Macam-Macam...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Nampaknya terbuka hati aku untuk mengemaskini blog yang tidak berkesudahan dan entahkan tidak tahu apa nasibnya sama ada si'terbengkalai'kan atau dibuang dari wilayah Internet ini. Maklumlah, blog ini bagai dianaktirikan kerana Facebook dan Twitter rajin pula aku mengemaskini tetapi blog wallahua'lam.

Alhamdulillah, tiga bulan pertama dapat aku lalui dengan bermacam-macam ujian dan semacam hal yang berlaku terhadap diri aku dengan orang lain. Dengan insiden pencerobohan Lahad Datu di Sabah sehinggalah kes yang pelik-pelik yang tak tahu ada penyelesaian atau tidak. Apatah lagi, aku merasakan tahun inilah yang akan menjadi lebih berat daripada tahun sebelumnya yang aku hadapi sebagai seorang pelajar. Di sekolah aku ini, macam-macam perkara yang berlaku yang menjadi beban bukan aku seorang sahaja, tetapi orang lain juga menanggung. Tetapi, buat masa sekarang, kita ini umpama menonton video yang baru dimuatnaik di YouTube tetapi buffering dan menunggu apakah yang berlaku dalam video itu selepas buffering sehingga habis. Manusia kan memang selalu begitu, hanya mengharapkan orang lain. Ibarat ketua kelas membuat jadual kelas tetapi hanya segelintir sahaja yang menjaga kebersihan kelas dan yang lain hanya mampu memandang dan mengharapkan kelas bersih tapi bukan dengan tangan kita sendiri yang membersihkannya.

Baru-baru ini, aku ada mencetuskan sebuah suasana politik. Bukan politik Pilihanraya Umum ke-13 Malaysia tetapi politik sekolah dalam sekolah aku sendiri. Apa kesnya tu?  Sejak aku menubuhkan politik sekolah ini, macam-macam tu jugalah yang berlaku. Kes itu, kes ini (kes dirahsiakanlah...). Guru itu, guru ini, pelajar itu, pelajar ini. Aku merasakan yang murid mula memberontak rasanya terhadap guru tanpa mempedulikan isu keberkatan dalam menuntut ilmu. Kadangkala, pelajar kenalah jaga adab kalau ya pun nak menunjukkan sesuatu yang bagi kita benar atau tidak dipastikan lagi diterima oleh semua pihak. Jadi, fikir dulu sebelum berpolitik sekolah.

Rasanya itu sahaja. Esok aku akan kembali ke kampung halaman yakni asrama. Jadi, jumpa di Sabak ernam bagi mereka yang bersekolah denganku. Assalamualaikum Warahmaullahi Wabarakatuh.

P/S: No meme lagi...

Ulasan

Catatan Popular