Cabaran

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, ada juga kesempatan untuk aku mengemaskini ruang tempat aku untuk meluahkan rasa. Kalau ada di antara kalian yang tidak suka atau tidak senang hati dengan post yang aku kirim, harap-haraplah segera menekan butang close pada tab ini. Bukannya apa, aku punya pandangan, aku punya sukalah. Yang kalian nak pertikaikan sampai melibatkan orang lain tu dah kenapa? Cerita luar, luarlah. Aku paling tak suka orang yang dah tahu aku buat kerja (dia tak suka), kononnya dia ada kuasa vetolah dalam diri dia itu, dia menghasut orang lain supaya membenci aku dan seterusnya mengakibatkan kesan yang begitu melibatkan perasaan dan emosi serta menguji tahap kesabaran sama ada mencecah tahap kritikal atau masih boleh bersabar lagi... Tiada niat nak perli sesiapa. Kalau terasa, ha, padan muka!

Ok, hari ini, alhamdulillah, hari ini genap 9 hari aku bercuti. Time hari pertama (petang Jumaat) dengan dah habis peperiksaan SMAnya, dengan dah habis segala beban, sakit hatinya berada di sekolah, alhamdulillah, rasa bebas dan tubuh rasa ringan. Fikiran pun boleh tenang tenteram. Bukannya, sepanjang minggu finale aku berada di bumi Sabak Bernam, Allah maybe atau sememangnya nak menguji sekali lagi tahap kesabaran aku and sememangnya kita tidak boleh lari dan lali daripada kesilapan dan kekhilafan, tetapi tidak mengapalah, apa salahnya aku bercerita. Bukan aku nak mengumpat atau mendedahkan aib tetapi nak kongsi satu pengalaman. Kalau tak suka, sekali lagi, get out from my blog!

Malas nak cerita.
Tapi hati membara.

Penat.

Danish Khairi, boleh dikatakan kawan baik akulah dan kawan teman aku untuk minggu pertama sebelum minggu akhir. Sebab kami time tu ada Annual Dinner Asramalah. Danishlah tempat dia teman aku buat (macam biasa, job aku) documentation. Tidak ketinggalan Afzal Sainul. Ingat lagi, hati berbelah bagi nak buat documentation ni? Ada budak form 5 ini suruh buat slideshow, yang Afzalnya buat documentation dan lebih menggilakan, job yang aku terima diberitahu pada sehari sebelum annual dinner. Dan kau fikir aku buat ke sehari sebelum itu? Tak. Sebab tak ada siapa atau entah apa dan barang apa yang memberi isyarat kepadaku suruh buat. Maksudnya, no instruction, no guideline, no briefing... So, aku tak buatlah... dan aku ingat, kerjaku sudah selesai sebab nak fokus pada SMA yang mendatang.

Rupa-rupanya...
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Pagi sebelum malamnya itu (Annual Dinner), Afzal telah memberi kata putus untuk aku buat documentation. Oklah, sempat dia beritahu kalau dah petang dia beritahu memang muka aku buat muka reject la.. tapi aku tak salahkan Afzal atau barisan exco 2014 yang baru. Tapi malas nak sebut. Karang aku diblock pula. Karang aku dismash pula. Senang cerita, tiada badan berkewajipan untuk suruh aku buat documentation. No briefing. Lalu, aku pun turunlah (terpaksa ponteng kelas al-Azhar semata-mata benda ini... urgent katanya!). Dengan budak-budak 4 Akaun 1 (thanks guys for support me!) dan Danish, sampai dari lepas rehat (11.00am) sampailah 2.30pm dengan WiFi cari pasalnya, akhirnya rehat dan makan jap dan disambung kembali pada jam 3.00pm hinggalah 5.30pm di rumah Teacher Ika. Alhamdulillah, anak-anak Cikgu Hairi (Naufal dan Zakwan) dan anak Cikgu Suhaimi ajak aku main. Release tension aku dengan Danish kejap. Kemudian, aku naik dorm, tak fikir apa-apa, tidur (solat Asar dah!) then sedar-sedar dah 7 malam. Nasib baik aku jenis mandi awal so just sarung baju Melayulah lalu aku pun bergerak ke surau.

Penat.
Berbaloikah?

Sampai detik yang dinanti, masalah yang tidak kusangka dan kujangka berlaku...

  • Projektor tak ada.
  • Nak letak, dah penuh dengan tempat warden dan tetamu khas makan.
  • Laptop, langsung tak sediakan (aku buat docu pakai laptop cikgu Ika)
Memang rasa nak melenting. 
Danish pun terkejut. 
Terkesima.

Akhirnya, satu persatu masalah kena selesaikan.
Cikgu Ilham, selesai masalah laptop.
Kami?

Berlari ke UBK.
Jarak dari dewan ke UBK bukan dekat. Motor dan kereta, siapa bagi pinjam...

Larilah... dah bawa projektor, sampai ke dewan, satu masalah baru timbul. Allah uji, sabar. Extension tak ada. Lari lagi kami ke UBK. UBK tiada extension. Danish bagi cadangan rembat je DM (dewan makan) punya. Sampai sana, satu masalah lagi timbul. Nak letak mana? Nak letak mana? Siapa-siapa yang ada di bawah tak kiralah exco dan warden mesti terfikir, mana nak letak projektor tu... dah penuh!

Afzal dan Danish... garu kepala.
Terfikir.

Bersambung... dah macam Akasia pula!

AMIRUL SYAFIQ PUTERA MUSLIMIN
24 November 2013
9.52pm

Ulasan

Catatan Popular