Sketsa Sebabak

Di sebuah kedai kopi yang popular di Kampung Taman Bandar Pekan (tak kisahlah korang nak yang mana satu), tapi ceritanya di sini, kalau dibawa ke drama atau filem, pasti kamera akan memfokuskan terhadap dua orang pemuda yang sedang bersembang lagak Perdana Menteri yang memberi ucapan kepada rakyatnya. Disebabkan aku yang mereka cerita ini, jadi aku memberi nama watak itu dengan nama Shaz dan Erul. Mereka ini kawan baik sejak kecil lagi. Bukan sejak kecil (umur 4-5 tahun macam tu) tetapi sejak si Shaz ni kecil (yang dipropagangnamstylekan... eh propagandakan sebagai pendek) tapi sekarang alhamdulillah, berkat meminum susu ibu yang cukup dan berkhasiat daripada susu yang diserbukkan, alhamdulillah, si Shaz ni pun dapat menandingi si Erul malah bertambah ceria dan manis wajahnya. Lalu, si Erul ni pun mengangkat cawannya yang berisi kopi. Agaknya apa yang ingin dibuat olehnya? Ingin menyimbah ke arah Shazkah? Atau ingin mengadu kepada tuan kedai akan rasanya yang begitu pahit sedangkan memang pada hakikatnya kopi terasa begitu pahit sekalipun dicampur dengan air gula botingkek-tingkek... Rupanya tanggapan penulis mahupun pembaca sendiri tersilap, kerana Erul hanya sekadar ingin minum sahaja bukannya untuk melakukan aksi di luar jangkaan penduduk di situ mahupun di sini atau di sana menanti... Atau dengan bahas singaktnya sekiranya keluar dalam kertas Bahasa Melayu tentang meringkaskan ayat atau merumuskan ayat, Erul meminum kopi itu. Ha, kan senang?

Oklah, kita kembali kepada babak yang mungkin dipotong oleh PTS Publication sekiranya dibukukan cerita ini apatah lagi David Teo akan mengomen betapa panjangnya skrip cerita ini. Shaz membawa sebauh topik yang baru. Mungkin topik ini dah biasa agaknya dengar di kaca TV mahupun di kertas akhbar ataupun iklan, risalah, pamplet atau sebagainya yang pasti jika berlaku sebarang kesilapan ejaan harap maaf dan maklum. Ok, penulis telah mengatur skripnya macam ni...

"Sekarang ni, macam-macam.  I don't know how to say." kata Shaz.
"Pula. Nak cakap pun susah... buka mulut lafazkanlah, lafazkan semua..." kata Erul.
"Bukan maksud aku macam tu. Sekarang ni, macam-macam keslah sekarang. Banjirlah, itulah, inilah... macam ni, aku baca, bergaduh pasal banjir. Apa ni? Buat malu negara lain je. Mengapalah mereka kaitkan hal politik dalam membantu mangsa banjir?" luah Shaz.
"Hmm... slow-slowlah sikit. Kalau didengarnya penyokong Barisan di sini, kau nak berbaris kemarahan bersusun depan kau?" kata Erul cuba memujuk.
"Hmm... yalah. Tak kisahlah tapi hmm... tak apalah. Next topic, pasal Lembah Bujang tu... aduh, buat apalah depa pi robohkan barang bersejarah itu? Agaknya mereka ni tak tahu itu peninggalan paling berharga dalam Malaysia?" kata Shaz.
"Malas aku nak layan kau. Kita ni kalau orang dengar, kantoi. Jangan ada yang record sudahlah. Diuploadnya di Facebook dan YouTube, tak pepasal dituduhnya pakcik dayus... Aku taknaklah." kata Erul ketakutan.
"Tapi fenomena YouTube ni gempak jugakkan. Sebab video Couple Seminggulah, orang dah bersepahkan YouTube dengan parodi. Sebab bini pemain bola sepaklah, alhamdulillah, Pak Man, guard tu dihormati. Sebab Macam Comel Jer, Macam Cantik Jer la, dah ramai guna perkataan itu dan siap dinasyidkan lagi. Kerana YouTubelah, generasi baru lebih bebas bersuara pula. Huihh... mencabar juga tahun 2013 ni. Era baru." kata Shaz.
"Yalah... alhamdulillah. Kenapa? Kau nak buat parodi apa pula?" soal Erul.
"Adalah... Jom blah. Maharaja Lawak Mega 2013 dah nak mula." kata Shaz.
"Eh... jangan kata aku nak masuk parodi MLM tu..." kata Erul terkesima.
"Jom..." kata Shaz lalu berlari entah ke mana tetapi sememangnya nak mendekati piring Astro yang dikatakan telah naik harga bilnya itu.

Sekarang semua naik. Terpulang kepada kita. Mahu memilih untuk berjimat atau bangkit. Ikut hanglah, penulis tak mahu nak membangkitkan isu politikal. Tapi ingatlah orang ayng tersayang, even macam tak ada kaitan. Ok, Salam 1Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014