Antara Adab, Tabiat, Hanya Aku dan Setengah Mati Merindu

3:00 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Rasanya dah lama aku tak mengemaskini blog yang aku anggap public diary aku selama ini, tempat di mana aku selalu meluahkan pendangan dan mungkin adakalanya pandangan aku mengganggu dan menggugat sensitiviti individu. Aku minta maaf terlebih dahulu sekiranya ada post yang kurang menyenangkan kalian. Alhamdulillah juga, aku baru habis menduduki trial #SMA2013 dengan stress dan rasa ringan kepala otak ini tapi mungkin seketika kerana selepas ini aku akan menghadapi Peperiksaan Pengakhiran Tahun aku sebagai pelajar Tingkatan 4. Tak lama dah, dua minggu lagi. Kemudian akan disambung lagi dengan perjuangan #SMA2013 yang masih lagi belum berakhir sehinggalah menuntut darah kejayaan dalam pertarungan antara kefahaman, keilmuan dan kegigihan. Sedangkan yang trial pun aku rasa macam setengah mati menjawab, nak mengerahkan kepala otak dan menghafal sehingga tercampur sini-sana. Niat di hati nak mumtaz, tetapi usaha pun kenalah bertaraf mumtaz juga. Ni nak mumtaz tetapi usaha macam nak jayyid je tak naklah kan. Bukan untuk #SMA2013 sahaja, malahan untuk PBS, PMR, UPSR (ehh... dah habis, kan?), SPM, STAM dan apa sahaja peperiksaan yang ada dalam Malaysia mahupun di luar Malaysia.

Rasa agak kreatif pemikiran aku hari ini sehingga menghasilkan tajuk yang aku agak korang pun ketidakfahaman apakah maksudnya. Baiklah, hari ini aku nak menceritakan dalam dua ke tiga minggu ini apa yang berlaku terhadap diri aku dalam sekolah dan asrama. Di rumah, tak pernah pula dapat pengalaman sebegini yang aneh. Mungkin sebab ada watak yang tiada pertalian darah kot boleh kita menimba pengalaman di samping menghirup apa yang boleh dijadikan pengajaran.


Adab. Apa yang kau orang faham tentang adab? Perbuatan baik? Itu mahmudah. Adab menurut Kamus Dewan, pertama, tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan. Kedua, cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu. Itu baru maksud adab. Kalau beradab? Beradab pula bermaksud mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan. Kedua, telah maju tingkat ke'hidupan (jasmani dan rohani), bertamadun. Itulah takrif bagi adab.


Aku nak cerita sikit. Hari itu, aku ada cari pasal dengan seorang cikgu ini. Boleh dikatakan aku rapat dengan dia jugalah. Lepas tu, aku bergurau dengan dia dan tak sangka pula dia menganggap gurauan itu sebagai suatu tanda kebiadaban aku terhadapnya. Siap dia bandingkan, "kalau kamu buat macam itu pada ustaz yang lebih garang, mesti kamu tak berani nak buat. Tapi disebabkan kamu ni rapat dengan ustaz, kamu berani buat." Selepas itu, cikgu itu pun memberikan aku tazkirah yang cukup panjang tapi begitu mendalam. ketika itu, aku rasa begitu malu di hadapannya. Dia ada cakap, "Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan dakwah dan orang tertarik dengan dakwah baginda bukan sebab agama Islam itu tapi bagaimana adabnya Nabi s.a.w. ketika menyampaikan dakwah. Kamu walaupun hebat macam mana sekalipun, pandai macam mana sekalipun, tapi adab tiada, kamu tidak boleh berpotensi menjadi orang berjaya." Aku meralit kembali apa yang cikgu cakap. Ada benarnya juga.

Itu kisah yang pertama. Kisah yang kedua, seperti yang aku kata sebelum ini, aku menghadapi Peperiksaan Percubaan #SMA2013. Kawan-kawan aku semua dah bercadang untuk melakukan aktiviti yang memang memerlukan strategi untuk melakukannya dan salah di sisi undang-undang peperiksaan iaitu meniru. Ada pula yang mengajakku tetapi aku tolak secara baik. Sebab ini berkaitan dengan adab sebab Ustazah Nurhana selaku penyelaras SMA telah memberi peringatan kepada individu yang meniru ini. Ketika peperiksaan, ada yang memberi isyarat kepadaku suruh aku bagi jawapan dan aku hanya buat-buat tak dengar. Sebab, apa guna kejayaan daripada usaha yang haram, betul tak?

Daripada adab akan direlatedkan dengan tabiat. Apabila kita dah suka sangat dengan meniru ni, ianya akan menjadi tabiat kita untuk mengulanginya di masa yang akan datang. Jadi, jika kita beradab dengan adab yang baik, maka itu akan menjadi tabiat kita untuk terus membudayakan dengan cara yang baik. Firman Allah s.w.t. dalam surah ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga dia mengubah nasib dirinya sendiri. Bukan aku yang cakap, Allah yang cakap. #IstighfarSamaSama

Jadi, eloklah kita bermala dengan baik dan menunaikan solat. Cuba gapai objektif utama solat iaitu mencegah keji dan mungkar. Jadi, kalau dah setiap hari kita solat, tetapi kita still melakukan perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T. adakah solat kita akan diterima 'cash' oleh Allah s.w.t.? Renungkanlah dan sempurnakanlah kendiri kita. Jangan hanya tahu berqasidah, berselawat bila ada selawat tetapi bila time kosong, kita akan berzikir lagu cinta dan caci-maki yang sememangnya buruk maksudnya.

Next story, baru-baru ini aku asyik memikirkan tentang pasangan remaja yang bercinta terutamanya yang masih lagi belajar tak khatam tapi bercinta macam dah duduk serumah. Padahal seluar dalam mak basuhkan lagi, padahal duit mak ayah support lagi, topup, credit and prepaid pun minta dibeli. Tak payah beranagn la cinta sampai takat otak dah terlebih dewasa. Apatah lagi, couple yang suka sweet-sweet, manja-manja dan yang pantang tidak bertemu pasti terselit rasa rindu yang bermain di dalam kalbu bersama kenangan lalu (amboi, puitisnya ayat aku). Tolonglah, ya. Bukan aku nak kata couple kau orang ni bermaksiat atau berpaksikan perasaan semata-mata asalkan berlandaskan syariat Islam yang betul tapi tak ke kau orang rasa this is not the time to you think about this serious thing? Normallah tu, perasaan suka antara satu sama lain atau yang bertaraf syok sendiri, fitrah manusia. Tapi bandingkanlah hubungan kau orang itu dengan yang lain, seperti keluarga, kawan, guru dan yang paling penting and the most wanted sekali iaitu agama. Sampaikan mak ayah mengharapkan kita yang duduk asrama, yang belajar jauh-jauh agar belajar bersungguh-sungguh, agar pandai, jadi orang berguna. Tapi sampai-sampai je kat asrama dan sekolah dah lupa bersama janji kau sentuh rasa percaya kata Hyper Act - Hanya Aku. Mak ayah aku dah beri harapan, dan kau dah dikira perjanjian, takkan hati mak dan ayah dihampakan, akan memberi tetak penyesalan. Fikirkanlah, apatah lagi yang anak sulung ni, "Mak dan ayah harapkan kau jelah, Long. Belajar rajin-rajin." tetapi sampai je ke bumi sekolah, kita bersekolahan percintaan, bermatapelajarankan ayat-ayat cinta, bekerjarumahkan kemaksiatan. Tolonglah sematkan dalam hati, hanya aku yang mak ayah harapkan, hanya aku yang boleh buat mak ayah gembira, hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu wahai mak dan ayah. Tolonglah (nampak? Dah banyak aku meminta tolong daripada kau orang...) Kadang aku yang single yang tak lari dari perasaan suka seseorang pun fikir dua tiga kali utnuk meluahkan perasaan sebab ada orang yang telah meluahkan perasaan beserta harapan kepada kita dengan penuh membara. Ada yang lebih layak menuturkan tak mungkinku beroleh saat indah bersamamu daripada orang yang kamu suka yang bukan mahram denagnnya.

Apatah lagi, ada kes yang berdua-duaan dalam kelas, bilik kosong, jumpa secara private, main meluahkan perasaan, kalau dah kantoi dengan guru, mak ayah akan dihadapkan. Ibarat kau buat dua kerja. Kau berdua-duaan ibarat sedang menconteng arang ke muka mak ayah kau. Conteng arang tak adalah, conteng permanent marker ke muka mak bapa korang. Sebab beribu kemaafan pun walaupun diterima tapi berbekas hebat di hati mak ayah. Jangan jadikan harapan... harapan menjadi layu... dalam hati mak ayah. 

Kalau ya pun Setengah Mati Merindu pada orang yang kita suka, sabar-sabarlah... dan jangan heret pasangan kita ke arah mendekatkan diri, menjadi bahan bakar untuk api dosa, malah bimbing dia ke arah yang betul. Ini orang lain solat di surau, dia 'solat' dengan special personnya di tempat yang agak sunyi. Tak manislah macam tu. Lagipun, tak payah rasanya nak setengah mati merindu sangat. Sampai nyanyi tiada henti merindukanmu masih hatiku untukmu aku tetap menunggumu, jijik aku dengar. Tak payahlah. Rindu mak ayah pun entah ada ke tak ada. Tolonglah (lagi...), tak apalah. Aku malas nak minta tolong, korang boleh fiir mana yang baik mana yang tak baik. Tapi manusia lebih menggemari dosa daripada pahala, sebab "buat pahala apa rasa... buat dosa best gila..." Manusia zaman sekarang, manusia yang baru nak up.

Jadi, tolonglah. Kalau nak ubah apa-apa, nak berhijrah ke arah kebaikan, paling pertama, first, you must remember ialah jaga adab. Kalau adab pun bersepah-sepah, taknak perbaiki terus nak direct baik susah juga. Hanya sebagai pelakon sahaja. Jadi, perbetulkan adab. Apabila kita beradab, ia akan menjadi tabiat kita untuk terus membudayakan adab yang baik lagikan disukai oleh masyarakat. Fikirkan, siapa yang menajdikan hanya aku bergantung harapan dan permintaan yang besar. Fikirkan, siapa yang setengah mati merindu kau saat kau tiada di sisi mereka. Ingatlah, tanam dalam diri ~ hanya aku yang boleh beradab dan terus menjadi tabiat. Kita nak orang dengar cakap kita, tapi time orang tu suruh dengar apa yang dia cakap, kita buat sembang sendiri di belakang. Kita nak orang buat itu dan ini, tapi kita tak buat apa yang kita itu dan inikan. Jadi, jangan cakap tak serupa bikin. Kita kena bikin dulu, baru nampak serupa untuk orang contohi.

Rasa itu sahaja nukilan yang nampak biasa tetapi dengan hakikat penghijrahan dalam hati dan berpegang teguh dengan apa yang perlu diimani, insyaAllah, insan cemerlang itu yang hakiki. Aku tak cakap yang aku poyo, konon alim kucing atau baik. Aku macam kalian. Nasihat yang kuberi sebagai nasihat diri sendiri. Jadi, teruskan menjadi apa yang korang mahu asalkan halal di sisi Ilahi. Sekian, Assalamualaikum.

0 ulasan: