua minggu di bumi perantauan dan pelajaran. Maklumlah, selama dua minggu, aku dilanda Peperiksaan Akhir Tahun #PAT2013 yang begitu... begitu... begitulah. Memang menguji kesabaran dan penelitiannya. Bukan subjek #SMA2013 pun, akademik atau dengan erti kata lain subjek #SPM2014 nanti. Huu... haru baru kepalaku. Dengan pelbagai masalah yang bukan daripada aspek pelajaran sahaja, perasaan, emosi, persahabatan... Ya Allah, hanya Engkau sahajalah yang tahu. Rasa tak perlu tahu kot apa masalah yang begitu memencilkan aku dan membuatkan aku bukan seperti aku.

Baiklah, dalam beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut Hari Raya Adha.

"Bro, typing error ke? Hari Raya Aidiladha."

Bukan, aku tak typing error. This that I called Arabic words. Cannot be combined with other language. For your information, Aid itu sendiri bermaksud hari raya. Kalau ditambah Hari Raya di depan Aidiladha tu, tak ke maknanya repeat nanti, Hari Raya Hari Raya Adha. Kan keanehan tu? Sebab itulah belajar Bahasa Arab ini best, kita boleh merasai kenikmatan dalam mempelajarinya.

Baiklah, kembali ke topik asal. Asal kita mendengar shaja Aidiladha, kita akan kaitkan dengan "korban lembu", "korban binatang" dan "korban yang lain". Tapi, apakah sebenarnya maksud korban atau apakah metafora di sebalik ibadah korban yang selama ini dibuat? Kalau kita ingat kembali sirah Nabi di mana Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Time Nabi Ibrahim nak korbankan anaknya, Nabi Ibrahim laungkan Allahu Akbar... Allahu Akbar... Jadi, bagi memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup menjalankan perintah Allah s.w.t. walaupun terpaksa mengorbankan darah kandungnya sendiri. Jadi, di sini kita dapat simpulkan bahawa Aidiladha mengajar kita untuk merenung kembali apa pengorbanan kita selama ini. Adakah sudah cukup pengorbanan kita yang mungkin kita sudah arif dengan perkara itu? Kita dah dengar macam-macam cerita pengorbanan. Lahad Datu, Kemerdekaan Malaysia, Leftenan dan sebagainya yang sudah berjuang untuk menuntut matlamat yang satu / masing-masing. Apakah matlamat kita?

Kita nak pandai, nak bijak, nak berjaya dalam kehidupan. Tetapi tengok gaya macam tak membuat pengorbanan. Biasa kita dengar, tiada kejayaan semanis madu jikalau tiada pengorbanan sepahit hempedu. Jadi, nak buat apa-apa, mesti ada pengorbanan. Wajiblah ada. Takkan tak buat apa-apa tup-tap-tup-tap dah jadi benda itu. Jadi, pengorbanan kita guano (bagaimana)?

Oleh itu, janganlah kita tahu di Aidiladha yang bermakna ini, hanya tahu tengok orang menyembelih binatang, melahap daging korban, tengok TV, dan sebagainya tetapi menghalusi diri kita, memperbaiki dan merenungi kembali diri kita ini, adakah sudah cukup pengorbanan, adakah bernilai dan berbaloi dengan pengorbanan yang kita buat. Baiklah, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua Muslimin dan Muslimat. Jangan dilupakan juga kepada calon-calon peperiksaan yang semakin lama semakin menjelang harinya, berusahalah dan lakukan pengorbanan demi mencapai kejayaan yang manisnya memang kita tak dapat bayangkan atau ceritakan kepada orang, hanya kita sahaja yang merasa.

Sekian sahaja.
Assalamualaikum.


0 ulasan:

[KOMIK] KL Gangster 2 - Studylah!

2:31 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments


0 ulasan: