5 Situasi Ketika Mengambil Result

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ya, alhamdulillah, dapat juga mengemaskini blog pada hari ini. Ya, nampaknya calon PMR akan berakhir sebuah penantian yang menyeksaan di mana esok keputusannya sudahpun dicetak dan kalau malas sangat, kita semak online dan SMS jelah. Mengikut seruan kerajaan di iklan, zaman dah berubah dan dunia dah maju. Cuba kita bayangkan, apa situasi yang akan berlaku ketika mengambil result pada esok hari dan macam mana kita nak menguruskannya?

5

CIKGU : Amran (bukan nama sebenar), nah, ni keputusan kau, tahniah ya.
AMRAN : (Bisik) Cikgu kata tahniah mesti keputusan aku bagus ni. Terima kasih cikgu.
CIKGU : Sama-sama.

AMRAN : (Buka keputusan lalu berbisik) Cis, dapat 2A je. Nak sedapkan hati aku la tu. Redha jelah...

4

ALIFAH : Azri, berapa keputusan kau dapat?
AZRI : (Diam)
ALIFAH : Azri, berapa keputusan kau dapat?! (Berkeras)
AZRI : (Diam sambil berkerut)
ALIFAH : Wei, aku tanya kau ni, berapa keputusan kau dapat?! (Nada marah)
AZRI : Kau boleh blah, tak? (Lembut)

3

CIKGU : Nazri, kamu dapat berapa A?
NAZRI : Saya dapat 3A. Dah elok dah, tapi ada 1E.
CIKGU : Sabar sahajalah. Itu merupakan berita baik buat cikgu.
NAZRI : (Hairan) Apasal pula?
CIKGU : (Bawa keluar tablet dan buka laman web sekolah)


NAZRI : (Terkejut)
CIKGU : Takde la awak menyusahkan saya lagi. (Senyum)

2

AFIQ : (Menangis)
IWAN : (Mendekati) Kenapa kau sedih?
AFIQ : Matapelajaran Sains aku gagal la wei... padahal aku dah sedaya upaya nak skor mata pelajaran tu.
IWAN : (Muka bengis) Salah kau la! Yang pergi meniru masa peperiksaan tu buat apa?! Lepas tu, kena tangkap pula tu! Memang layak la!
AFIQ : Oh, ya ke?

1

CIKGU : Cikgu ucapkan tahniah kepada calon PMR tahun ni. Cikgu harap kamu semua berusaha dengan lebih gigih. Kalau boleh, tanya cikgu apa resepi kejayaan daripada cikgu-cikgu sekolah ni.
PELAJAR : Cikgu berapa A masa PMR dulu?
CIKGU : (Diam sambil berbisik) 1A je. Gagal 5.

P/S: Tak petik dari mana-mana, ok. Buat idea sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014