Catatan Pertama 2013 : Januariku

4:41 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dah lama rasanya tak meluahkan isi hati atau kisah rentetan atau silam atau sebagainya di blog ni. Maklumlah, sejak bergelar pelajar Tingkatan Empat ni, semakin sibuk dengan itu. Baru bulan pertama sebagai pra-senior dan pelajar Tingkatan Empat, dah kena uji dengan Allah dengan berbagai perkara namun janji Allah itu perlu difikirkan pada akhir surah al-Baqarah yang mana Allah tidak akan membebani seseorang itu melebihi kemampuan. Jadi, alhamdulillah, aku berjaya juga menghadapi semua itu...

Pelbagai kisah pelbagai genre telah aku hadapi. Sedih, gembira, saspen, terkejut, dilema, konflik; semuanya telahku rasa pada bulan pertama ini. Begitu juga dengan anda, wajib, kerana takkan sebulan anda gembira? Masalah pasti timbul menjadi perencah drama kehidupan kita! Jadi, jangan hairanlah kenapa aku menyatakan semua perasaan di atas...

Kisah sedih apabila rakan rapat pindah. Maklumlah, tak semuanya kena stay demi sahabat yang ada di sisi. Semua perlu fikirkan masa depan demi kejayaan masing-masing dalam kehidupan. Jadi, kesedihan itu terpaksa dilupakan atau disimpan atas hak keperibadian masing-masing.

Kisah gembira apabila aku jadi ketua kelas. Gembira bukan apabila dijadikan pemimpin oleh kawan sendiri. Tapi, dalam bergelar pemimpin, tanggungjawab merupakan tugas pertama yang harus kita fikirkan bukannya kuasa atau hak kita untuk mengarah atau bangga kerana jadi ketua kelas.

Kisah saspen bermula apabila.... bila entah. Rasanya semua pernah saspen. Hari tu, aku saspen dengan budak Form 1 yang bermacam ragam. Biasalah, kalau kita baik, kita akan rasa macam mereka ini senang kita dipermainkan oleh mereka. Cuba garang... terdiam mereka.

Kisah yang lain aku malas nak buka cerita kerana taklah seserius mana. Tak apalah, Februari akan tiba. Cepat masa berlalu. Ok, post kali ni agak pendek pasal malas. Cukuplah sesegera mi segera 2 minit. Nanti, kalau lebih adventure aku cerita dengan lebih mendalam! Ok... Assalamualaikum!

0 ulasan: