Kita Kena Jujur Tapi Jangan Bengap

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, dapat juga update blog ni. Maklumlah, aku tak tahu apa yang aku nak updatekan tetapi apa-apapun, aku masih lagi ingat rumah Kelab ASPM Siber ini.

Ke'tiga minggu'an berada di asrama dan dibebani dengan ujian-ujian dari Bos PMR yang mana ujian-ujian itu seperti kelas tambahan berjaya menarik perhatian demam untuk mendekatiku seterusnya menjadi BFF Teman Tapi Menguji! Yalah, hari bila ntah, aku tak ingat, aku diserang demam yang tak seberapa panas tapi melembahkan antibodi tubuh aku. Nasib baiklah aku mampu bertahan dan terus bertahan sehinggalah ke tahap ini aku rasakan mampu untuk menangkis dan meneruskan kehidupan yang diberi oleh Bos PMR. Tapi aku tahu Allah s.w.t. menguji aku supaya aku bersabar dan meningkatkan kualiti kehidupan ke arah kecemerlangan yang padu. Apatah lagi dengan cuaca yang tak menentu adakah ini cinta Allah kepada kita? Ya! Ayuh! Cuba kau lihat dunia dari mata yang melihat. Semua adalah dengan izin Yang Maha Esa. Begitu juga dengan penyakit tanpa izin yang akan menjadi antagonis dalam kehidupan.

Entah kenapa aku merasakan sejak aku berada di SAM Muhammadiah Pekan Sabak, aku merasakan pedih sangat hati ini! Orang yang mempunyai rasa ketidakpuashatiannya yang meluap-luap sentiasa mencari jalan untuk aku jatuh dan akhirnya namaku tercemar! Aku tak fahamlah! Mengapa ada segelintir insan yang sanggup membuat sesuatu yang tak disangka oleh aku? Aku nak kata marah, tidak tetapi beragaklah akalu nak mencari pasal! Aku rasa macam ada yang nak bermain api dengan aku! Aku tengah masak dengan PMR ni jangan nak menambah keserabutan dan permasalahan sosial di sini.

Aku cuba kawal marah! Alhamdulillah, aku berjaya menyandang jawatan PRS malah sebagai Naib Setiausaha PRS. Alhamdulillah sekali lagi. Nasib baik ada Aidi Zuhaili bin Zuhaimi, junior paling aku tabik kerana dia sentiasa menggembirakan aku di saat aku kedukaan. Muhammad Ariffin bin mughni yang menjadi peneman di kala aku mempelajari erti persahabatan. Muhammad Firdaus bin Abdul Hasib yang menjadi internet di saat aku perlukan maklumat tentang dunia perfileman. Cikgu Mohd Ilham bin Rafii yang menjadi pendorong dan kesetiaan serta memberi kata-kata hikmah dan tak jemu melayan karenah aku yang adakalanya nakal ini. Pn. Norvidayu binti Noh Rawi yang mengajar aku erti kehidupan yang berkualiti serta menaiktaraf keperibadian aku agar melentur ke arah kebaikan. Zaki Alwy, Azim Akmal Azlan, Muzzamil Razali dan Alif Muizz Zarkasi - sahabat yang paling menguntungkan dan menyenangkan dan adakala sengal tetapi lawaknya memberi inspirasi. Nurhanis Mat Shom, blogger hawa yang memberi senyuman comel dan imejnya yang riang membuatkan orang senang melayaninya dan mudah mencipta kegembiraan. Kamal Khairi, Aziman Khaire yang memanipulasi dan menjadi citra dalam hidup. Ramai sahabat yang aku anggap kaunselor yang mengkaunselingkan aku dengan peribadi mereka yang tersendiri. Ya Allah, aku bersyukur sangat kerana dipertemukan dengan mereka ini.

Entah kenapa ku rasa senang apabila menyebut dan mengenangkan mereka. Teringat pula kata Zaki Alwy, 'kita kena jujur tapi jangan bengap'. Aku sentiasa mengazimatkan kata-kata ini. Biar kita melakukan sesuatu dengan ikhlas bukan malas. Kata Ombak Rindu, 'redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah'. Aku akan berusaha untuk tidak mencari masalah. Jauhi masalah tapi jangan lari dari masalah.

Coretan hati aku berakhir di sini. Maaf, kerana ada kesilapan ejaan. Hati tengah sakit ni! Dan kesakitan itu diubati dengan mereka-mereka yang ada di sisi... Assalamualaikum Warahmatillahi Wabarakatuh!

Ulasan

Catatan Popular