Terima Kasih, Syarahan Bahasa Melayu (Jangan Pendamkan Kemahiran Anda II)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua. Alhamdulillah, sejak jadi Naib Setiausaha Pembimbing Rakan Sebaya banyak melibatkan diri dengan dokumen berasaskan komputer (tak bermakna aku menyalahgunakan kemudahan yang diberi). Baiklah, hari ini rasa bangga pun tak ada (takut riak), nak kecewa pun tak ada (padahal gelak). Hari ni di sekolah agam aku terdapat satu acar pada hari yang 4 tahun sekali je boleh jumpa (29 Februari) iaitu Kemahiran Amal Islami 2012. Aku macam biasalah, asyik pegang game sama je tak ada acara lain bagiku, dah macam makanan aku nampaknya. Memang sibuklah keadaan sekolah ni dah macam ada karnival berasaskan keilmuwan. Jadi, aku masuk ke kelas 3 Ibnu Rushd dimana disitulah akan bermulanya peperangan sesama sendiri di mana hujah siapakah yang berkuantitikan kualiti.
Aku pun dah macam ayam berak kapur, maklumlah walaupun dah pernah bersyarah malah sampai peringkat zon, tapi dah lama dah kan tak update jadi ingat-ingat lupa. Lalu, setelah undian ke-3 pun aku apa lagi teruslah memberi syarahan malah menyelitkan lagu lagi. Pada awalnya, ada perasaan patah seribu hatiku apabila memandang situasi dewan bersyarah (yakni kelas) menjadi surut perlahan-lahan. Tapi, apabila berkumandang (bukan azan) suaraku, terus berpusu-pusu... Menyuntik semangat. Dan yang paling manis sekali dalam syarahan tu, last sekali ada jugalah tepukan yang gemuruh jiwa semangat membara dari puncak ingin ke angkasa. 
Alhamdulillah, kalau korang masih ingat lagi. Kan aku ada kata, jangan pendamkan kemahiran anda karang itu makannya. Sebab tulah, kalau kita suara sedap, pandai berpuitis, pandai itu, pandai ini, takkanlah nak sorang-sorang je tahu. Takkanlah taknak nama anda meniti di setiap bibir penghuni sekolah? Malah, kalau samapi ke peringkat zon, dareah, antarabangsa, kebangsaan apa semua tu, nama kita akan harum hanya sebab setitik kekuatan dalam diri. So, apa yang nak dimalukan? Bukannya mak bapa korang tak mengaku anak pun. Malah bangga!
Oklah, aku pun nak prepare untuk UP1 ini. Doakan aku yang terbaik bukan yang terbalik. Salam ukhuwah!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[LIRIK] Isra' Mikraj - Nasyid SAMMPS 2014

Majlis Konvokesyen Sekolah Rendah Islam & Tadika Islam Darul Thulab Kali ke-19 #Konvo19SRIDT

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SAMMPS 2014