Facebook Menye'book' Kehidupan Kita!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, masih lagi setia berada di muka bumi Malaysia, tanah air tercintalah sangatnya, harap begitunya. Alhamdulillah, sekarang masih lagi kekosongan untuk bercuti ke tempat lain selain dari rumah sendiri, tak apa asalkan dapat melepak dan berInternet. Bak kata kawan-kawanku di SAM Muhammadiah Pekan Sabak...


AMIRUL DAN INTERNET TAK DAPAT DIPISAHKAN, BAGAI AUR DENGAN TEBING

Aduh, macam-macamlah mereka ini. Ada yang kata, "Nanti, kau nak bagi anak bini kau makan apa? Hard disk? Thumbdrive?". Ada pula kata kad walimatul urus aku nanti tak bagi kad dah... bagi thumbdrive, cucuk dan tengok. Terhapus sudah adat orang Melayu dalam kehidupan aku nanti. Kebanyakan mulut LASER mereka menuju ke arah perkahwinan. Hairan, bukan? Bab kahwin laju je.

Hari ini, aku nak menulis sebuah entri berkisar tentang sebuah laman sosial yang tak perlu aku sebutkan lagi, korang pun dah tahu (siap dah menjadi ahli lagi). Facebook (atau bahasa Najwa Latifnya) a.k.a. MukaBuku. Facebook ni memang hebat pengaruhnya. Aku memang tabik hormat pada Mark Zuckerberg atas mem'berg'kan dirinya untuk menghasilkan sebuah laman sosial yang agak terkemuka dan terperinci sehingga kawan-kawan lama kembali bersatu. Walimatul urus yang tak meriah mana dengan undangan sikit (atau kes menjimatkan kad undangan), buat events on FB. Kalau bosan duduk rumah, main games yang bercucuk tanam, menembak, bersukan, menjadi manager, syok sendiri (pun ada!). Kesemua fungsi dalam Facebook dimanipulasikan sepenuhnya oleh warga metropolitan Facebook. Cuma satu fungsi sahaja yang tergugat iaitu fungsi upload gambar di Facebook pasal Instagram telah muncul dan menjadi viral bagi penggemar mengupload gambar kehidupan mereka khususnya pemegang telefon bimbit tanpa keyboard (atau dengan istilah lain touch screen) dan Android. Tak kisahlah asalkan Facebook online, ya tak?




Apa-apapun kehebatan Facebook ni sedikit sebanyak telah menjadi pengganti elemen dalam kehidupan kita sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu taksub dengan kehebatan kredibiliti Internet sehingga lupa akan kehadiran anasir yang menggantikan separuh dari alam nyata (wah, ayat BM mula menunjukkan empat baris non-stop!). Aku bukannya anti-Facebook (sebab aku pun mempunyai akaun Facebook), cuma aku bukan ketagih Facebook. Tapi, aku tak sukalah Facebook dijadikan medium dalam menggantikan 50% alam nyata. Apa pula Facebook menggantikan alam nyata? Jom kita check betul ke tidak Facebook ini menggantikan kehidupan kita!

PERTAMA
Sesi perkenalan

Sesi perkenalan (terutamanya istilah 'dah lama tak jumpa') merupakan perkara yang sinonim dalam kehidupan kita. Cuma dulu, time awal perkenalan kita, biasanya ditanya, 'kau apa khabar?', 'wah, kau makin gemuk sekarang!' dan sebagainya yang mengenai diri kita. Sekarang, 'kau ada akaun Facebook?', 'jangan lupa add aku.' dan segalanya mengenai Facebook menjadi teman pengganti kepada segala perbincangan. Sampaikan ada di kalangan kita yang rasa malas nak jumpa terus menghulur salam Facebook. Kalau zaman dulu, zaman Facebook masih lagi kita tak kenal, ungkapan 'nak nombor phone'. Sekarang, budak sekolah rendah (5-6 tahun pun ada rasanya!), "Awak... nak e-mel?" Buat apa? "Nak add kat FB." FB tu apa? "Eee... kolotnya awak. Tak payah hiduplah." Betul tak? Cubalah, kalau kita jumpa kawan atau kenal kawan baru, dengan rasa beraninya, anda minta nombor phone. Dengan lafaznya 'tak payahlah... awak add saya kat Facebook? Nama saya ________.', anda berjaya membuat kawan baru bukan nyata tapi alam maya. Betul tak?

KEDUA

Perbualan dan perbuatan

Perbualan merupakan salah satu perkara yang wajib yang anda akan buat dalam kehidupan seharian. Kadangkala, bahasa 'Facebook' boleh pula digunakan sebagai bahasa perantaraan atau perbualan. Contohnya, 'kau jangan main-main ngan aku! aku 'poke' kang!'. Poke? Kruk!!! tiga kali. 'Apa yang awak nak 'share' dengan saya?' Share? Dan ini yang paling biasa sekali di sekolah umumnya... full Facebook language! 'Cikgu, nak tangkap gambar. Nanti saya 'upload' kat Facebook, saya 'tag' gambar cikgu, ok? Tapi, cikgu dah 'add' saya ke belum? 'Nanti susah saya nak 'share' kalau belum.' Itu jelah 4 komponen wajib. SATU (Share, Add, Tag, Upload). Semuanya jadi satu. Tapi, jaranglah aku dengar, 'awak, add saya kat Farmville. Apa? Awak tak main lagi? Mainlah awak. Farmville tu best. Bela haiwan ternakan kat ladang. Nanti, kalau dah main, awak jadi jiran saya kat Farmville tu, saya bagi awak seekor lembu.'. Pasal apps ni aku jaranglah dengarnya.


KETIGA

Kehebatan

Di Facebook, kita akan login dengan emel dan password kita dan perkara yang pertama sekali kita akan tengok adalah 'ada orang add ke?', 'siapa pula hantar mesej?' dan 'notification' barulah 'apa yang kawan-kawan aku buat?'. Dan biasanya di ruangan 'AKKAB' (apa kawan-kawan aku buat) kita akan lihat status yang berbanyak jenis yang sebahagiannyaadalah kata-kata hikmah dan kata-kata cinta dan especially, yang terbaru di Facebook pakai hashtag nak menerangkan suasana kononnya tak lupa Twitter. Templat sebegini biasanya perempuan dan lelaki yang kategori 'auwww...'. Contohnya...

Awak suka main kayu tiga puluh dua ribu.

#AkuCemburuSiot!!!#

Nampak? Betul tak apa aku cakap?

Ciri-ciri templat hashtag 'feremfuan' ini... biasanya mereka takkan guna 'hari ini aku...', 'sekarang ni...' atau menerangkan kehidupan mereka atau apa yang mereka buat pada ketika itu. Tapi, mereka menulis ayat-ayat cinta, lirik lagu, peristiwa/insiden/kejadian penting dan sama waktu dengannya. Jarang juga menengok perempuan tulis OMG (oh my god!), AK (abah kau!), LOL (lots of laugh/love), MOJ (mak ok jer!)...
Di ruangan hashtag pula, mereka akan bebas tatabahasa (langsung ikut suka hati) dan menerangkan apa yang mereka rasa. Contohnya #Geram#, #BongokkanAkuNi#, #Sewel#, #JalanJalanDiFacebook# (kadang-kadang maam tulah. Kata nama khas merapat!), #siapalahakuiniuntukmu#, #akuboringlahtakadakeje# (itu ada jugalah, haram tatabahasa Dewan!).

Lagi satu, budaya copy-paste. Ini dah kerap sangat. Kesianlah kat penulis asal nukilan orang yang kita dok copy-paste tu. Dia penat-penat perah otak. Lagi baik, kalau kita copy-paste tambah sumbernya siapa. Siapa penulisnya

Facebook juga boleh menjadi sesuatu yang disalahgunakan. Contohnya, lelaki akan ke profil perempuan dan perkara pertama sekali dia akan check gambar dahulu. Dia download dalam beberapa keping dan dia save dalam phone. Kemudian, dia tunjuk kat kawan-kawannya kononya dia tangkap padahal harammm.... perempuan tu tak jumpa pun. Ini agak bahayalah bagi perempuan yang suka posing menggedik depan kamera, konon lawa, dengan peace itu, peace ini, tangan kat mulut gaya mengantuk. Menyampah aku! Tapi, ada juga yang perempuan dekat luar punyalah tudung tapi dalam Facebook un-sarung. Apa ni/ Dah bertimbun-timbun dosa kita buat di luar, dalam Facebook pun nak berbakul-bakul lagi? Jagalah diri. Jangan sampai satu kes orang ambil gambar FB kita, orang santau. Orang ambil gambar kita, orang buat akaun baru, buat profil kononnya kita punya padahal dia. Dia menggunakan kita untuk memburukkan orang. Siapa yang susah? Kita. Siapa yang salah? Kita. Jadi, (bukan aku melarang korang semua memuat naik gambar di Facebook tapi berpada-padalah.) lebih baik upload gambar wallpaper yang ada kata-kata hikmah; itu lagi elok.

Astagfirullah... Identiti dirahsiakan...

Jadi, kesimpulannya, Facebook memang berpengaruh sehinggakan berpengaruh dalam alam nyata kita. Hebatkan? Betul tak? Sebenarnya, berlambak lagi tapi kita fikirkanlah apa dia dan reungkanlah sama ada itu baik buat kita atau tidak. Jangan sampai Facebook memadamkan adat warisan Melayu dan budaya Islam dalam hidup kita. Sekarang ni pun, Bahasa Melayu dah hancur habuk dah kerana kewujudan laman sosial ni. Berapa ramailah sangat tulis status 'full BM'? Semua bahasa singkat. Tengok Anugerah Industri Muzik semalam yang last sekali di mana Aznil Haji Nawawi membacakan sebuah kiriman Twitter untuk persembahan GX4 dan Forteen? Dia kata 'tak sekolah ke budak ni?'. Adibah kata 'bahasa remaja Twitter...'. Habislah... Facebook cermat, jiwa selamat.

Kesian Bahasa Melayu... rosak habis!

Baik buruk berada di tangan kita. Kita yang menentukan sama ada kita yang memilih untuk ke arah kebaikan atau sebaliknya. Selamat berFacebook. Renungkanlah apa yang aku entri sepanjang ini. Bukannya apa, dunia akan berakhir bila-bila masa. Jangan sampai kerana Facebook, kita menyumbang dosa pada diri kita sendiri. Baik statuskan perkara yang baik seperti kata mutiara Islam atau yang bermanfaat buat orang lain dari share yang macam-macam (tengok! Terguna bahasa Facebook). Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Hah! Share kat FB! Tak payah copy-paste.


Ulasan

Catatan Popular