Aku Sang Pencetus Kontroversi

2:47 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, selepas 3 bulan tidak menyentuh dashboard Kelab ASPM Siber lantaran terlalu sibuk dengan urusan harian dan duduk di asrama buat jangka masa yang lama, akhirnya dapat juga untuk aku mengemaskini atau bahasa Inggerisnya, mengupdate. Sekarang ini, aku menjadi seorang kontroversional man sebab suka mencetuskan provokasi di sekolah aku sendiri yakni SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Yang pasti, aku tidaklah mencari gaduh atau memusuhi atau menentang apa-apa yang diideologikan atau yang disampaikan oleh para guru kerana kata Ustazah al-Azifah, dengan guru, kita kena jaga dua perkara, iaitu keberkatan dan keredhaannya. Akan tetapi, dengan se'pangkat' dengan aku iaitu pelajar.

Sekarang ini, pelajar sekolah aku semakin menjadi-jadi. Bukan menjadi-jadi baik. Malah, menjadi-jadi buruk yang nampak baik. Ah? Guano (Bagaimana) tu? Aku malas nak cerita kerana cukuplah aku mencetuskan kontroversi di Facebook, Twitter dan YouTube. Malas nak mencetuskan di laman ni pula. Siap ramai yang menghentam aku di laman-laman berikut sama ada dengan cara baik atau kasar. Seolah-olah mempertikaikan atau membantah dengan apa yang aku buat. Dengan termaktubnya atau terjadinya perkara itu, aku dengan ini mengisytiharkan "PERANG POLITIK SEKOLAH"!

Semakin lama, mereka ini melakukan suatu yang dipropagandakan. Propaganda yang dikenali sebagai #KolonisasiSAMMPS (yang diuar-uarkan di Facebook dan Twitter) ini sungguh licik. Antara yang aku boleh bagi adalah masalah tingkatan 4 dan 5 yang selalu tercetus dan mencetuskan. Cuba bayangkan, yang duduk di asrama bukan sahaja Tingkatan 4 dan 5 tetapi Tingkatan 1,2,3 dan 6. Perkara ini ibarat berguru. Guru akan turunkan ilmunya kepada muridnya sama ada di depan murid atau di belakang murid. Cuba bayangkan yang gurunya tingkatan 4 dan 5 yang selalu mencetuskan provokasi tingkatan dan pelajar junior memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang menarik. Maklumlah, siapa yang kata tak menarik kalau dilihat sebagai menunjuk yang kita punya kekuatan ibarat gangster yang ingin menakluki sesuatu tempat. Jadi, perkara ini perlu dibendung dan kerana itulah yang dikatakan membudayakan provokasi dalam asrama, sampai bila-bila pun, masalah buli dan kekasaran tidak dapat dihentikan kerana memper'adat'kan budaya yang tidak sihat.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini, aku telah mencetuskan kontroversi mengenai #HariGuruSAMMPS (banyak perkara aku cetuskan di Twitter, pasal itulah ada hashtag) di Twitter dan Facebook. Aku telah memuat naik video Pasca #HariGuruSAMMPS yang sehingga kini (2:27pm 01 Jun 2013) mencecah 330 tontonan. (P/S: Video itu telah diunlistedkan daripada YouTube berikutan komen yang agak pedas daripada sesetengah pihak yang agak mempertikaikan apa yang dibuat.



Tak apa. Seperti yang aku maklumkan, hak bersuara hak kami. Pada hari Khamis yang lepas, aku telah berunding di Facebook dengan Alyaa Rahim, maklumlah dia individu popular dan banyak dipersalahkan oleh mereka yang aku interview di Pasca #HariGuruSAMMPS (luar video). Pada mulanya, perkara ini dicetuskan melalui slideshow yang dipaparkan oleh beliau ('beliau' sikit, maklumlah pengawas, jawatan yang dihormati di sekolah). 



Ha, nampaknya panas tak panaslah aku chat dengan dia. Maklumlah, aku menghormati pandangan sesiapa pun. Apa-apapun, biarpun mendapat tentangan tetapi ada juga yang menyokong seperti Nurhanis Mat Shom (anisMS) dan rakan-rakan di Facebook yang lain.



Jadi, aku nak isytiharkan bermulalah A New Era, A New Me. Perkara inilh yang akan membuatkan orang diberi dua pilihan untuk memandang dan menilai aku, sama ada untuk membenci aku atau sekiranya mereka memandang daripada perspektif yang baik, maka baiklah. Aku harap semua hormat keputusan aku tetapi sekiranya tidak mahu, aku tak memaksa untuk menghormati tetapi sebelum anda semua menghentam atau mempertikaikan apa yang aku buat sejak akhir-akhir ini, cuba fikirkan apa yang individu yang bergelar "Pembunuh Kesatuan Pelajar" (saya tak khususkan kepada sesiapa, siapa yang makan cili terasa pedasnya.) 'membunuh' perasaan kita yang menuntut di sekolah, agaknya apa kita rasa? Situasi ini tak ubah seperti kita tak berasa bersekolah di sekolah kita sendiri. So, fikir-fikirkan.

Untuk akhirnya, aku meminta maaf sekiranya ada yang terasa, terguris atau tidak meredhai dengan apa yang aku buat, sekali lagi, aku minta maaf. Bukan nawaitu di hati untuk mengkorupkan atau menjatuhkan maruah sesiapa tetapi aku ingin mempertahankan hak pelajar yang lain yang selama ini di'senyap'kan sahaja atau meredhakan sahaj #KolonisasiSAMMPS ini. Aku minta maaf. Doakan aku. Redhakan aku. Assalamualaikum!

0 ulasan: