Menyoroti Kembali Manisnya Sayyidul Ayyam 9 Mac 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ya, aku berasa ketenangan dalam kehimpitan kerja rumah yang menimbun gara-gara seorang guru yang menginginkan anak muridnya menelusuri pepatah 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenangnya kemudian'. Biarlah sekarang ini kita dibebani dengan masalah persekolahan yang semakin hari tidak dapat diatasi kerana ada saja fragmen yang cuba menodai kesabaran kita.
Dua minggu aku berada di asrama, ada jerih letih perih yang menyelekehkan lagi kegembiraan yang hampir kecundang. Pada 29 Februari 2012, seperti yang aku ceritakan sebelum ini aku telah melibatkan diri dalam dunia pensyarahan. Dan alhamdulillah, Jumaat, 9 Mac berjaya akhirnya aku menyandang juara dalam pertandingan itu. Namun, pada 3 Mac 2012, sewaktu Kursus Asas PRS melabuhkan tirai, seorang pensyarah yang bolehlah juga dikagumi, Nur Shahirah Ahmad Radzuan melanjutkan pengajiannya di SMKA Simpang Lima. Apa-apapun, aku mendoakan agar kakak berjaya di peringkat yang matang lagi cemerlang.
Beralih ke Ujian Prestasi 1 yang baru melabuhkan penutupnya di mana mata pelajaran Sirah mungkin menjadi mata pelajaran yang bersejarah kerana jumlah gagal lebih dari lulus. Nak salahkan siapa? Jangan menuding pandang diri dengan hening.
Kini aku dibebani Syarahan Bahasa Melayu, Debat Bahasa Melayu dan ucapan Peminjam Buku Terbanyak. Aku rasakan macam kena hempap dengan pokok yang berpegang pada prinsip no more rest. Kerja Kursus lagi... Ya Allah! Tenangkan diriku ini!

Ulasan

Catatan Popular