Kenangan Akhir Tahun

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dapat lagi aku menulis sesuatu di blog sendiri. Maklumlah, jarang sekali aku nak update blog kerana kesibukan berFacebook. Maklumlah, time macam nilah nak rapat dengan kawan-kawan kalau dah musim ibubapa kembali bekerja. Bosan (kalau nak keluar rumah, aku memang lelaki yang tak suka bersosial. Lagipun, aku nak keluar dengan siapa?). Aku ni nak kata macam anak dara takde la sebab aku lelaki. Kadang-kadang, bila melihat kawan-kawan sebayaku keluar pergi berjalan-jalan bersama, ketawa bersama, menangis bersama ke suatu tepat such as Mid Valley, Sunway Pyramid dan sebagainya. Tapi, tak kisahlah. Kawan-kawanku lebih advanced iaitu laptop, Windows 7 / XP dan Facebook. Kita pun shared kawan juga. Berkasih biar satu, berkawan biar beribu, bermusuh kita buu...

Hari ini, aku nak cerita sedikit tentang kenangan akhir tahun. Akhir tahun biasanya diakhiri dengan kesedihan dan adakalanya dengan kegembiraan yang meulap-luap. Tapi, sepanjang akhir tahun selama aku bersekolah menengah, pelbagai perasaan bercampur-baur. Macam-macam insiden sebelum aku menikmati cuti akhir tahun sehingga berbekas dalam hati.

2010

Tahun 2010 merupakan tahun pertama aku bersekolah menengah dengan bahasa rasminya, Tingkatan 1. Tahun ni, tak adalah sedih sangat pasal tahun depan boleh jumpa lagi. Kalau ada pun, yang hubungan suam-suam atau tak rapat sangat yang nak pindah itu, AAK (Ada aku kisah?). Maklumlah, jiwa remaja pun belum akil baligh lagi. Masih tercari-cari kenikmatan dalam arena Tingkatan 1.

2011

Tahun ini adalah yang agak spoilkan mood akhir tahun aku. Aku dituduh mencuri barang mahal budak kelas aku. Sakit pulak hati kita dituduhnya mencuri. Kalau dituduh mencurigakan tak apa. Ini direct dihentam mencuri. Lepas tu, bagi alasan pelik-pelik pula tu kenapa aku dikategorikan mencuri. Bila aku mengadu pada cikgu, cikgu kata: "Biarkan. Siapa suruh bawa barang haram ke sekolah?" Jawapan yang mendiamkan orang, itu jelah... Aku harap akan datang takde la perkara sebegini berlku. Aku pun bertekad nak berubah. Taknak jadi individu yang menimbulkan tanggapan negatif di mata masyarakat.

2012

Tahun ni adalah tahun yang aku rasa marah, aku rasa sedih. Gembira sikit je. Yang aku marah, apabila aku ni suka kucing, tapi cara aku suka kucing dipandang serong oleh kakitangan sekolah. Aku paling benci pembantu makmal; time aku nak fotostat keputusan al-Azhar, boleh pula dia cakap ngan siapa aku tak tahu, tapi cakap 'aku rendam kucing dalam mesin basuh'. Kalau dia nampak apa yang aku but, mesti dia faham. Aku banyak back-uplah. Cik guard (hidup lagi!). Yang aku sedih, kawan-kawan rapat akan membawa haluan masing-masing. Orang yag aku admire pun akan melakukan hal yang sama. Aduh, berat hati ini nak melepaskan diri.

Itulah kenangan akhir tahun dalam pos segera ini. Itu saja. Untuk akhirnya, terima sebuah komik segera.

AKAN DATANG
ASPMeme
Disember Ini

Sekian, salam Meme dari ASPM. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014