Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

#EratkanSyawal: al-Kisah 1 Syawal 1434H Aku...

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dah masuk 8 Syawal 1434H, baru nak sibuk cerita pasal raya pertama aku pada tahun ini. Maaflah, sibuk berkampung sampai tak sempat nak membandar, maklumlah kampung tak ada WiFi, handphone bukannya canggih macam korang boleh upload di Facebook, Instagram semua. Jadi, sepanjang raya tahun ni, inilah yang dapat aku snapkan melalui lensa Nikon aku sepanjang 1 Syawal 1434H di kampung Felda Tersang, Raub, Pahang (kampung ayah aku...)



#EratkanSyawal: Bisikan #Hashtag

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, kita masih lagi melakukan aktiviti 'tarik-nafas-hembus' kita lagi pada hari ini. Kenalah bersyukur kepada Rabb kerana tak semua dapat melakukan aktiviti ini sehingga ke hari ini. Dan bersyukurlah sudah masuk 8 Syawal 1434H, raya kelapan dah kita menyambut Aidilfitri. Suasana raya itu adalah sikit, ada yang buat Kembara ke Rumah Terbuka bersama kawan-kawan, tak lupa juga yang bersedekah, beramal jariah dengan memberi duit raya kepada budak-budak. Barangkali, semakin lama cuti penggal kedua ini nak habis, mood raya kita semakin berubah sama ada semakin meningkat atau menurun perasaan nak sambut raya kerana sejurus habis cuti pengal kedua ini akan bermulalah ekspedisi kita 'beraya' di sekolah atau asrama.

Tapi, dalam kemeriahan kita menyambut Aidilfitri ini, kadang aku rasa kesian pula pada sesetengah masyarakat. Di mana sebelum ini kita mengasah dan memupuk serta mendisiplinkan diri kita di universiti Ramadhan, den…

Kisahku Yang Aku Penglipur Larakan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dapat juga aku mengemaskini blog aku yang makin lama makin berhabuk ni. Dah lama rasanya tak berkongsi cerita pada blog ini sama ada secara open atau senyap sahaja. Dah banyak berlaku di sekeliling aku, yang mungkin ada di antara korang yang tahu atau mungkin ada di antara korang yang tahu tapi buat-buat tak tahu, dan ada juga yang tidak tahu, mungkin sebab taknak ambil tahu ataupun takut sekiranya tahu akan mengundang sesuatu yang tidak dijangka.Buat pertama kalinya aku mengemaskini blog ini dan menaip status ini di tablet, alhamdulillah, mungkin serba sedikit dapat aku kongsikan beberapa cerita yang mungkin korang nak tahu tapi malu nak bertanya, tak apa. Memang manusia mempunyai rasa ego yang tinggi dan takut diperlekehkan.#1
Rentetan PascaSelepas aku memuat naik video kontroversi bertajuk Pasca #HariGuruSAMMPS, semenjak aku balik ke asrama, aku dah dengar bermacam hal. Orang yang aku temuramah tak pasal-pasal kena sepak ter…