Aku Tabik Sabak Bernam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua yang masih lagi sibuk dalam sesi persekolahan yang takkan nak kata baru lagi... Dah masuk bulan Februari 2012 dah pun. Kita semakin mendekat dengan hari keputeraan Rasulullah s.a.w. Mungkin ada di antara kita mahupun adik kita mahupun sesiapa sahaja yang sedang membuat persiapan dalam menyambut Maulidur Rasul seperti pertandingan nasyid dan sebagainya. Maklumlah, semangat menengakkan agama yang dibawanya iaitu agama Islam!
Baiklah, hari ni rasa beruntung sangat kerana baru first time dalam tahun ini berbanding tahun lepas kerana baru kali pertama dalam-talian di SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Terima kasih Cikgu Mohd Ilham Rafii. B. EDU. HONS. Bimbingan dan Kaunseling.
Hari ini aku nak menceritakan sebuah tajuk yang mungkin ada kena mengena dan agak sensitif tentang sebuah tajuk iaitu tempat aku bersekolah iaitu Sabak Bernam. Yalah, Sabak Bernam merupakan sebuah daerah yang menjadi kebiasaannya oleh pelajar asrama di daerah ini akan kembali ke daerah yang dianggap lapuk oleh sesetengah pelajar bandar. Dianggap menjengkelkan, teruk dan tidak berkembang pesat. Sebelum korang membaca kelebihan Sabak Bernam yang akan dicoretkan sebelum ini, sila tarik kembali atau luputkan tanggapan negatif terhadap daerah Sabak Bernam ini.
Dah? Bagus! Tak juga? Ok, baiklah. Aku akan menyebutkan kelebihan yang menjadi senjata utama yang akan melupuskan segala pandangan serta perspektif negatif yang membaluti fikiran anda selama anda berada di Sabak Bernam. Di antara kelebihan Sabak Bernam yang aku paling tabik, hormat dan bangga adalah:

MENGAPA PELAJAR YANG BERASAL DARI GOMBAK, PKNS, SHAH ALAM MAHUPUN TEMPAT LAIN YANG MEREKA TAHU DI TEMPAT MEREKA ADA SEKOLAH MENGIKUT USIA TETAPI KENAPA BERPUSU-PUSU MERAYU DAN MELUTUT NAK BERSEKOLAH DI SABAK BERNAM?

Itu yang pertama. Yang kedua:

SABAK BERNAM TAK ADA SHOPPING COMPLEX MAHUPUN PUSAT-PUSAT HIBURAN ATAUPUN MALL YANG SERING MENJADI KEMEGAHAN REMAJA ZAMAN YANG HANYUT DIBAWA ARUS MODENISASI.  TETAPI KENAPA PELAJAR ASRAMA SUKA SANGAT PERGI PEKAN SABAK YANG LANGSUNG TAK ADA SOGO, GIANT ATAU TESCO TAPI MEREKA BERPUSU-PUSU BERBONDONG-BONDONG PERGI PEKAN SABAK DAN PALING KETARA SEKALI SELEPAS SOLAT JUMAAT?

Nampak? Itulah dia dua perkara yang sering dilakukan oleh mereka yang kononnya bandar dan moden dan meletakkan Sabak Bernam sebagai daerah yang kolot dan ketinggalan zaman. 
Jangan menilai sesuatu itu dari khabarnya kerana takut-takut indah rupa dari khabar (bukan indah khabar dari rupa). Oleh itu, don't judge a book by its cover dan jangan patah seribukan warga Sabak Bernam, jangan nak berlagak bandar kerana guru-guru yang mengajar anda takkan dari Sarawak pula nak ulang-alik mengajar anda? Jadi, jangan buat pandangan yang buruk. Aku tak suka orang kutuk Sabak Bernam (walaupun aku tahu aku just menumpang sahaja di Sabak Bernam ini kerana aku duduk asrama) dan aku juga sayangkan Sabak Bernam. Daerahku Syurgakulah katakan. Oleh itu lagi, kita tak elok memburukkan sesuatu daerah yang memang kita tahu daerah itu agak kekampungan tetapi mungkin orang di daerah itu lebih baik dari daerah anda. Lebih ber'budi bahasa budaya kita' dari tempat anda. 
Oklah. Disebabkan keadaan yang tidak menentu dan idea yang semakin menyusut, kita sambung dua hari lagi di daerah Gombak pula (area aku) sebab aku balik kampung Jumaat ini. Jadi, aku terpaksa meninggalkan Sabak Bernam yang kucintai ini. Ala, jangan risaulah. Walaupun kita berkenalan hanya dalam laman muka buku, blogger ataupun TubeAnda, Ruang Saya, dan apa sahaja yang anda sosialkan bersama kawan-kawan. Ingat satu sahaja, berhati-hati dengan apa yang disosialkan di alam maya kerana takut di akhirat kelak setiap gambar yang kita muat turun, setiap status yang kita postkan, setiap keburukan yang kita taipkan, pastinya Allah s.w.t. akan... fikir-fikirkanlah. Ingat, Allah s.w.t. memerhati kita dan malaikat yang menemani kita akan mencatat setiap amal baik dan buruk yang kita lakukan di dunia yang fana' ini.
Tanpa berlengah, saya menamatkan status ini sebab guru disiplin aku sedang berbual dengan Cikgu Ilham, Ustaz Kamarul Ariffin, jadi, sekian sahajalah untuk kali ini.

Ulasan

Catatan Popular