Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Trial PMR itu Rahmat Ramadhan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ehek... Ehek... Terbatuk manja pula. Maklumlah, masuk 11 Ramadhan dah hari ini. Alhamdulillah, dapat juga mengemaskini Kelab ASPM Siber yang sudah lama ditinggalkan kerana melayan karenah baru blog sekolah iaitu Unit Bimbingan dan Kaunseling (insyaAllah, sejurus selepas PMR, akan dimkalumkan linknya. Yang pandai menGoogle tu, carilah ya...).
Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan ni juga, aku berjaya mengekalkan puasa di bulan Ramadhan ini. Dan tak ku sangka dan tak ku duga (dah macam tajuk lagu Saleem dah...), esok, aku akan menjalani sebuah peperiksaan besar sebesar 5GB (rasanya lagi besar kot...) iaitu PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012. Tidak!!! Walaupun aku menjerit tidak sebanyak 56 kali, itu tidak dapat menghalang Peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah 2012 atau nama manjanya Trial PMR. Subhanallah! Start malam ni juga nak kena bercinta dengan ilmu, bertunang dengan usaha dan cuba 'berkahwin' dengan …