Merindui...

"Aku rindu dia..." kataku di dalam surau ar-Rahman usai solat fardhu Isya' pada suatu hari.

"Sabarlah, Mirul. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya." Kawanku mula memujuk. Aku menitiskan air mata.

"Siapa lagi yang nak beri aku semangat dan isnpirasi utnuk terus bersemangat dalam kehidupan?" soalku lagi.

"Janganlah khuatir. Tiba masanya kau cari teman pengganti." Kawanku mula bersloroh dengan niat untuk menenangkan aku.

"Cari teman pengganti bukannya payah. Tak ada orang yang mempunyai sama personaliti dengan dia." kataku lagi.

"Memanglah tapi dia pindah untuk masa depannya yang tersendiri."

"Habis aku bagaimana?"

"Kau perlu berusaha demi menentukan masa depan yang lebih cerah."

"Walau tiada dia di sisi?"

"Ya."

"Jika diberikanku satu peluang, apa yang aku impikan..." Aku mula mendendangkan lagu Jika Diberikanku Satu Peluang nyanyian Pretty Ugly.

"Kan ku pilih ke tarikh kita dulu... itu yang kau mahukan?" kata kawanku, seolah-olah dapat menangkap apa yang tersirat. Aku menunduk lalu mengangguk.

"Tak apa. Kau buktikan yang kau memang nakkan dia sebagai suatu yang sah dan halal di sisinya." kawanku memberikan suntikan semangat.

"Maksud kau?" aku tak mengerti.

"Maksud aku, kau buat yang terbaik sebagai tanda kau buktikan padanya yang kau sukakan dia dan kau jadikan dia sebagai penyuntik inspirasi yang memang penting. Baru dia faham yang cinta kau bukannya kosong."

Aku mula membuat riak ceria.

"InsyaAllah..." Aku memeluk kawanku.

"Begitulah kawan..." katanya. "Paling penting, redhailah pemergiannya. Jangan angau sangat atau obses sangat." sambungnya lagi.

Aku mengangguk.

"Jangan jadikan sesuatu sebagai penghalang untuk kau teruskan kebahagiaan. Tapi, jadikan itu sebagai sesuatu yang menguji keikhlasan atau membuat kau hanyut dalam godaan syaitan." katanya lagi.

"Terima kasih..." kataku lalu beredar dari situ.

P/S: Catatan ini aku khususkan kepada Alif Muizz, Farhan Hamid, Ridzuan Sahrom, Aina Hassan, Puteri Raudhatul Rajihah, Ismashazwa Ishak, Adiel Ali dan semua yang terlibat dalam memberiku sokongan. I love you guys...

Ulasan

  1. kenapa ko tak masukkan je nama dia?? kenapa masukkan nama orang lain?? something weird here..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014