Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Hari Raya...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, apa khabar kau orang semua? Mesti kau orang di kampung dah sekarang,kan? Maklumlah, dah bertolak awal-awal. Ada pula sekolah dia bagi cuti awal. Best je raya ni,kan? Aku raya pertama di KL, petang baru balik (petang 1 Syawal). Maklumlah, nak merasa bunyi cengkerik  di Kuala Lumpur ini.

"Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa 2012M / 1433H ditetapkan pada hari Ahad, 19 Ogos 2012."

Alhamdulillah, dengan berakhirnya pengumuman raya di kaca televisyen, maka berakhirnya kewajipan kita sebagai umat Islam untuk berpuasa. Ramadhan pun sudah bersiap-sedia untuk 'mengemas baang' tanda Syawal menjadi pengganti. Sedih pula dalam hati aku bila Ramadhan menjengah tanpa rasa jemu aku hadapi. Yalah, bila tiba Ramadhan, aku rasa ketenangan yang sukar aku dapat. Time nilah kita nak rapat-rapatkan saf dengan surau dan masjid, bila tengok ukhuwah terjalin antara kita, bukan? Rasa indah je. Rupanya umat Islam masih lagi bers…

Hari Ini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dapat juga aku mengemaskini blog Kelab ASPM Siber di rumah. Yalah, sudah dua hari bertapak di rumah tetapi lupa untuk menapakkan diri merajinkan diri menaip emel dan password di Blogger.com tapi alhamdulillah, berjaya juga.
Kalau korang perasan, dekat address bar korang (yang selalu korang tulis www. tu), bukan lagi www.kelabaspmsiber.blogspot.com, tetapi kelabaspmsiber.ml.my. Hah, maklumkan pada orang ramai tentang domain yang berjaya digoogle oleh ASPM (domain percuma pula!).
Oklah, hari ini aku nak cerita sikit. Hari ini, aku pergi ke Intai-Intai Restaurant. Hampirlah tersesat sampai mencari di rumah orang punya kawasan sekali tepi jalan sahaja! Tapi, alhamdulillah, sampai 29 minit sebelum umat Islam berbuka dengan secara rasminya. Masa tu, taklah penuh tetapi memenuhi kawasan tu jugalah. Macam-macam variasi makanan dari A sampai Z; semuanya lengkap. Tetapi, ketika aku sedang menggalak mencari minuman, aku terperasan beberapa …