1434 Hijrah, Teman Pengganti

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekali lagi, dah lama tak menulis seuatu di Kelab ASPM Siber yang kain dilupakan olehku. Maklumlah, setelah cuti sekolah tiba, barulah berkesempatan. Kalau tak, memang 'haram' aku nak login buka Blogger ni. Silap hari bulan, nama blog pun aku boleh lupa.

Sedar tak sedar, 1433H telah meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan. Dan pada hari inilah, kita dapat melihat tamsilan atau cerminan untuk tahun baru Hijrah ini sama ada kita menjadi lebih baik dari hari terakhir Hijrah semalam atau tidak berubah ataupun nauzubillah; menjadi mazmumah. Harap tak begitulah.

Tapi, bila aku merenungi kembali tahun 1433H, lebih banyak kenangan yang tersimpan dari tahun Hijrah sebelumnya. Di situlah aku mengenali ramai rakan, di situlah aku diuji dengan ujian dan fitnah, di situlah aku menghadapi cabaran, di situlah aku menghadapi kebanggaan orang ramai (bangga bukan ke'bangang'an orang ramai). Insiden ini mengajar aku dan mengasuh aku pelbagai perkara. Entahlah, bila direnungi kembali, rasa macam berat sahaja nak meninggalkan 1433 Hijrah ini. Ketawa bersama, menangis bersama (bak lirik Teman Pengganti nyanyian Black dan Malique). Ya Allah, apahal dengan aku ni?

Menjawab kembali persoalan yang aku timbulkan pada entri lepas mengenai Jangan Aku Kau Rendahkan untuk MyTalent 2012 yang telah lama berlalu pergi. Jangan Aku Kau Rendahkan (JAKR) mengisahkan tentang seorang pembantu rumah bernama Nur (lakonan Intan Nurhanis) yang dipandang rendah oleh keluarga majikannya yang terdiri daripada Datuk Ridzuan (Ridzuan Sahrom), Datin Rabiatul (Rabiatul Adawiyah), Farhan (Farhan Hamid) dan Amira (Ainnur Amira). Ini membawa kepada dua latar dan cerita yang berbeza iaitu dalam kehidupan perniagaan Datuk Ridzuan dan keluarganya. Kamal (lakonan Kamal Khairi) cemburu dan hasad dengki pada Datuk Ridzuan apabila semua kesilapan, kecuaian dan kerugian dalam syarikat ini dituding ke arahnya. Rakannya, Hadi (lakonan Abdul Hadi Abdul Rahman) menghasut dengan mengarahkan dia jumpa seorang bomoh. Maka, mereka pun bertemu Wak Ariff Wak Yatim (lakonan Ariff Yatim) dan bertekad untuk menyantau Datuk Ridzuan. Wak Ariff memberi cadangan untuk menyantau anaknya kerana hubungan antara Datuk Ridzuan dan anaknya sungguh rapat. Lalu, Farhan pun disantau. Di hospital, Intan merawat Farhan dengan membaca ayat suci al-Quran dan Farhan pun sembuh dengan kun fayakun Allah. Datuk Ridzuan yang melihat keadaan sebegitu berubah dan ingin menjiwai Islam dengan lebih mendalam.

Kisah ini sungguh bermakna dan merupakan naskhah yang berkualiti yang pernah aku buat (bersama Puteri Raudhatul Rajihah). InsyaAllah, aku akan membentuk cerpen dalam masa yang terdekat untuk cerita ini.

Tapi, sayang. Kisah JAKR ini ditolak untuk dipertandingkan dalam MyTalent 2012 kerana durasinya yang panjang. Dan sekiranya dipotong babaknya, jalan cerita akan menjadi cacat. Lalu, selepas berdiskusi bersama rakan yang merupakan peserta MyTalent, akhirnya terbentuk sebuah kisah yang diberi judul Nilai Sebuah Persahabatan (NSP). NSP ini tiada skrip seperti JAKR kerana ia merupakan 95% sajak dan 5% skrip drama. InsyaAllah juga, dalam masa yang terdekat ini juga, akan keluar sebuah 'filem' (kononnya) mengenai usaha dan perancangan kami dalam MyTalent 2012 ini.

Berkisar kembali mengenai 1434H (yakni 1 Muharram 1434H pada hari ini), aku berharap segala tohmahan dan fitnah serta umpatan dibuang dan tidak dibawa ke tahun baru ini. Aku juga berazam ingin menjadi insan yang berakhlak mulia dan tidak menimbulkan persepsi negatif pada mata masyarakat. Ya Allah, apa yang bisa ku tebus kepadaMu atas dosaku. Ya Allah, ku hina terasa. Biarku bersujud untuk ke syurgaMu (bak kata lirik Aku Yang Berdosa nyanyian Shahir).

InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, MyTalent 2012 : Nilai Sebuah Persahabatan akan menemui penonton di YouTube pada 20 atau 27 Disember 2012. Soal Hotel Gangster akan dibawa ke tahun hadapan (maaf ya peminat Hotel Gangster... ada ke?). Baiklah, sekian sahaja entri untuk kali ini. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H. Mari mendukung tema 'Wasatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah' dalam diri kita dan diri kehidupan kita serta masyarakat Islam. Takbir! ALLAHU AKBAR! Sekian, salam 1434H yang menjadi TEMAN PENGGANTI kita sekarang ini. Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ulasan

Catatan Popular