[ARTIKEL] Batang Lolipop Pendafluor Mengandungi Toksik?


Batang Lolipop Pendafluor Mengandungi Toksik?

Batang Lolipop Pendafluor Mengandungi Toksik?

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan segera penjualan lolipop pendafluor (fluorescent lollipops) kerana didakwa mengandungi bahan-bahan bertoksik.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris mendakwa, batang pendafluor itu mengandungi bahan-bahan kimia bertoksik yang boleh ditelan oleh kanak-kanak jika kimia cecair dalam batang itu merembes keluar.
“Ujian Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan batang plastik lolipop berkenaan mengandungi ftalat dan Poly aromatic carbon (PAH).
“Ftalat ini bertindak sebagai pelarut untuk PAH dan gabungan kedua-dua bahan kimia tersebut menimbulkan tindak balas oksigenan dan menghasilkan sinaran cahaya yang menarik pada batang tersebut.
“PAH merupakan sejenis bahan kimia yang amat toksik yang biasanya digunakan hanya untuk tujuan industri seperti mencairkan cat dan ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
S.M. Mohamed Idris seterus mendakwa, CAP berasa bimbang kerana tinjauan pihaknya mendapati lolipop pendafluor amat digemari oleh kanak-kanak masa kini dan lebih membimbangkan ia turut dijual oleh vendor di hadapan sekolah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014