Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Selamat Tinggal Akhirnya (Bahagian 2)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dapat juga aku mengemaskini blog ini. Kebarangkalian ini merupakan kali terakhir aku mengemaskini blog berikutan esok aku akan memulakan pendaftaran persekolahan sekaligus berpindah terus ke asrama, jadi blog ini akan bersarang labah-labah seperti dulu. Bukan aku soerang sahaja akan mengalami fenomena ini tetapi seluruh pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 tahun 2013. Semua gajet, kenikmatan dan kesenangan akan dipuasakan seperi tahun 2012 ini seperti Samsung Galaxy Tab, Samsung Corby II Tab, tab segala, handphone, Facebook, YouTube, Twitter malah aktiviti Instagram anda pun dah tak boleh dilakukan lagi.
Nampaknya juga hari ini adalah hari terakhir pelajar Malaysia yag menuntut di sekolah-sekolah mereka sendiri untuk mereka bersenang-lenang berjiwa tenang, pandu cermat jiwa selamat ke mana-mana lagi. Rasanya dah tak ada dah kot hari ini korang nak pergi mana-mana pasal bila anda nak minta izin je pada mak bapa korang, "Ma…

Selamat Tinggal Akhirnya

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Bersama anda, Amirul Syafiq dalam blog (nak kata peribadi tidak tapi) umumnya yang satu-satunya ada di muka bumi Internet (sehingga 27 Disember 2012 jam 8.53pm). Aii... dah lama rasanya aku tak update blog ini sejak mendapat keputusan dalam PMR. Ramai juga (padahal sikit) yang tanya bila aku nak update blog ni. Maklumlah, tema 'Kembali ke Sekolah' menjadi pilihan ibubapa malah pelajar malah sesiapa pun yang mempunyai anak yang masih lagi bersekolah. Promosi tu yang memaksa kami (sekeluarga) untuk membeli barangan dengan harga yang berpatutan.
Sedar tak sedar, nampaknya 2012 akan meninggalkan kita. Segala kenangan, memori atau catatan kembara perjalanan kehidupan kita akan menjadi suatu ensiklopedia yang tidak mampu dibukukan kembali. Segala kesilapan atau kebaikan yang selama ini kita lakukan akan dilupakan dan bermulalah era baru dalam hidup kita. Sama ada kita mahu berubah atau mengubah dari segi m…

Keputusan PMR 2012ku...

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, aku selamat sampai ke rumah selepas aku pergi ke Sabak Bernam untuk mengambil keputusan PMRku. Tujuan aku menulis status ini adalah untuk menjawab soalan famous yang melanda diri aku (dan diri calon PMR 2012) iaitu 'kau dapat berapa A?'. Pada mulanya, aku meramalkan yang aku akan dapat satu A je. Tapi, bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia kau fikirlah sendiri. Akhirnya aku berjaya mendapat 4A 3B 2C. Memang tak terkejutlah selama aku bersekolah di SAM Muhammadiah paling tinggi pun dapat 2A je. Kali ini, gembira hatiku (plus mak aku pasal bapa aku kerja). Aku renung kembali markah peperiksaan aku selama aku bersekolah di SAM Muhammadiah Pekan Sabak sebagai pelajar Tingkatan 3.




Bila aku menilai kembali markah keputusan peperiksaan yang aku dapat hari ini dan yang lepas-lepas, aku rasa bersyukur yang amat. Dan alhamdulillah juga, aku amat berpuas hati dengan keputusan yang aku dapat yang sebenarnya tidakl…

5 Situasi Ketika Mengambil Result

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ya, alhamdulillah, dapat juga mengemaskini blog pada hari ini. Ya, nampaknya calon PMR akan berakhir sebuah penantian yang menyeksaan di mana esok keputusannya sudahpun dicetak dan kalau malas sangat, kita semak online dan SMS jelah. Mengikut seruan kerajaan di iklan, zaman dah berubah dan dunia dah maju. Cuba kita bayangkan, apa situasi yang akan berlaku ketika mengambil result pada esok hari dan macam mana kita nak menguruskannya?

5

CIKGU : Amran (bukan nama sebenar), nah, ni keputusan kau, tahniah ya.
AMRAN : (Bisik)Cikgu kata tahniah mesti keputusan aku bagus ni. Terima kasih cikgu.
CIKGU : Sama-sama.
AMRAN : (Buka keputusan lalu berbisik)Cis, dapat 2A je. Nak sedapkan hati aku la tu. Redha jelah...

4

ALIFAH : Azri, berapa keputusan kau dapat?
AZRI : (Diam)
ALIFAH : Azri, berapa keputusan kau dapat?! (Berkeras)
AZRI : (Diam sambil berkerut)
ALIFAH : Wei, aku tanya kau ni, berapa keputusan kau dapat?! (Nada marah)
AZRI : Kau boleh blah, tak? (Lembut)

3

Esok Keputusan PMR Keluar

LAGU ASAL : Kosong - Najwa Latif

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar diriku
Akal dan mindaku

(CIKGU : Woi, dengan cikgu kau nak ber'kau-aku' ya?)

Kau memberi slipku (CIKGU : Biadab budak ni!)
Membukanya ku tak sanggup
Tapi hati memujuk
Redha atas apa yang Dia beri

Segala susah dan payah
Yang telah aku lakukan
Harap harap tak dapat kosong... kosong oh...

Setiap apa yang dilakukan
Keputusannya di tangan Tuhan
Doa doa tak dapat kosong... kosong... oh... no!

Kini aku ready
Menerima keputusanku nanti
Dengan segala perih yang kulakukan

Kini ku redha dan pasrah
Berusaha di masa depan
Tuk membetulkan kesilapan yang kulakukan oh.. oh..

Kosong kosong oh...

Main Seni Pagi Ni...

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ya, pagi ini, WiFi rumah aku ada masalah pula. Jadi, sementara menunggu WiFi atau talian Internet kembali pulih, aku telah mengedit dua gambar (sahaja!) sebelum talian Internet kembali pulih. Check this out!


 Jadi, amacam, nampak real tak?


[121212 - ENTRI KE 100] Dikalung Kasihan

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana masih diberikn peluang untuk hidup pada hari ini. Hari yang mana dianggap special oleh masyarakat dunia. Di mana angka yang sama diulang tiga kali. Di mana juga tarikh yang merupakan terakhir untuk abad ini dan selepas ini disambung kembali pada tarikh 1.1.2101 (abad ke-21). Iaitu 12.12.2012. Ada aku baca di Internet:

Angka tetap angka manakala kebaikan atau keburukan dibawa tiada kaitan dalam kehidupan seseorang, sebaliknya bergantung kepada empunya diri untuk mencorakkannya," Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, Pakar motivasi dan sosiologi, Universiti Putra Malaysia.

Jadi, jangan terlalu taksub sangat dengan deretan 12 yang sama ini. Baca artikel Tanggal 12.12.12 ini untuk memahamkan lagi, ya?

Baiklah, sempena sambutan 121212 hari ini, aku dengar ramai juga yang kahwin hari ini. Lebih 20 pasangan yang melangsungkan perkahwinan hari ini. Amboi, biasa kahwin hari Sabtu dan Ahad, ini hari Rab…

Tarikh Keputusan PMR 2012 Dikeluarkan

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dapat juga mengemaskini blog ini walaupun seketika cuma. Maklumlah, kalau ibu bapa sudah bekerja, anaknya duduk rumah sahaja (ya tak?). Apa-apapun, semoga selamat di rumah tanpa sebarang malapetaka ataupun 'taufan Bopha' yang merungsingkan fikiran mak bapa anda.

Hari ini, selepas 'berjalan-jalan' di Internet, aku telah berjaya menemui apa yang aku dapat (dan semua calon PMR pun nak tahu) bilakah keputusan PMR 2012 ni nak keluar. Ramai duk rungsing, aii... maklumlah, sibuk dengan Family Day apa semua. Tapi, setelah disiasat dari sumber yang mudah dipercayai, ini adalah apa yang aku jumpa mengenai hal ini.

Yang pertama, Facebook Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pelajaran Malaysia(https://www.facebook.com/BPSBPSK)


Pautan-pautan mengenai Keputusan PMR 2012 Dikeluarkan ini:

http://ciffahmimalomuchacha.blogspot.com/2012/11/semak-online-keputusan-peperiksaan-pmr.h…

Rezeki Terpotong... parodi ASPM

Imej
Parodi dari AmirulASPM
Sebuah lagu yang digubah mengenai masyarakat
KUALA LUMPUR, 9 DISEMBER 2012 - Setelah lama mendiamkan diri dalam arena men'jahanam'kan lagi, kini Amirul Syafiq Putera Muslimin telah me'release'kan tension dengan me'release'kan sebuah lagu parodi daripada nyanyian asal iaitu Cinta Teragung tapi digubah sedikit menjadi Rezeki Terpotong.



"Rezeki Terpotong merupakan kisah yang saya ambil daripada masyarakat sekitar dan meggubahnya setelah saya merasakan Cinta Teragung liriknya ada yang sedikit menyimpang ke arah cerita saya (pada pandangan saya)." kata penyanyi(lah kononnya suara sedap), Amirul Syafiq.
Menurutnya lagi, Rezeki Terpotong mengisahkan tentang seorang individu yang terpaksa melupakan undangan perkahwinan yang diterimanya lantaran sibuk dengan kerja. Ha, bermulalah sebuah cerita yang nak dijadikan cerita...
"Apa-apapun, nantikanlah ya..." kata Amirul lagi mengakhiri buletin.
Kelab ASPM Siber akan menjadi laman rasmi un…

Lagenda Budak Facebook [Bahagian 1]

Imej

Bila Aku Sudah Tiada...

Imej
Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku


Kadangkala aku merasakan
Aku tidak punya kawan
Namun Allah menciptakan
Kawan yang memahami perasaan

Kadangkala aku merasa
Aku tidak punya jasa
Namun Allah memberiku masa
Untuk aku ukirkannya

Dan semuanya telahku kecapi
Tapi aku terfikir suatu hari nanti
Bila aku sudah tiada lagi
Adakah aku akan diingati?

Adakah aku akan dihargai
Ataupun aku akan menjadi desiran angin sepi
Wujud dihargai hilang dilupai
Saat itu kan tiba nanti

Semuanya ku harapkan
Belas dikalung kasihan
Aku tak mengharapkan balasan
Kerana aku tidak jadikan sebagai pengharapan
Cuma aku mahukan
Saat aku tiada diperlukan
Tiada kewujudan
Sekurang-kurangnya insan
Menghadiahkan al-Fatihah untuk aku
Itu pintaku...


SAMER - Jalan-Jalan

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tanpa banyak soal dan teguran (sebab aku nak buat status cepat), tadi aku, ibu dan adik ke SAM Rawang (SAMER) sebab nak hantar borang adik aku ke sekolah tersebut. Dan aku sempatlah snap beberapa gambar di SAMER ini. Cantik dan berbukit...
















Sajak - Jangan Aku Kau Rendahkan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sajak Jangan Aku Kau Rendahkan ini penuh dedikasi
penuh elemen yang menyayat hati
Aku baca pun kadangkala tersentuh hati
Sajak ini aku buat sendiri
Ada juga teman yang lain yeng memberi cadangan sendiri
Untuk drama yang penuh emosi
Aku mengharapkan yang membaca ini
Silalah memberi pandangan diri
Untuk aku perbaiki lagi

Sajak - Jangan Aku Kau Rendahkan
Sajak - Jangan Aku Kau Rendahkan [Link 2]

Sebuah Ujian Untukku...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, aku masih lagi sihat walafiat dan bernayawa di atas muka bumi Allah S.W.T. Alhamdulillah, aku masih punya ibubapa, adik dan BFF (best Facebook friends) yang setia menemani seperti Eysma Smash Maris, TheAnisMS dan sebagainya pada lewat tengah malam di saat aku kesunyian dan kesepian yang mendalam. Alhamdulillah juga, hari ini aku berjaya beli something iaitu helikopter mainan yang kena belajar cara mengawalnya sehingga mahir dan memerlukan untuk belajar tapi baguslah, tak adanya aku nak terperap buang masa, betul tak?

Hari ini, aku nak bercerita sedikit tentang pengalaman aku sebagai seorang director / pengarah yang mengarah orang di bawah aku utnuk melaksanakan MyTalent 2012. Orang asyik tanya aku, "Best ke jadi pengarah?". Sebenarnya, bila aku melalui sendiri menjadi pengarah ni, fuhhh... bukan senang, beb. Orang yang mentaliti, emosi, perasaan dan daya usaha yang kuat je mampu jadi pengarah. Tapi...

Pada suatu hari ya…

ASPMeMe #3 - Lagenda Budak Facebook [Prolog]

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Lagenda Budak Facebook merupakan parodi 'tak jadi' dari aku. Saja je nak try. InsyaAllah, akan ada komik susulan mengenai Facebook. Sinopsisnya mengisahkan Meme, (macam biasa watak utama) yang ingin mengurat Nur Meme Face tetapi Nur Meme Face taknak pun layan si Meme (dengan erti kata lain) syok sendiri! Tapi, Meme akan mencuba sedaya upaya untuk memaut hati Nur Meme Face secara sah! Ini adalah prolog Lagenda Budak Facebook.