Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Aku Minta Maaf

Sepanjang 2013 ini...
Aku nak minta maaf kat kau.
Yalah, pasal aku, kau kena tu.
Tapi kadang salah kau juga.
Yang kau buat macam tu kenapa?
Bukan niat aku nak jatuhkan imej kau ke apa.
Tapi benda itu dah memang salah.
Tak tahulah bagi aku benda tu salah atau bagi kau benda tu betul...
Sebab itu aku minta maaf
Aku tahu mesti kau tak suka aku, kan?
Aku kuat menghidu aktiviti kau.
Aku macam gila kuasa nak bongkar itu dan ini.
Eleh, bukannya aku dapat apa-apa pun.
Dapat nama? Tak.
Dapat jawatan? Tak... takde pun Ketua Pengawas ke...
Ketua Pusat Sumber dan sebagainya...
Only as a student.. Normal student..
Aku minta maaf ok...
Andaikata sepanjang 2013 ini aku buat hal ngan kau...
Maafkan aku.
Really really sorry.

Sketsa Sebabak

Di sebuah kedai kopi yang popular di Kampung Taman Bandar Pekan (tak kisahlah korang nak yang mana satu), tapi ceritanya di sini, kalau dibawa ke drama atau filem, pasti kamera akan memfokuskan terhadap dua orang pemuda yang sedang bersembang lagak Perdana Menteri yang memberi ucapan kepada rakyatnya. Disebabkan aku yang mereka cerita ini, jadi aku memberi nama watak itu dengan nama Shaz dan Erul. Mereka ini kawan baik sejak kecil lagi. Bukan sejak kecil (umur 4-5 tahun macam tu) tetapi sejak si Shaz ni kecil (yang dipropagangnamstylekan... eh propagandakan sebagai pendek) tapi sekarang alhamdulillah, berkat meminum susu ibu yang cukup dan berkhasiat daripada susu yang diserbukkan, alhamdulillah, si Shaz ni pun dapat menandingi si Erul malah bertambah ceria dan manis wajahnya. Lalu, si Erul ni pun mengangkat cawannya yang berisi kopi. Agaknya apa yang ingin dibuat olehnya? Ingin menyimbah ke arah Shazkah? Atau ingin mengadu kepada tuan kedai akan rasanya yang begitu pahit sedangkan me…

Cabaran

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, ada juga kesempatan untuk aku mengemaskini ruang tempat aku untuk meluahkan rasa. Kalau ada di antara kalian yang tidak suka atau tidak senang hati dengan post yang aku kirim, harap-haraplah segera menekan butang close pada tab ini. Bukannya apa, aku punya pandangan, aku punya sukalah. Yang kalian nak pertikaikan sampai melibatkan orang lain tu dah kenapa? Cerita luar, luarlah. Aku paling tak suka orang yang dah tahu aku buat kerja (dia tak suka), kononnya dia ada kuasa vetolah dalam diri dia itu, dia menghasut orang lain supaya membenci aku dan seterusnya mengakibatkan kesan yang begitu melibatkan perasaan dan emosi serta menguji tahap kesabaran sama ada mencecah tahap kritikal atau masih boleh bersabar lagi... Tiada niat nak perli sesiapa. Kalau terasa, ha, padan muka!

Ok, hari ini, alhamdulillah, hari ini genap 9 hari aku bercuti. Time hari pertama (petang Jumaat) dengan dah habis peperiksaan SMAnya, dengan dah habis segala b…

Sambutan Maulidur Rasul SRISAAS 2009 [DVDRip]

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Released! Sambutan Maulidur Rasul SRISAAS 2009 [DVDRip]  Available in 360p, 480p & 720p. 

Size:  360p - 331MB  480p - 637MB  720p - 1.01GB  Encoded and uploaded by Amirul Syafiq Putera Muslimin Say syukran, please?

Screening #2 (DVDScr Ver.)

Apa Pengorbanan Kita?

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dengan munculnya post ini, maka aku ingin maklumkan bahawa aku telah selamat sampai, berada jauh dari peraturan, berada dekat dengan kesenangan dan mahabbah dalam nilai kekeluargaan. Alhamdulillah kepada Allah, Tuhan sekalian alam yang telah memberikan kami selaku warga SAM Muhammadiah Pekan Sabak yang dapat cuti extended sampai Rabu. (Orang lain sampai Selasa... :D) Jadi, dapatlah juga merelease tension yang telah membukit dan berkumpul dalam diri selama dua minggu di bumi perantauan dan pelajaran. Maklumlah, selama dua minggu, aku dilanda Peperiksaan Akhir Tahun #PAT2013 yang begitu... begitu... begitulah. Memang menguji kesabaran dan penelitiannya. Bukan subjek #SMA2013 pun, akademik atau dengan erti kata lain subjek #SPM2014 nanti. Huu... haru baru kepalaku. Dengan pelbagai masalah yang bukan daripada aspek pelajaran sahaja, perasaan, emosi, persahabatan... Ya Allah, hanya Engkau sahajalah yang tahu. Rasa tak perlu tahu kot…

[KOMIK] KL Gangster 2 - Studylah!

Imej

Antara Adab, Tabiat, Hanya Aku dan Setengah Mati Merindu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Rasanya dah lama aku tak mengemaskini blog yang aku anggap public diary aku selama ini, tempat di mana aku selalu meluahkan pendangan dan mungkin adakalanya pandangan aku mengganggu dan menggugat sensitiviti individu. Aku minta maaf terlebih dahulu sekiranya ada post yang kurang menyenangkan kalian. Alhamdulillah juga, aku baru habis menduduki trial #SMA2013 dengan stress dan rasa ringan kepala otak ini tapi mungkin seketika kerana selepas ini aku akan menghadapi Peperiksaan Pengakhiran Tahun aku sebagai pelajar Tingkatan 4. Tak lama dah, dua minggu lagi. Kemudian akan disambung lagi dengan perjuangan #SMA2013 yang masih lagi belum berakhir sehinggalah menuntut darah kejayaan dalam pertarungan antara kefahaman, keilmuan dan kegigihan. Sedangkan yang trial pun aku rasa macam setengah mati menjawab, nak mengerahkan kepala otak dan menghafal sehingga tercampur sini-sana. Niat di hati nak mumtaz, tetapi usaha pun kenalah bertaraf mumtaz juga. Ni …

#EratkanSyawal: al-Kisah 1 Syawal 1434H Aku...

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dah masuk 8 Syawal 1434H, baru nak sibuk cerita pasal raya pertama aku pada tahun ini. Maaflah, sibuk berkampung sampai tak sempat nak membandar, maklumlah kampung tak ada WiFi, handphone bukannya canggih macam korang boleh upload di Facebook, Instagram semua. Jadi, sepanjang raya tahun ni, inilah yang dapat aku snapkan melalui lensa Nikon aku sepanjang 1 Syawal 1434H di kampung Felda Tersang, Raub, Pahang (kampung ayah aku...)



#EratkanSyawal: Bisikan #Hashtag

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, kita masih lagi melakukan aktiviti 'tarik-nafas-hembus' kita lagi pada hari ini. Kenalah bersyukur kepada Rabb kerana tak semua dapat melakukan aktiviti ini sehingga ke hari ini. Dan bersyukurlah sudah masuk 8 Syawal 1434H, raya kelapan dah kita menyambut Aidilfitri. Suasana raya itu adalah sikit, ada yang buat Kembara ke Rumah Terbuka bersama kawan-kawan, tak lupa juga yang bersedekah, beramal jariah dengan memberi duit raya kepada budak-budak. Barangkali, semakin lama cuti penggal kedua ini nak habis, mood raya kita semakin berubah sama ada semakin meningkat atau menurun perasaan nak sambut raya kerana sejurus habis cuti pengal kedua ini akan bermulalah ekspedisi kita 'beraya' di sekolah atau asrama.

Tapi, dalam kemeriahan kita menyambut Aidilfitri ini, kadang aku rasa kesian pula pada sesetengah masyarakat. Di mana sebelum ini kita mengasah dan memupuk serta mendisiplinkan diri kita di universiti Ramadhan, den…

Kisahku Yang Aku Penglipur Larakan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dapat juga aku mengemaskini blog aku yang makin lama makin berhabuk ni. Dah lama rasanya tak berkongsi cerita pada blog ini sama ada secara open atau senyap sahaja. Dah banyak berlaku di sekeliling aku, yang mungkin ada di antara korang yang tahu atau mungkin ada di antara korang yang tahu tapi buat-buat tak tahu, dan ada juga yang tidak tahu, mungkin sebab taknak ambil tahu ataupun takut sekiranya tahu akan mengundang sesuatu yang tidak dijangka.Buat pertama kalinya aku mengemaskini blog ini dan menaip status ini di tablet, alhamdulillah, mungkin serba sedikit dapat aku kongsikan beberapa cerita yang mungkin korang nak tahu tapi malu nak bertanya, tak apa. Memang manusia mempunyai rasa ego yang tinggi dan takut diperlekehkan.#1
Rentetan PascaSelepas aku memuat naik video kontroversi bertajuk Pasca #HariGuruSAMMPS, semenjak aku balik ke asrama, aku dah dengar bermacam hal. Orang yang aku temuramah tak pasal-pasal kena sepak ter…

Aku Sang Pencetus Kontroversi

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, selepas 3 bulan tidak menyentuh dashboard Kelab ASPM Siber lantaran terlalu sibuk dengan urusan harian dan duduk di asrama buat jangka masa yang lama, akhirnya dapat juga untuk aku mengemaskini atau bahasa Inggerisnya, mengupdate. Sekarang ini, aku menjadi seorang kontroversional man sebab suka mencetuskan provokasi di sekolah aku sendiri yakni SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Yang pasti, aku tidaklah mencari gaduh atau memusuhi atau menentang apa-apa yang diideologikan atau yang disampaikan oleh para guru kerana kata Ustazah al-Azifah, dengan guru, kita kena jaga dua perkara, iaitu keberkatan dan keredhaannya. Akan tetapi, dengan se'pangkat' dengan aku iaitu pelajar.

Sekarang ini, pelajar sekolah aku semakin menjadi-jadi. Bukan menjadi-jadi baik. Malah, menjadi-jadi buruk yang nampak baik. Ah? Guano (Bagaimana) tu? Aku malas nak cerita kerana cukuplah aku mencetuskan kontroversi di Facebook, Twitter dan YouTube. Malas nak m…

Macam-Macam...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Nampaknya terbuka hati aku untuk mengemaskini blog yang tidak berkesudahan dan entahkan tidak tahu apa nasibnya sama ada si'terbengkalai'kan atau dibuang dari wilayah Internet ini. Maklumlah, blog ini bagai dianaktirikan kerana Facebook dan Twitter rajin pula aku mengemaskini tetapi blog wallahua'lam.

Alhamdulillah, tiga bulan pertama dapat aku lalui dengan bermacam-macam ujian dan semacam hal yang berlaku terhadap diri aku dengan orang lain. Dengan insiden pencerobohan Lahad Datu di Sabah sehinggalah kes yang pelik-pelik yang tak tahu ada penyelesaian atau tidak. Apatah lagi, aku merasakan tahun inilah yang akan menjadi lebih berat daripada tahun sebelumnya yang aku hadapi sebagai seorang pelajar. Di sekolah aku ini, macam-macam perkara yang berlaku yang menjadi beban bukan aku seorang sahaja, tetapi orang lain juga menanggung. Tetapi, buat masa sekarang, kita ini umpama menonton video yang baru dimuatnaik di YouTube tetapi buffer…

Merindui...

"Aku rindu dia..." kataku di dalam surau ar-Rahman usai solat fardhu Isya' pada suatu hari.
"Sabarlah, Mirul. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya." Kawanku mula memujuk. Aku menitiskan air mata.
"Siapa lagi yang nak beri aku semangat dan isnpirasi utnuk terus bersemangat dalam kehidupan?" soalku lagi.
"Janganlah khuatir. Tiba masanya kau cari teman pengganti." Kawanku mula bersloroh dengan niat untuk menenangkan aku.
"Cari teman pengganti bukannya payah. Tak ada orang yang mempunyai sama personaliti dengan dia." kataku lagi.
"Memanglah tapi dia pindah untuk masa depannya yang tersendiri."
"Habis aku bagaimana?"
"Kau perlu berusaha demi menentukan masa depan yang lebih cerah."
"Walau tiada dia di sisi?"
"Ya."
"Jika diberikanku satu peluang, apa yang aku impikan..." Aku mula mendendangkan lagu Jika Diberikanku Satu Peluang nyanyian Pretty Ugly.
"Kan ku pilih ke tarikh kita dulu.…

Catatan Pertama 2013 : Januariku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dah lama rasanya tak meluahkan isi hati atau kisah rentetan atau silam atau sebagainya di blog ni. Maklumlah, sejak bergelar pelajar Tingkatan Empat ni, semakin sibuk dengan itu. Baru bulan pertama sebagai pra-senior dan pelajar Tingkatan Empat, dah kena uji dengan Allah dengan berbagai perkara namun janji Allah itu perlu difikirkan pada akhir surah al-Baqarah yang mana Allah tidak akan membebani seseorang itu melebihi kemampuan. Jadi, alhamdulillah, aku berjaya juga menghadapi semua itu...

Pelbagai kisah pelbagai genre telah aku hadapi. Sedih, gembira, saspen, terkejut, dilema, konflik; semuanya telahku rasa pada bulan pertama ini. Begitu juga dengan anda, wajib, kerana takkan sebulan anda gembira? Masalah pasti timbul menjadi perencah drama kehidupan kita! Jadi, jangan hairanlah kenapa aku menyatakan semua perasaan di atas...

Kisah sedih apabila rakan rapat pindah. Maklumlah, tak semuanya kena stay demi sahabat yang ada di sisi. Semua perlu f…