Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Hari Ini...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wbarakatuh.
Alhamdulillah, tak lama lagi, kira-kira tak payah pakai kalkulator, lagi 7 hari bersamaan satu minggu kita akan kembali ke sekolah.

"Lambat lagi... Saya tak pergi lagi Pulau Pangkor dengan family..."

Pulau Pangkor, pulau Pangkor juga. Folio macam mana. Bulan Julai dah nak kena hantar dah. Lainlah yang form lain tu...

Terdiam? Bunyi cengkerik sebagai balasan? Sedar-sedarlah diri tu sikit.

Hari ini aku terdetik akan beberapa perkara yang aku rasa nak kongsi atau bahasa Facebooknya kata, share. Ini pasal kawan. Kenapa aku cerita pasal kawan? Sebab anda semua dah sedia maklum atau sudah menjadi kebiasaan kaki-kaki Facebook meletakkan kata-kata hikmah fasal kawanlah. Antaranya:


Tak jaga kawan jadi lawan.Tak nak lawan, nak kawan, tapi adakalanya nak lawan kawan. Best kalau kawan dengan lawan. (Berbelit lidah aku menyebutnya...)Kawan adalah orang yang rapat dengan kita selain ahli keluarga.Kawan yang membentuk diri kita, jadi pilih kawan ya…