Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Merindui...

"Aku rindu dia..." kataku di dalam surau ar-Rahman usai solat fardhu Isya' pada suatu hari.
"Sabarlah, Mirul. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya." Kawanku mula memujuk. Aku menitiskan air mata.
"Siapa lagi yang nak beri aku semangat dan isnpirasi utnuk terus bersemangat dalam kehidupan?" soalku lagi.
"Janganlah khuatir. Tiba masanya kau cari teman pengganti." Kawanku mula bersloroh dengan niat untuk menenangkan aku.
"Cari teman pengganti bukannya payah. Tak ada orang yang mempunyai sama personaliti dengan dia." kataku lagi.
"Memanglah tapi dia pindah untuk masa depannya yang tersendiri."
"Habis aku bagaimana?"
"Kau perlu berusaha demi menentukan masa depan yang lebih cerah."
"Walau tiada dia di sisi?"
"Ya."
"Jika diberikanku satu peluang, apa yang aku impikan..." Aku mula mendendangkan lagu Jika Diberikanku Satu Peluang nyanyian Pretty Ugly.
"Kan ku pilih ke tarikh kita dulu.…