Keputusan PMR 2012ku...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, aku selamat sampai ke rumah selepas aku pergi ke Sabak Bernam untuk mengambil keputusan PMRku. Tujuan aku menulis status ini adalah untuk menjawab soalan famous yang melanda diri aku (dan diri calon PMR 2012) iaitu 'kau dapat berapa A?'. Pada mulanya, aku meramalkan yang aku akan dapat satu A je. Tapi, bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia kau fikirlah sendiri. Akhirnya aku berjaya mendapat 4A 3B 2C. Memang tak terkejutlah selama aku bersekolah di SAM Muhammadiah paling tinggi pun dapat 2A je. Kali ini, gembira hatiku (plus mak aku pasal bapa aku kerja). Aku renung kembali markah peperiksaan aku selama aku bersekolah di SAM Muhammadiah Pekan Sabak sebagai pelajar Tingkatan 3.


Teruk juga markah percubaan PMR aku ni...


Bila aku menilai kembali markah keputusan peperiksaan yang aku dapat hari ini dan yang lepas-lepas, aku rasa bersyukur yang amat. Dan alhamdulillah juga, aku amat berpuas hati dengan keputusan yang aku dapat yang sebenarnya tidaklah kujangkakan sebegini tapi begitulah hasilnya.

Ini adalah slip peperiksaan PMR 2012 yang aku dapat tadi. Alhamdulillah, cuba bandingkan, sekali imbas nampak macam tak percaya pula. Tapi inilah realitinya. Terima kasih ya Allah!

Keputusan PMRku...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014