#EratkanSyawal: al-Kisah 1 Syawal 1434H Aku...

6:49 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dah masuk 8 Syawal 1434H, baru nak sibuk cerita pasal raya pertama aku pada tahun ini. Maaflah, sibuk berkampung sampai tak sempat nak membandar, maklumlah kampung tak ada WiFi, handphone bukannya canggih macam korang boleh upload di Facebook, Instagram semua. Jadi, sepanjang raya tahun ni, inilah yang dapat aku snapkan melalui lensa Nikon aku sepanjang 1 Syawal 1434H di kampung Felda Tersang, Raub, Pahang (kampung ayah aku...)

Cepat adikku cepat... Raya pertama jangan lewat...
Pak Su aku... Sempoi selalu!
Kuih raya di hari raya, tersedia di atas meja...
Kucing pun ada spirit nak sambut raya, siap tunggu bawah kerusi meja...
Pak Su...
Adik aku dan sepupunya, Wahida...
Senyumlah pada tetamu yang datang...
Sedondon mak dan adik...

Tema baju raya aku, 3D! Baju lama, sampin nostalgia... Pak Su aku punya, masa dia sekecil aku dulu...
Dah tak sabar nak raya agaknya adik aku dengan sepupunya itu...
Oh, nenek kesayanganku... Manisnya... manisnya senyumanmu.
Amacam? Macam cucu mithalikah? :P
Mak dan adik ok, aku dan abah... Jimat duit, baju raya lama!


Kesian budak tu, baru nak beraya, kena tangkap gambar dulu. Tulah, siapa suruh comel lagi.
Tetamu kedua beraya di kampung aku...
Adik comel, senyum sikit. Abang nak tangkap gambar!
Raya style! Come on, birdie!
Kucing buat muka kesian, konon nak beraya juga...
Opp... Datuk aku nak lalu. Baru balik. Balik kebun. Takut kambing ter'korban' di hari raya.
Jom mulakan ekspedisi raya kita!
Replika kapal terbang... Kreatif orang ni.
Rumah pertama kami beraya...


Sajian tersedia, makan aje!
Tuan rumah handlekan laksa untuk nenek...
Laksa..... pagi raya makan laksa.....
Duit raya... pertama. Happy!
Rumah kedua beraya...
Bosan ke, adikku? :D
Belakang cerita raya. Satu Hari Di Hari Raya... Adik aku pandang aku kenapa?
Tudung saji mahal ni, rumah ketiga raya punya!
Kuih raya berbentuk kek... Kreatif.
Kuih raya terlebih masak namanya... Kuih raya hangus.
Aku berharap agak Raya kali ini memberi 1001 makna dan mengeratkan silaturrahim antara masyarakat dan juga aku. Eratkan Syawal, Rayakan Kemesraan di bulan baik, hari baik ini. Assalamualaikum.


0 ulasan:

#EratkanSyawal: Bisikan #Hashtag

5:43 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, kita masih lagi melakukan aktiviti 'tarik-nafas-hembus' kita lagi pada hari ini. Kenalah bersyukur kepada Rabb kerana tak semua dapat melakukan aktiviti ini sehingga ke hari ini. Dan bersyukurlah sudah masuk 8 Syawal 1434H, raya kelapan dah kita menyambut Aidilfitri. Suasana raya itu adalah sikit, ada yang buat Kembara ke Rumah Terbuka bersama kawan-kawan, tak lupa juga yang bersedekah, beramal jariah dengan memberi duit raya kepada budak-budak. Barangkali, semakin lama cuti penggal kedua ini nak habis, mood raya kita semakin berubah sama ada semakin meningkat atau menurun perasaan nak sambut raya kerana sejurus habis cuti pengal kedua ini akan bermulalah ekspedisi kita 'beraya' di sekolah atau asrama.

Tapi, dalam kemeriahan kita menyambut Aidilfitri ini, kadang aku rasa kesian pula pada sesetengah masyarakat. Di mana sebelum ini kita mengasah dan memupuk serta mendisiplinkan diri kita di universiti Ramadhan, dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan. Sekali orang pandang, sejuk mata melihat. Kalau maknya tengok anaknya, berserban berjubah on-the-way nak ke masjid, Tarawih katanya, sejuk perutnya mengandungkan 9 bulan. Seolah-olah di bulan Ramadhan inilah kita menjadi Ustaz, Imam, Bilal, Ustazah, Da'ie (pendakwah) dan sebagainya. 

Akan tetapi apabila tiba Syawal yang menjelang, kita seolah-olah baru habis lipat kain, orang panggil, kita tinggalkan. Jubah yang selalu kita sarung di bulan Ramadhan, di'lipat' dan akan dipakai (dalam hati, InsyaAllah) Ramadhan yang akan datang. Tak fikir pula ada chance lagi ke Allah nak beri Ramadhan tahun depan pada kita.



Maksudnya, kita ini sekadar actor dalam bulan Ramadhan. Actor and actress who want people pandang kita dengan pandangan yang baik.




Sejuk mata memandang bagi masyarakat, tapi adakah sejuk hati memandang bagi kita ni yang nak berhijrah ke arah yang lebih baik? Ingat kembali firman Allah s.w.t. yang selalu kia dengar time ceramah Ihya' Ramadhan atau di ambang bulan Ramadhan iaitu surah al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud:




Supaya kamu bertaqwa. Adakah kita dikira bertaqwa jika kita hanya berlakon menjadi Ustaz dan Ustazah? Allah ta kata, supaya kamu berlakon jadi baik, supaya kamu jadi baik. Tetapi bertaqwa. Jadi baik sesiapa pun boleh buat. Orang kafir atau non-Muslim pun boleh jadi baik, buat baik. Tapi yang kita ni yang dah lahir-lahir Islam Dini (islam agamaku). Siap sebelum Ramadhan tu, kita nyanyi lagu:



Azam itu dan ini tetapi masuk sahaja Aidilfitri, seolah-olah menjadi 'lesen' untuk kita berbuat yang mungkar. Orang kata, "Salam pun tak bolehkah?" Lelaki datang rumah perempuan bukan muhrim, masuk bagi salam, hulur tangan, pegang, "Assalamualaikum." Baik yang buruk namanya tu. Adakah Syawal dikira hang boleh pegang tangan anak dara orang sesuka hati? Silap kita yang pertama. Tu tak masuk lagi, yang gelak entah apa-apa menggalaknya, dah tak macam beraya, macam berniaga pasar... Padahal, Allah s.w.t. dah bagi garis syariat yang perlu kita patuh seperti yang termaktub dalam al-Quran surah an-Nur:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (ayat 30 dan 31)

Janganlah kita mencemar duli Ramadhan dengan menjerumuskan diri di bulan Syawal yang mulia ini. Ingatlah, boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah al-Baqarah, ayat 216) Dalam kita merayakan lebaran, jangan pula merayakannya dengan kemaksiatan. Kadang kita tak sedar hal ini, tapi sentiasalah #Insaf... Bisikkan #hashtag yang baik dalam diri kita, jangan hanya #hashtag sahaja tapi kaitkanlah dengan perkara yang sewajarnya.

Dalam kemeriahan Syawal, sebelum keluar rumah nak pergi beraya, tengok diri itu dulu. Jangan terlalu bertabarruj (make-up terlampau, berhias melampau), tengok pakaian, ketat ke tidak (especially for girls sebab biasa perempuan yang berhias, konon nak nampak cantik) dan yang paling common sekali orang buat ialah upload in Facebook, Twitter, Instagram... dah buat dosa, pergi tambah dosa dengan sebar dosa. Taknak kan Syawal kita dicemari dosa dan terus mengalir dosanya? So, take care. Islam tak kongkong, tetapi fikir sedalamnya, itu terbaik buat kita.

Sekian sahaja dari aku. Aku harap ingatan ini untuk diri aku dan diri korang semua. Salam Aidilfitri yang kini berbaki tiga hari lagi. Assalamualaikum.



0 ulasan:

Kisahku Yang Aku Penglipur Larakan

12:05 PG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dapat juga aku mengemaskini blog aku yang makin lama makin berhabuk ni. Dah lama rasanya tak berkongsi cerita pada blog ini sama ada secara open atau senyap sahaja. Dah banyak berlaku di sekeliling aku, yang mungkin ada di antara korang yang tahu atau mungkin ada di antara korang yang tahu tapi buat-buat tak tahu, dan ada juga yang tidak tahu, mungkin sebab taknak ambil tahu ataupun takut sekiranya tahu akan mengundang sesuatu yang tidak dijangka.

Buat pertama kalinya aku mengemaskini blog ini dan menaip status ini di tablet, alhamdulillah, mungkin serba sedikit dapat aku kongsikan beberapa cerita yang mungkin korang nak tahu tapi malu nak bertanya, tak apa. Memang manusia mempunyai rasa ego yang tinggi dan takut diperlekehkan.

#1
Rentetan Pasca

Selepas aku memuat naik video kontroversi bertajuk Pasca #HariGuruSAMMPS, semenjak aku balik ke asrama, aku dah dengar bermacam hal. Orang yang aku temuramah tak pasal-pasal kena sepak terajang dek ketidakpuashatian yang begitu mendalam. Aku pula, aku ingat lagi, time itu hari Selasa, aku dan Farhan hamid (kawan yang terlibat juga dengan pasca itu) dipanggil oleh guru disiplin kami dan di situlah bermulanya episod yang akan menyimpang jauh ke pengakhirannya. Aku dirotan di hadapan guru yang bolehlah dikatakan rapat. Memang time itu penuh rasa malu dan bersalah yang amat, apatah pula malam itu aku dan Ketua Umum slow-talk mengenai hal ini. Selepas dihukum, aku ditarbiyah di dalam bilik disiplin pula. Beliau (guru disiplin) bertanyakan motif, apasal aku buat... dan sebagainya.

Lantaran kes itu,muncul pula kes baru iaitu rotan atau hukuman yang dikenakan terhadap aku. Bapa aku memang serius bab ini, dan bertentang mata dengan Guru Disiplin tersebut. Sampai ke satu tahap, ianya melibatkan PPD dan pihak sekolah. Aku malas nak berepisodkan cerita yang tak sudah ni. Jadi, entahlah. Selepas telefon bimbitku dirampas oleh pihak sekolah, setelah mereka menggeledah privasi laman sosial aku, (demi kebaikan aku juga katanya...) aku agak kuranglah sikit nak mengemaskini Twitter, Facebook dan lain-lain. Kadang aku jealous dengan merekabyang mengemaskini melalui telefon bimbit masing-masing. Tak apalah. For my own goodness, maybe. Is my English correct?

After that, aku selalu kena perli dengan guru. Mungkin apa yang aku buat menimbulkan kesan yang mendalam pada hati mereka. Aku nak minta maaf sangat-sangat kepada semua guru yang pernah mengajarku yang agak terguris dengan perbuatanku. Tapi, apa-apapun, kawan seTingkatan denganku masih memberikanku harapan bukan tentangan atau biarkan baik yang rapat dengan aku mahupun tidak. Pelajar Tingkatan 5 agak suram dengan aku, barangkali berkecil hati tetapi lambat laun aku lihat mereka mungkin membuka pintu hati mereka buatku untuk memperbaiki sahsiah diri dan tidak mengulangi kesilapan lagi.

Aku rasa apa yang aku buat merupakan titik permulaan kepada sebuah 'majalah' yang baru dilembarkan halaman untuk memulakan slot yang baru, kisah yang diperbaharui. Sejak peristiwa itu, aku mendapat Guru Disiplin yang baru yang akan menerajui pembentukan disiplin yang berakhlak mulia, insyaAllah. Berharap aku, kawan-kawan, guru-guru dan kakitangan sekolah dapat menempa nama di persada SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Aku juga berazam untuk meninggalkan sekolah ini dengan nama yang baik dan imej yang khair, insyaAllah. Doakan aku. Maafkan aku.

#2
Cinta Sahabat Bertepuk Sebelah Tangan

Ini satu lagi cerita. Baik lelaki perempuan sama sahaja. Aku nak cerita, aku rapat dengan seorang budak perempuan, namanya tak perlu aku sebutkan pasal aiblah katakan. Hari itu, aku dan Muzzammil menyakat dia dalam perbualan kami di telefon bimbit. Kami tanya pada dia, "kau suka ke pada A (bukan nama sebenar)?" sebab perempuan ini memang dikaitkan dengan si A pun dalam kelas aku. Hampir dekat 25 minit barulah dia nak mengaku yang dia ni sukakan A. Aku pun macam puas hatilah. tapi, puas hati aku berasa tercabar apabila suatu hari (aku jarang borak dengan perempuan tu), dia datang jump aku sambil menceritakan sesuatu yang kurang aku fahami tetapi melalui bait ceritanya, aku tahu itu suatu masalah dan memang tak sedap didengar.

Malamnya, aku bincanglah dengan Muzzammil, Farhan dan lain-lain membincangkan masalah ini. Sekali dengarlah hikayat cinta dari Muzzammil. "Sebenarnya, si A itu tak suka pun kat perempuan itu. Dan ada perempuan (geng) nak menyatukan si A dengan si Minah seorang, team mereka kot barangkali. Geng perempuan tu menyakitkan hati perempuan yang admire A ini dengan kata yang agak memanaskanlah. 'Kau tu syok sendiri. Si A tak suka kau pun!' menyebabkan hati perempuan yang suka A ni..." Patutlah sambil dia cerita kat aku dia menangis. Aku pun kasihanlah jugalah, kan? Hati perempuan mana yang tak sakit bila A nya dikidnap orang lain dan dicemuh oleh kawan yang lain. Kalau aku pun sakit hati. Dengar cerita itu, aku dah mula rasa panas dengan si A ini. Bukan bermaksud aku suka kat perempuan yang admire dia tapi atas dasar keprihatinan dan mempunyai rasa yang apa yang perempuan kawan aku tu rasa.

Menambahkan rencah kemarahan, si A ni main tukar-tukar jam pula dengan si Minah tu. Aku suruh Syauqi Suhaimi pergi siasat sikit 'hobi' baru dia tu. Dah macam simbolik 'Infiniti Cinta'lah kononnya tu. Aku tahu dia buat macam tu sebab nak sakitkan hati si kawan perempuan aku tu. Sejak hari itu juga, aku tak mem'bahan' atau mengaitkan perempuan kawan aku dengan si A. Baik diam!

Aku harap kisah ini menjadi suatu tauladan yang memberi sejuta kesan terhadap diriku. Kita perlu aneh atau ralit untuk memahami persepsi, perangai dan sikap masyarakat yang semakin lama semakin lemau dan akhirnya mati dalam sisa-sisa kerapuhan akidah dan iman. Akhirulkalam, aku nak mengucapkan Salam Akhir Ramadhan dan Salam Aidilfitri kepada semua dan aku nak minta maaf, saya nak mohon kemaafan kepada saya atas semua yang berlaku yang mengguris hati dan perasaan sanubari. Maafkan saya dan doakan saya.

Kalau boleh, jangan menghampakan orang.
Kenapa mesti kalau?
Kau kena boleh, Mirul.
Aku akan bangkit, meneruskan agenda yang seterusnya...
Menanti pengakhiran 2013 dengan seribu tanda tanya.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

0 ulasan: