Hari Raya...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, apa khabar kau orang semua? Mesti kau orang di kampung dah sekarang,kan? Maklumlah, dah bertolak awal-awal. Ada pula sekolah dia bagi cuti awal. Best je raya ni,kan? Aku raya pertama di KL, petang baru balik (petang 1 Syawal). Maklumlah, nak merasa bunyi cengkerik  di Kuala Lumpur ini.

"Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa 2012M / 1433H ditetapkan pada hari Ahad, 19 Ogos 2012."

Alhamdulillah, dengan berakhirnya pengumuman raya di kaca televisyen, maka berakhirnya kewajipan kita sebagai umat Islam untuk berpuasa. Ramadhan pun sudah bersiap-sedia untuk 'mengemas baang' tanda Syawal menjadi pengganti. Sedih pula dalam hati aku bila Ramadhan menjengah tanpa rasa jemu aku hadapi. Yalah, bila tiba Ramadhan, aku rasa ketenangan yang sukar aku dapat. Time nilah kita nak rapat-rapatkan saf dengan surau dan masjid, bila tengok ukhuwah terjalin antara kita, bukan? Rasa indah je. Rupanya umat Islam masih lagi bersatu. Tetapi, bila tiba hari raya, semua insan bergembira, tetapi bagiku hanya kesedihan yang menyelubungi hidup... (lagu Raya... pulak!)

Bercerita pasal raya... Teringat pula zaman 1997 hingga 2011 punya edisi raya, rindu benar. Mengutip duit raya sampai RM100. Aku dulu dengan adik aku macam buat pertandingan 'Siapa Duit Raya Paling Banyak'. Disebabkan aku ni boros dan pengurusan wang tak terurus (yalah, nampak tu, kagum, beli...), adikkulah yang menang. Sekarang ni, adikku dah beratus dah wang tabungnya. Jealous aku merasa tapi apakan daya masa tak akan kembali... hancur musnahlah semuanya... adeh! Lagu raya pula!

Apa-apapun, keluarga aku hidup aman sebab bukan kekayaan lorong kebahagiaan malah kegembiraan dan kebahagiaan.

Lagi? Aku selalu suka beraya di kampung nenek (mak kepada abah) sebab ada sepupu rapat namanya Wahida. Jadi, kami yang kekok untuk beraya di rumah orang yang terbiasa dengan kebecokan Wahida yang memang ramah tanpa segan dan silu. Kalau kampung belah mak, jaranglah beraya sekadar beraya ikut mak dan abahlah beraya di rumah saudara-mara yang terdekat mahupun yang terjauh di sekitar Pahang. Jadi, selalu raya dalam RM100 boleh dapat, bukan macam kawan lain, beraya sampai RM1000 aku pun tak percaya.

Apa-apapun, aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri. Tak kisahlah, bagaimana cara kita merayakan Aidilfitri atau di mana, pastikan Allah s.w.t. berada di dalam hati bukan raya sampai tak ingat dunia lagi. Setahun sekali je... bukan setiap hari!

Aku nak minta maaflah seandainya aku ada buat salah besar mahupun kecil kat korang asalkan korang masih lagi ada simpan tidak puas hati kat aku, harap lupakan, ya?

Selamat Balik Kampung dan Salam Aidilfitri!

Ulasan

Catatan Popular