Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Macam-Macam...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Nampaknya terbuka hati aku untuk mengemaskini blog yang tidak berkesudahan dan entahkan tidak tahu apa nasibnya sama ada si'terbengkalai'kan atau dibuang dari wilayah Internet ini. Maklumlah, blog ini bagai dianaktirikan kerana Facebook dan Twitter rajin pula aku mengemaskini tetapi blog wallahua'lam.

Alhamdulillah, tiga bulan pertama dapat aku lalui dengan bermacam-macam ujian dan semacam hal yang berlaku terhadap diri aku dengan orang lain. Dengan insiden pencerobohan Lahad Datu di Sabah sehinggalah kes yang pelik-pelik yang tak tahu ada penyelesaian atau tidak. Apatah lagi, aku merasakan tahun inilah yang akan menjadi lebih berat daripada tahun sebelumnya yang aku hadapi sebagai seorang pelajar. Di sekolah aku ini, macam-macam perkara yang berlaku yang menjadi beban bukan aku seorang sahaja, tetapi orang lain juga menanggung. Tetapi, buat masa sekarang, kita ini umpama menonton video yang baru dimuatnaik di YouTube tetapi buffer…