Kembali ke Blogger...

5:16 PTG Amirul Syafiq Abdul Mutalib 0 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Ya, dah lama aku tak menyinggah masuk dan menziarahi sebuah blog yang telah dibina di atas muka bumi Internet yang cukup luas. Sememangnya blog aku tidak mampu menandingi Google atau YouTube yang mampu meraih banyak sambutan ataupun menjadi tumpuan sepanjang zaman dan tahunan. Tetapi, sekurang-kurangnya inilah caranya untuk aku mengenali sebuah medan yang boleh bersimpang-siur ke mana-mana laluan seperti berdakwah dan berkongsi pandangan.

Alhamdulillah, setelah mengumpul 'dana' bagi menjayakan projek membeli external hard disk, akhirnya aku berkemampuan juga untuk membeli Buffalo External Hard Disk (MiniStation Plus). Tapi...


This picture was captured on 5.00 pm, 27 Oktober 2012

Izzah Ahmad mengatakan 'untung lerr..huhu' kerana walaupun dia (makcik aku ni...) sudah melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia tetapi dia tidak mampu untuk memiliki external hard disk. Nurhanis Mat Shom kata download movie sebab aku ni memang kaki filem (Melayu sahaja... bukan Inggeris atau bahasa lain). Haha! Memang memberi komen ya? Apa-apapun, terima kasih sebab sudi memberi pandangan atas apa yang aku buat...

Seterusnya, kisah ke-2 mengenai...



Banyak orang tanya aku, apa pasal ketika aku dan pelajar Tingkatan 3 yang lain ketika menduduki Peperiksaan Akhir Tahun versi Al-Azhar, aku dan 16 orang yang lain (ramai pula... malaslah nak tulis. This is fast draft.) keluar awal atau meminta izin untuk keluar awal. Untuk pengetahuan bagi mereka yang ingin tahu, aku dan 16 orang yang lain akan menghadapi MyTalent 2012 sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 di Sabak Bernam dan kami dipertandingkan dalam acara puisi drama. Dan sekiranya anda faham petikan video YouTube yang dimuat naik oleh aku adalah mengenai puisi drama kita orang iaitu Jangan Aku Kau Rendahkan. Cerita pasal apa? Nanti aku sambung seterusnya sebab sekarang ni aku nak main bowling dan persediaan untuk JAKR (Jangan Aku Kau Rendahkan) ini. Apa-apapun, layan video klip (bagi mereka yang tak berkesempatan untuk menontonnya).

0 ulasan: