Sebuah Ujian Untukku...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, aku masih lagi sihat walafiat dan bernayawa di atas muka bumi Allah S.W.T. Alhamdulillah, aku masih punya ibubapa, adik dan BFF (best Facebook friends) yang setia menemani seperti Eysma Smash Maris, TheAnisMS dan sebagainya pada lewat tengah malam di saat aku kesunyian dan kesepian yang mendalam. Alhamdulillah juga, hari ini aku berjaya beli something iaitu helikopter mainan yang kena belajar cara mengawalnya sehingga mahir dan memerlukan untuk belajar tapi baguslah, tak adanya aku nak terperap buang masa, betul tak?

Hari ini, aku nak bercerita sedikit tentang pengalaman aku sebagai seorang director / pengarah yang mengarah orang di bawah aku utnuk melaksanakan MyTalent 2012. Orang asyik tanya aku, "Best ke jadi pengarah?". Sebenarnya, bila aku melalui sendiri menjadi pengarah ni, fuhhh... bukan senang, beb. Orang yang mentaliti, emosi, perasaan dan daya usaha yang kuat je mampu jadi pengarah. Tapi...

Pada suatu hari yang indah (kira-kira dua bulan dari tarikh hari ini [4/12/2012] ), di bilik kaunseling di mana kelihatan Puan Norvidayu sedang membuat jadual Program Selepas PMR. Aku pun mendekatinya dan merenung jadual yang tertera di skrin komputernya itu. Aku perasan sesuatu pada jadual itu iaitu Pertandingan MyTalent 2012. Aku tanya MyTalent ni apa kebendanya cikgu...

"Puisi drama... pertandingan." Jawabnya.

Aku terasa seronok kerana aku ni sukakan cabaran lalu aku kata, kalau saya nak masuk boleh? Dia pelik, "Awak ni pandai berpuisi ke?". Tak adalah, saya boleh tukang beri idea ke, berlakon ke. Dia pun suruh aku jadi pengarah. Aku terimalah tanpa memikirkan apa yang berlaku seterusnya...

Aku tak ingat malam bila kami berkumpul (geng-geng MyTalent ni) kat surau, membincangkan apa jalan cerita yang sesuai untuk dibuat. Akhirnya, setelah disepakati oleh Puan Norvidayu itu pada keesokan harinya setelah sebulat suara telah membuat cadangan, akhirnya terpilihlah idea yang asalnya dari Kamal Khairi iaitu Jangan Aku Kau Rendahkan itu...

Setelh latihan demi latihan, baru aku kenali karenah mereka. Ada yang menggunakan kesempatan ini untuk bertemu secara personal (ala, bawa cerita personal dalam latihan...). Aku hanya diam pada mulanya dan buat endah tak endah je walaupun dalam hati ni rasa marah tapi aku padamkan. Nasib baik ada Muizz yang menemani menenangkan aku. Tapi, satu saat, dekat-dekat dua minggu sebelum hari pertandingan, aku dah tekad nak jadi seorang pengadu (sikit-sikit nak beritahu kat cikgu Norvidayu) memandangkan Cikgu Norvidayu ni garangnya... jangan dikata! Tapi, aku tak adalah Cikgu Norvidayu terus (masih ada keperikmanusiaan), hanya mempertimbangkan apa yang perlu aku buat pada Cikgu Ilham. Cikgu Ilham pun suruh aku itu, aku ini... Dan aku pun buatlah. Tapi, itulah kan, tak semuanya indah dan betul di kaca mata manusia.

Selepas itu, Cikgu Norvidayu pun suruh Cikgu Suhada untuk menilai Jangan Aku Kau Rendahkan ini... Akhirnya, dia suruh kami tukar jalan cerita kerana melebihi durasi yang ditetapkan. Setelah disepakati oleh Cikgu Norvidayu, time tu aku rasa terkedu dan diam. Ada yang perasan macam Puteri pasal dia jelh yang nak selesaikan masalah aku. Dia suruh aku sabar dan dia nak aku ngan dia serta rakan-rakan yang lain buat cerita baru sama-sama. Tapi, sedihlah sebab karya pertama aku ditolak tapi aku redh sebab redha itu ikhlas, pasrah je aku malas. Akhirnya, berkat kerjasama, maka keluarlah istilah 'Nilai Sebuah Persahabatan'.

Adakalanya, aku mengarah je mereka ni tanpa memikirkan mereka penat ke tidak. Sampaikan masa itu Peperiksaan Akhir Tahun al-Azhar pun aku suruh latih jugak kejam pula bila memikirkannya tapi aku peduli apa. Tapi, lama kelamaan, rasa kesian juga. Tambahan pula, dengan Ariff yang menimbulkan stres dalam MyTalent (seandainya kau baca ni, jangan marah ya?). Macam-macam.

Nasib baik ada Puteri Raudhatul Rajihah dan Intan Nurhanis yang menasihati aku agar bersabar dan bertimbang rasa sikit. Kalau tak ada, dah lama dah aku jerit, maki hamun (takdelah just marah jelah!). Puteri kata...

"Setiap orang ada MASALAH... dan mereka menggunakan kesempatan (MyTalent) ini untuk menghilangkan masalah itu. Kau tak boleh nak marah dia orang je. Aku tahu je kau ni ada masalah cuma kau taknak meluahkan kepada kita orang (Puteri dan Intan) masalah kau. Tapi, kau marah kita orang (budak MyTalent) kiranya nak balas dendam atas masalah itu. Tak bolehlah."

Aku fikir sejenak ayat itu. Dan ternyata ianya betul. Aku hanya diam je bila dia orang kata macam tu kat aku. Nak buat apa aku marah, bukan? Memang salah aku. Sejak hari itu, aku pun mengubah perspektif aku mengarah. Semuanya nampak tenang dan ok. Aku hanya diam bila dia orang main atau 'lari' (bukan tak datang latihan tetapi buat benda lain) masa latihan. Kadangkala, mereka tanya aku soalan yang sama setiap hari, "ada latihan ke malam ni?" "ada latihan ke petang/pagi ini/Sabtu ni?". Aku cakap, ikut koranglah nak ada ke tidak... Kalau mereka main telefon bimbit, mainlah (memandangkan handphone aku kena rampas! Tapi kalau tak kena rampas pun, aku tak main rasanya...).

Benda (pendirian) aku bertahan lama. Tapi, ada satu peristiwa yang aku ingat sampai mati kerana itu berlaku pada malam hari ulangtahun kelahiran aku. 3 November 2012! Itulah kali pertama aku menangis kerana kawan! Ha, walaupun jiwa kental, tapi dalam hati ada kelembutan. Ketika itu, ada seorang kawan (rahsia... aib!) mengamuk tak tentu pasal. Aku tanyalah kawan yang lain, apasal budak tu? Ada yang kata sebab kerusilah (pasal ini cerita bukan Jangan Aku Kau Rendahkan tapi Nilai Sebuah Persahabatan maka cerita pasal kelas jadi kena banyak pakai kerusi). Lepas itu, Aina dan Nazrul pun bagitau aku secara personal yang dia ni suka budak ni. Entah apa-apa yang aku tak faham jalan cerita tapi adalah sedikit aku faham. Dia (yang marah mengamuk tu) cemburu sebab yang dia suka gaul ngan orang lain. Masalahya yang dia suka pun ahli MyTalent juga. Entahlah, macam-macam.

Akibat daripada itu, latihan pada malam itu terganggu pasal sebab dia, orang lain mengamuk. Hati aku dah start terluka sikit. Tapi, aku tenang pasal Muizzlah. Muizz ingatkan aku yang esok harinya hari ulangtahun kelahiranku, jadi aku agak terkawal. Lepas tu, Farhan nak buat lawak. Dia cerita...

"Aku ada idea... nanti masa tarikh pertandingan tu nanti, kau tunggu kat kantin, kau tengok takde kita orang. Yang ada budak luar je. Bila kau telefon kita orang, rupanya kita orang dah balik kampung..."

Aku terdiam tetapi tak rasa apa-apa. Lepas tu, aku duduk. Diam. Berteleku perlahan-lahan. Aku teringat dan mengenangkan usaha aku dalam MyTalent ini. Perlahan-lahan, aku menangis. Muzammil pun kata: "Ala, Mirul. Tak payahlah nangis!" Lalu, Muizz pun datang pujuk aku. Dia suruh aku ambil wudhuk, solat Istikharah dan Hajat biar Allah beritahu patut ke kena buang 'si mengamuk marah' tu. Lalu, aku pun solat. Lepas solat, aku terus nangis. Farhan, Nazrul dan segelintir memujuk aku agar sabar. Malam tu jugalah, dia (yang mengamuk) minta maaf.

Minggu terakhir kita orang berlatih, ada ujian dari Allah S.W.T. nak menguji kita orang. Cikgu Suhaimi kata, nak ada latihan kena ada cikgu. Karang maksiat. Selama ni, ada latihan (tanpa guru), elok je. Pasal, 4 November 2012 hari Ahad, Cikgu Ainon gegar surau (gegar kita orang) pasal budak-budak tengok cerita kat Netbook rapat-rapat macam bermaksiat. Sebab tu, Cikgu Suhaimi dan warden lain naik takut berlaku. Aku tak marah sesiapa, tak marah mereka yang terlibat dalam kena tangkap tu, tak marah cikgu. Tengoklah salah siapa, siapa makan cili memang terasa pedas la...

Akhirnya, setelah disepakati dan sempurna disemak oleh Cikgu Suhada pada malam pertandingan, kami sudah bersiap sedia. Esoknya, kami buat yang terbaik dan akhirnya kami berjaya kedudukan nombor empat.

Jadi, apa yang aku nak cerita ni bukan pasal aku bangga jadi director sampai dapat kejayaan, tetapi betapa sukarnya menyusun bicara meluahkan rasa menuturkan rasa kentalnya dan susahnya jadi pengarah. Jadi pengarah ni sama je macam jadi cikgu, macam jadi ketua atau jadi apa-apa yang berjawatan utama. Kita jangan fikir kita berjawatan besar dikagumi tetapi bagaimana kita handle sendiri macam mana jadi apa yang kita hadapi. Macam aku, jadi pengarah pun boleh menangis macam aku, tahu kalau tak ada jiwa kental dan emosi yang kuat.

Lagi satu, hidup kita mesti sempurna kalau ada orang yang jadi tulang belakang kita. Yang menenangkan kita saat kita kesedihan dan kebuntuan. Itulah pentingnya kawan dan teman di saat kita perlukan. Kita takkan mampu hadapi semua sendiri kerana kita ketika itu perlukan sokongan dan bantuan.

Setakat ini sahajalah, aku harap apa yang aku cerita ni bolehlah jadi inspirasi untuk semua yang ingin menjadi ketua atau yang teratas. Ingat balik apa akan terjadi dan sanggupkah kita. Takut nanti kita terlka, pecah hati, pecah semangat dan akhirnya menemui kegagalan yang disebabkan ke'frust'an diri kita sendiri dan itu akan menjadi titik hitam dalam tanggungjawab kita. Jadilah seorang yang bertanggungjawab bukan jadi seorang yang 'bertanggung tidak tak berjawab'.

Itu sahaja. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ulasan

  1. perluke ko masukkan apa aq cakap??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014