Hari Ini...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wbarakatuh.
Alhamdulillah, tak lama lagi, kira-kira tak payah pakai kalkulator, lagi 7 hari bersamaan satu minggu kita akan kembali ke sekolah.

"Lambat lagi... Saya tak pergi lagi Pulau Pangkor dengan family..."

Pulau Pangkor, pulau Pangkor juga. Folio macam mana. Bulan Julai dah nak kena hantar dah. Lainlah yang form lain tu...

Terdiam? Bunyi cengkerik sebagai balasan? Sedar-sedarlah diri tu sikit.

Hari ini aku terdetik akan beberapa perkara yang aku rasa nak kongsi atau bahasa Facebooknya kata, share. Ini pasal kawan. Kenapa aku cerita pasal kawan? Sebab anda semua dah sedia maklum atau sudah menjadi kebiasaan kaki-kaki Facebook meletakkan kata-kata hikmah fasal kawanlah. Antaranya:


  • Tak jaga kawan jadi lawan.
  • Tak nak lawan, nak kawan, tapi adakalanya nak lawan kawan. Best kalau kawan dengan lawan. (Berbelit lidah aku menyebutnya...)
  • Kawan adalah orang yang rapat dengan kita selain ahli keluarga.
  • Kawan yang membentuk diri kita, jadi pilih kawan yang baik dikawan.

Aku rasa anda pun dah lali dengan kata-kata mutiara sahabat. Senang cerita di Facebook (selain Facebook pun aku rasa bersepah...) pelbagai gambar kawan dengan kawan duk berpeace sana, berpeluk sini, bergaya sama... Manis,kan?

But, how about the back-stabbing friend? Bagaimana dengan kawan tikam belakang?

Entahlah...

"Aku benci orang tikam belakang. Yalah, kita kawan baik dengan kita tapi dia... nauzubillahi min zalik."

"Aku kalau jumpa friend yang back-stabbing, aku... eii!!!"

Macam-macam kita kutuk, hina, maki, @!~##$% sana, @&^$^$*! sini... hai...

Jangan terkejut dengan pandangan ini (pandangan aku...)

Aku dah biasa dengan kawan tikam belakang. Yalah, skeliling aku, ramai kawan yang tikam belakang. Bagi aku, bila dah biasa dengan kawan tikam belakang ni buat aku sedar beberapa nilai murni yang wajar menjadi ingatan. Antaranya ialah berhati-hati. Kita kalau ada wang ringgit, kita simpan dalam dompet, taknak orang curi,kan? Jadi, kita kena simpan apa yang patut kita simpan bukan sekadar harta malah perasaan. Contohnya, kita dah tahu kawan kita tikam belakang takkan nak cakap, "Dasar laknat!" apa semua. Confirm dia terasa dan memusuhi kita. Jangan! Di dunia, kita buat kawan bukan kita me'lawan'kan kawan; kita tukar kawan kita menjadi lawan. Elakkan perkara itu. 

Andai suatu hari nanti, kita berBFF dengan kawan back-stabbing macam mana nak handle,ya? Fikirkanlah... Back-stabbing friend ni macam-macam cara. Antaranya:


  • Depan baik, belakang membaikkan kita dengan fitnah...
  • Apa yang kita buat, di'kredit'nya dia yang buat. (Kita buat, dia kata dia yang buat!)
  • Dan macam-macam lagi...

Apa-apaun, ingat. Careful for care friend. Berhati-hati memilih kawan yang berhati apa kita tak tahu...
Assalamualaikum...

P/S: Aku minta maaf sekiranya aku ada buat silap, sahabat!

Ulasan

Catatan Popular