Hari Ini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dapat juga aku mengemaskini blog Kelab ASPM Siber di rumah. Yalah, sudah dua hari bertapak di rumah tetapi lupa untuk menapakkan diri merajinkan diri menaip emel dan password di Blogger.com tapi alhamdulillah, berjaya juga.
Kalau korang perasan, dekat address bar korang (yang selalu korang tulis www. tu), bukan lagi www.kelabaspmsiber.blogspot.com, tetapi kelabaspmsiber.ml.my. Hah, maklumkan pada orang ramai tentang domain yang berjaya digoogle oleh ASPM (domain percuma pula!).
Oklah, hari ini aku nak cerita sikit. Hari ini, aku pergi ke Intai-Intai Restaurant. Hampirlah tersesat sampai mencari di rumah orang punya kawasan sekali tepi jalan sahaja! Tapi, alhamdulillah, sampai 29 minit sebelum umat Islam berbuka dengan secara rasminya. Masa tu, taklah penuh tetapi memenuhi kawasan tu jugalah. Macam-macam variasi makanan dari A sampai Z; semuanya lengkap. Tetapi, ketika aku sedang menggalak mencari minuman, aku terperasan beberapa orang ni dia buat kelompok dalam satu kumpulan. Rupa-rupanya mereka tidak berpuas hati dengan pengurusan restoran ini. Aku dengar carut-marut, maki-kaki kat mulut mereka. 'Faq' siap berqalqalah lagi!
Astagfirullahal Azim. Lagi 10 minit berbuka, sempat lagi mereka mengurangkan prestasi berpuasa mereka. Tak tahulah manusia zaman sekarang ni tak bersyukur ke atau tak tahu nak bersyukur. Yalah, kalau cakap perlahan-lahan, tak apa. Ini cakap mengalahkan stadium perlawanan. Adik aku cerita pula, masa dia teman mak aku pergi bayar kat kaunter, ada yang kata bodoh kat cashier pasal tak dapat tempat, pasal dah tunggu sejam, tak dapat tempat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014