Trial PMR itu Rahmat Ramadhan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ehek... Ehek... Terbatuk manja pula. Maklumlah, masuk 11 Ramadhan dah hari ini. Alhamdulillah, dapat juga mengemaskini Kelab ASPM Siber yang sudah lama ditinggalkan kerana melayan karenah baru blog sekolah iaitu Unit Bimbingan dan Kaunseling (insyaAllah, sejurus selepas PMR, akan dimkalumkan linknya. Yang pandai menGoogle tu, carilah ya...).
Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan ni juga, aku berjaya mengekalkan puasa di bulan Ramadhan ini. Dan tak ku sangka dan tak ku duga (dah macam tajuk lagu Saleem dah...), esok, aku akan menjalani sebuah peperiksaan besar sebesar 5GB (rasanya lagi besar kot...) iaitu PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012. Tidak!!! Walaupun aku menjerit tidak sebanyak 56 kali, itu tidak dapat menghalang Peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah 2012 atau nama manjanya Trial PMR. Subhanallah! Start malam ni juga nak kena bercinta dengan ilmu, bertunang dengan usaha dan cuba 'berkahwin' dengan peperiksaan barulah dapat berbulan madu bersama kejayaan.
Yalah, rasa macam semalam baru menikmati pendaftaran pelajar di SAM Muhammadiah Pekan Sabak, akhirnya peperiksaan Trial PMR muncul bagi membuktikan usaha aku selama tiga tahun berbekalkan doa, wang dan usaha tajaan dari ibu bapa aku yang mana aku tak perlu bayar 1 sen apatah lagi memberi mereka koleksi wang baru Malaysia RM bagi tahun 2012. Juga tidak perlu membelanja mereka pakej percutian 6 hari 5 malam ke mana-mana tempat yang dijangka mahal. Aku rasa bersalah pula kalau tidak memberikan yang terbaik di antara yang terbaik kerana kalau aku kira (dengan kiraan kasar) aku rasa mak bapa aku dah membelanjakan aku kira-kira RM 5.876 thrillion (atau mungkin lebih dari itu atau kurang tapi rasanya lebih). 
Maklumkanlah kepada mereka (yang tingkatan tiga) dengan apa cara sekalipun contohnya jadikan tweet di Twitter, statuskan di MukaBuku atau mulut yang Allah cipta bahawa Peperiksaan Percubaan PMR 2012 akan 'menyerang' dan 'mencekik' seluruh calon PMR 2012 pada 1 Ogos 2012 hingga 8 Ogos 2012 di seluruh Malaysia tak kira apa negeri sekalipun. Jangan pula yang malas berusaha atau yang tergatal tangan menaip di Google 'Soalan bocor trial pmr' pula. Jangan spoilkan pahala Ramadhan hari ini. Tak pasal-pasal, trial entah ke mana, Ramadhan just get lapar dan dahaga.
Baiklah, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga pahala puasa kita sentiasa berkualiti bukan keluar dari titi keIslaman anda. Dan yang akan menduduki trial PMR tu, lupakan sebentar MukaBuku, kita BukaBuku dan baca! Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Ulasan

Catatan Popular