Benarkah Dakwaan Mata Pelajaran PMR Sejarah Perlu Diulang Semula?

Assalamualaikum Warahmatullahi Waarakatuh.
Alhamdulillah, dapat juga aku menulis entri pada kali ini. Kerana sikap bertimbang rasa terhadap adik, aku relakan nafsu online ini buat sehari pada semalam. Apa-apapun, hari ini adik dapat juga mempertimbangkan rasa kasihan pada diriku, terima kasih adik.

Hari ini, saat aku buka Facebook di telefon bimbit, terpampanglah sebuah kenyataan yang menyatakan bahawa KPM mengarahkan bahawa mata pelajaran Sejarah perlu diulang semula. Betul ke?


Makluman secara mobile

Makluman secara timeline...
Ini amat merisaukan dan mengkhuatirkan para calon PMR yang sudah lupa matapelajaran Sejarah atau yang buat sehabis baik pada PMR yang lepas kerana terpaksa mengulangkaji kembali pelajaran Sejarah. Tapi, sejauh mana dakwaan ini?

Pertama sekali, aku membuka laman yang diuar-uarkan itu iaitu www.moe.gov.my/pmr.com. Tapi, keputusannya...



Tapi, aku tak percaya link ni pasal hujungnya ada www.moe.gov.my/pmr [dot com]. Mana ada selepas dah letak gov.my siap slash lagi ada [dot com]. Jadi, untuk link seterusnya, aku buka www.moe.gov.my/pmr sahaja tanpa dot com. Tapi, keputusannya....


Sama je seperti di atas. Ini bermakna laman untuk pengkhususan PMR sudah pun dimansuhkan. Lagipun, bila aku check laman portal rasmi Lembaga Peperiksaan : Kementerian Pelajaran Malaysia, tak ada informasi pun berkenaan hal ini.


Dan seperkara yang menarik minat aku ialah pada countdown 'Menjelang Peperiksaan' itu sendiri.


Ruang yang lain kecuali SPM dikosongkan bermakna sudah tidak wujud lagi peperiksaan lagi. Lagipun, Kementerian pun manusia juga. Takkanlah dah sebulan setengah peperiksaan berlalu, budak-budak dah happy bercuti, terus digasaknya dengan peperiksaan ulangan. Dan aku tak pernah pula dengar soalan PMR di'bocor'kan kalau tak dah mestinya heboh. 

Ada lagi satu, teknik ini digunakan untuk mengenakan orang. Seperti yang digunakan dalam blog orang ini pada SPM tahun lepas. (Pautan)

Laman yang mengeluarkan kenyataan yang akhirnya mengenakan kita. Bukankah ini taktik yang sama digunakan untuk PMR?

Jadi, ini bermakna, dakwaan mengatakan mata pelajaran Sejarah akan diulang kembali pada 5 Disember 2012 adalah

TIDAK BENAR!

Ini kerana:
  • Tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah
  • Tidak dimaklumkan di laman portal rasmi Lembaga Peperiksaan
  • Dimaklumkan di Facebook tapi bukan orang KPM
  • Siaran langsung pukul 8 pagi juga tidak benar sama ada di Malaysia Hari Ini mahupun Selamat Pagi Malaysia. (Tak percaya, google la sendiri!)
  • Tak keluar suratkhabar hari ini (30 November 2012) pun
  • Pautan (link) yang diberi tidak sah malah ERROR!
  • Menggunakan taktik ini untuk mengenakan orang! Prank and jokes!
  • Sumber tidak sahih.

Jadi, jangan khuatir calon PMR... tak payah hafal Sejarah itu! Hafal Sejarah tingkatan empat pula sebagai persediaan tahun hdapan dan SPM! Matapelajaran wajib SPM tu...


Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Ulasan

Catatan Popular