Kisahku Yang Aku Penglipur Larakan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dapat juga aku mengemaskini blog aku yang makin lama makin berhabuk ni. Dah lama rasanya tak berkongsi cerita pada blog ini sama ada secara open atau senyap sahaja. Dah banyak berlaku di sekeliling aku, yang mungkin ada di antara korang yang tahu atau mungkin ada di antara korang yang tahu tapi buat-buat tak tahu, dan ada juga yang tidak tahu, mungkin sebab taknak ambil tahu ataupun takut sekiranya tahu akan mengundang sesuatu yang tidak dijangka.

Buat pertama kalinya aku mengemaskini blog ini dan menaip status ini di tablet, alhamdulillah, mungkin serba sedikit dapat aku kongsikan beberapa cerita yang mungkin korang nak tahu tapi malu nak bertanya, tak apa. Memang manusia mempunyai rasa ego yang tinggi dan takut diperlekehkan.

#1
Rentetan Pasca

Selepas aku memuat naik video kontroversi bertajuk Pasca #HariGuruSAMMPS, semenjak aku balik ke asrama, aku dah dengar bermacam hal. Orang yang aku temuramah tak pasal-pasal kena sepak terajang dek ketidakpuashatian yang begitu mendalam. Aku pula, aku ingat lagi, time itu hari Selasa, aku dan Farhan hamid (kawan yang terlibat juga dengan pasca itu) dipanggil oleh guru disiplin kami dan di situlah bermulanya episod yang akan menyimpang jauh ke pengakhirannya. Aku dirotan di hadapan guru yang bolehlah dikatakan rapat. Memang time itu penuh rasa malu dan bersalah yang amat, apatah pula malam itu aku dan Ketua Umum slow-talk mengenai hal ini. Selepas dihukum, aku ditarbiyah di dalam bilik disiplin pula. Beliau (guru disiplin) bertanyakan motif, apasal aku buat... dan sebagainya.

Lantaran kes itu,muncul pula kes baru iaitu rotan atau hukuman yang dikenakan terhadap aku. Bapa aku memang serius bab ini, dan bertentang mata dengan Guru Disiplin tersebut. Sampai ke satu tahap, ianya melibatkan PPD dan pihak sekolah. Aku malas nak berepisodkan cerita yang tak sudah ni. Jadi, entahlah. Selepas telefon bimbitku dirampas oleh pihak sekolah, setelah mereka menggeledah privasi laman sosial aku, (demi kebaikan aku juga katanya...) aku agak kuranglah sikit nak mengemaskini Twitter, Facebook dan lain-lain. Kadang aku jealous dengan merekabyang mengemaskini melalui telefon bimbit masing-masing. Tak apalah. For my own goodness, maybe. Is my English correct?

After that, aku selalu kena perli dengan guru. Mungkin apa yang aku buat menimbulkan kesan yang mendalam pada hati mereka. Aku nak minta maaf sangat-sangat kepada semua guru yang pernah mengajarku yang agak terguris dengan perbuatanku. Tapi, apa-apapun, kawan seTingkatan denganku masih memberikanku harapan bukan tentangan atau biarkan baik yang rapat dengan aku mahupun tidak. Pelajar Tingkatan 5 agak suram dengan aku, barangkali berkecil hati tetapi lambat laun aku lihat mereka mungkin membuka pintu hati mereka buatku untuk memperbaiki sahsiah diri dan tidak mengulangi kesilapan lagi.

Aku rasa apa yang aku buat merupakan titik permulaan kepada sebuah 'majalah' yang baru dilembarkan halaman untuk memulakan slot yang baru, kisah yang diperbaharui. Sejak peristiwa itu, aku mendapat Guru Disiplin yang baru yang akan menerajui pembentukan disiplin yang berakhlak mulia, insyaAllah. Berharap aku, kawan-kawan, guru-guru dan kakitangan sekolah dapat menempa nama di persada SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Aku juga berazam untuk meninggalkan sekolah ini dengan nama yang baik dan imej yang khair, insyaAllah. Doakan aku. Maafkan aku.

#2
Cinta Sahabat Bertepuk Sebelah Tangan

Ini satu lagi cerita. Baik lelaki perempuan sama sahaja. Aku nak cerita, aku rapat dengan seorang budak perempuan, namanya tak perlu aku sebutkan pasal aiblah katakan. Hari itu, aku dan Muzzammil menyakat dia dalam perbualan kami di telefon bimbit. Kami tanya pada dia, "kau suka ke pada A (bukan nama sebenar)?" sebab perempuan ini memang dikaitkan dengan si A pun dalam kelas aku. Hampir dekat 25 minit barulah dia nak mengaku yang dia ni sukakan A. Aku pun macam puas hatilah. tapi, puas hati aku berasa tercabar apabila suatu hari (aku jarang borak dengan perempuan tu), dia datang jump aku sambil menceritakan sesuatu yang kurang aku fahami tetapi melalui bait ceritanya, aku tahu itu suatu masalah dan memang tak sedap didengar.

Malamnya, aku bincanglah dengan Muzzammil, Farhan dan lain-lain membincangkan masalah ini. Sekali dengarlah hikayat cinta dari Muzzammil. "Sebenarnya, si A itu tak suka pun kat perempuan itu. Dan ada perempuan (geng) nak menyatukan si A dengan si Minah seorang, team mereka kot barangkali. Geng perempuan tu menyakitkan hati perempuan yang admire A ini dengan kata yang agak memanaskanlah. 'Kau tu syok sendiri. Si A tak suka kau pun!' menyebabkan hati perempuan yang suka A ni..." Patutlah sambil dia cerita kat aku dia menangis. Aku pun kasihanlah jugalah, kan? Hati perempuan mana yang tak sakit bila A nya dikidnap orang lain dan dicemuh oleh kawan yang lain. Kalau aku pun sakit hati. Dengar cerita itu, aku dah mula rasa panas dengan si A ini. Bukan bermaksud aku suka kat perempuan yang admire dia tapi atas dasar keprihatinan dan mempunyai rasa yang apa yang perempuan kawan aku tu rasa.

Menambahkan rencah kemarahan, si A ni main tukar-tukar jam pula dengan si Minah tu. Aku suruh Syauqi Suhaimi pergi siasat sikit 'hobi' baru dia tu. Dah macam simbolik 'Infiniti Cinta'lah kononnya tu. Aku tahu dia buat macam tu sebab nak sakitkan hati si kawan perempuan aku tu. Sejak hari itu juga, aku tak mem'bahan' atau mengaitkan perempuan kawan aku dengan si A. Baik diam!

Aku harap kisah ini menjadi suatu tauladan yang memberi sejuta kesan terhadap diriku. Kita perlu aneh atau ralit untuk memahami persepsi, perangai dan sikap masyarakat yang semakin lama semakin lemau dan akhirnya mati dalam sisa-sisa kerapuhan akidah dan iman. Akhirulkalam, aku nak mengucapkan Salam Akhir Ramadhan dan Salam Aidilfitri kepada semua dan aku nak minta maaf, saya nak mohon kemaafan kepada saya atas semua yang berlaku yang mengguris hati dan perasaan sanubari. Maafkan saya dan doakan saya.

Kalau boleh, jangan menghampakan orang.
Kenapa mesti kalau?
Kau kena boleh, Mirul.
Aku akan bangkit, meneruskan agenda yang seterusnya...
Menanti pengakhiran 2013 dengan seribu tanda tanya.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ulasan

Catatan Popular