[121212 - ENTRI KE 100] Dikalung Kasihan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana masih diberikn peluang untuk hidup pada hari ini. Hari yang mana dianggap special oleh masyarakat dunia. Di mana angka yang sama diulang tiga kali. Di mana juga tarikh yang merupakan terakhir untuk abad ini dan selepas ini disambung kembali pada tarikh 1.1.2101 (abad ke-21). Iaitu 12.12.2012. Ada aku baca di Internet:

Angka tetap angka manakala kebaikan atau keburukan dibawa tiada kaitan dalam kehidupan seseorang, sebaliknya bergantung kepada empunya diri untuk mencorakkannya," Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, Pakar motivasi dan sosiologi, Universiti Putra Malaysia.

Jadi, jangan terlalu taksub sangat dengan deretan 12 yang sama ini. Baca artikel Tanggal 12.12.12 ini untuk memahamkan lagi, ya?

Baiklah, sempena sambutan 121212 hari ini, aku dengar ramai juga yang kahwin hari ini. Lebih 20 pasangan yang melangsungkan perkahwinan hari ini. Amboi, biasa kahwin hari Sabtu dan Ahad, ini hari Rabu pasal apa? Pasal tarikh cantiklah mahu 'bubuh' (letak) buat kenangan. Apa-apapun, selamat pengantin baru, ya?

Hari ini juga, aku berjaya memuat naik video Rezeki Terpotong yang telah diuar-uarkan.



Jangan ketinggalan juga untuk mengikuti status Rezeki Terpotong yang akan dikemaskini selepas ini.

Alhamdulillah, Kelab ASPM Siber, laman blog aku yang tak seberapa ni berjaya mencecah 100 entri. Bukan senang beb nak buat blog nak dijadikan panduan orang. Kata orang itu, belajarlah dari pengalaman kerana pengalaman merupakan guru yyang terbaik punya dalam kehidupan. Dulu, time aku buat blog Persona Indah, perhhh... memang aku rasa itu blog copy-paste terbaik punya. Setelah dididik dengan didikan agama, aku sedari aktiviti itu samalah macam aku mencetak rompak hasil fikiran orang. Kesian pula kat orang yang menerbitkan buah fikiran dengan susah-payahnya, kita dengan senang sukanya mengambil. Nak tengok budaya ni, bukalah newsfeed Facebook anda. Yang ber'#ashtag' itulah (tapi tak semua...)! Kalau rajin, bacalah artikel Hukum Copy-Paste ni...

Kalau rasa kesian, hentikanlah kegiatan ini. Tak rasa macam mencuri ke? Mencuri kan orang tu tak nampak... betul ke tidak? Tolonglah dikalung kasihan sedikit!

Aku akhiri entri ke-100 ini dengan serangkap puisi yang tidak aku copy-paste dari mana-mana:

Andainya aku masih punyai waktu untuk berbicara
Izinkan aku berbicara tanpa adanya penghalang kata
Kerana penghalang kita akan membisukan kita
Membiarkan kita keliru yang benar atau dusta
Asyik bermonolog sendirian dalam himpunan cacamarba
Yang akhirnya maruah kita tiada harganya

Andainya aku masih punyai waktu untuk mengulangi masa
Aku ingin membetulkan kesilapan lama
Yang menjadi titik utama
Musuh menghebahkannya
Agar kita dipandang hina dan benci lamanya
Walaupun diri ini disucikan dengan taubat nasuha

Di pengakhiran tahun ini
Lupakanlah sengketa di hati
Hilangkanlah segala benci
Kerana aku takut perbuatanmu itu nanti
Menjadi dosa yang tidak pernah diingini
Membuak-buak kan menghapus rasa rendah diri

Apapun keadaannya mahupun ketika,
Satu lafaz seribu makna; istighfarlah,
Moga dikalung kasihan dari Yang Maha Esa!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014