Selamat Tinggal Akhirnya (Bahagian 2)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dapat juga aku mengemaskini blog ini. Kebarangkalian ini merupakan kali terakhir aku mengemaskini blog berikutan esok aku akan memulakan pendaftaran persekolahan sekaligus berpindah terus ke asrama, jadi blog ini akan bersarang labah-labah seperti dulu. Bukan aku soerang sahaja akan mengalami fenomena ini tetapi seluruh pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 tahun 2013. Semua gajet, kenikmatan dan kesenangan akan dipuasakan seperi tahun 2012 ini seperti Samsung Galaxy Tab, Samsung Corby II Tab, tab segala, handphone, Facebook, YouTube, Twitter malah aktiviti Instagram anda pun dah tak boleh dilakukan lagi.

Nampaknya juga hari ini adalah hari terakhir pelajar Malaysia yag menuntut di sekolah-sekolah mereka sendiri untuk mereka bersenang-lenang berjiwa tenang, pandu cermat jiwa selamat ke mana-mana lagi. Rasanya dah tak ada dah kot hari ini korang nak pergi mana-mana pasal bila anda nak minta izin je pada mak bapa korang, "Mak, bapa, nak keluar?" / "Mak, bapa, jom keluar?" Pastinya anda akan terkna bebelan ala-ala Ustaz Azhar Idrus, "Kau ni tak sedar ke yang esok dah nak start sekolah? Soalan seterusnya...". Kita merajuk, buat muka kesian, buat muka Puss In Boots pun sekalipun, anda tidak akan dilayan. Kesian... aku pun samalah.

Tak apalah, memang ketentuan kita untuk melebarkan lagi pengetahuan, mengembangkan bakat yang ada dan meneruskan perjuangan kita dengan belajar dan bersekolah. Lagipun, mustahil terkeluar dari mulut anda yang menyatakan bersekolah tak best. Malah, aku tengok kat Facebook tu ramai tak sabar-sabar nak kembali ke sekolah lantaran percutian yang membosankan atau sebab lain yang difikirkan. Tapi, aku tahu, sebab apa pelajar Malaysia nak sangat kembali ke sekolah lagi-lagi mereka yang bersekolah asrama itu. Kerana kawan-kawan, bukan? Bak kata Muara Hati, "walau raga kita tak mungkin bersama, ku yakin di hati kan tetap setia...".

Tak apa, tak salah menjadikan kawan sebagai faktor utama kita tak  Fear  Factor  dengan sekolah. Asalkan yang paling penting, kejayaan yang menjadi kebanggaan ibu bapa dan semua yang mengenali anda. Oklah, kita tinggalkan sebentar tentang isu kembali ke sekolah ini. Yang paling penting, anda suka ke sekolah, anda tak anti-sekolah, anda tak buat hal pada hari pertama pendaftaran persekolahan, ok?

2013 akan tiba menjejakkan diri dalam hidup kita sehari sahaja lagi. Nampaknya, adakah kita sudah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan yang ada pada tahun 2013 ini? Braangkali 2013 merupakan tahun penuh cabaran. Mungkin bagi mereka yang serius dalam perhubungan seperti percintaan monyet mungkin akan menghadapai clash atau keretakan dalam perhubungan sehingga membawa dalam perpisahan. Dah bersiap sedia untuk menghaadapi perkara sebegitu? Mungkin anda akan dilanda fitnah. Siapa yang dapat mengagak, bukan? Allah s.w.t. akan merencanakan yang terbaik untuk kita dan pastinya ujian itu tidak melebihi daripada kemampuan kita. Tak percaya, kau buka al-Quran, selak ayat terakhir surah al-Baqarah. 

Jadi, bukan saja kegembiraan yang kita fikir untuk kita rancang macam mana nak berjaya tetapi bagaimana kita nak menghadapi kemungkinan kesedihan yang akan menimpa kita dan cara untuk menghadapinya. Kadangkala tak semuanya kita akan hadapi kegembiraan dan kepuasan hati... Jangan sampai hati kecewa, rasa tak mahu teruskan kehidupan pula. Bijak berfikir.

Ok, masanya untuk mengakhiri status atau entri terakhir pada tahun ini, pada bulan ini, pada saat ini (mungkin). Akhirulkalam, aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013, Selamat Kembali Ke Sekolah dan Selamat Menghadapi Tahun 2013. Mulakan azam yang baru, harapan yang jitu dan usaha yang begitu kental dan maju. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014