Aduh! Segannya! (Bahagian 2)

Alhamdulillah, aku baru selesai menghadiri kawad kaki Kadet Pertahanan Awam. Maklumlah, internet, internet juga, ko-kurikulum yang sesekali dilupakan kerana untuk mendapat rekod yang baik dalam rekod persekolahan. Baiklah, aku nak sambung kembali al-kisah aku dan Ustaz Kamarul Ariffin yang dikenali sebagai Lensa Pujangga di SAM Muhammadiah Pekan Sabak berdasarkan sebuah dialog.

Aku ketika ini membuka fail sekolah kerana Cikgu Mohd Ilham Rafii telah memberikan aku perlindungan secara penyamaran, jika ada cikgu tanya buat apa, cakap sahaja buat kerja cikgu.

Ketika itu, Ustaz Kamarul Ariffin sedang berbual dengan Cikgu Ilham. Tiba-tiba, tanpa aku ketahui, dia menegurku dengan garau suaranya macam orang sedang kemarahan. Aku pun apa lagi kakiku menggeletar tidak tentu hala kerana ketakutan yang mendalam terhadap Ustaz Kamarul yang semestinya terkenal dengan kegarangannya.

Ustaz Kamarul : Buat apa tu?

Segera aku membuka fail sekolah dari pemacu mudah alihku. Ustaz Kamarul Ariffin mendekatiku dengan perlahan.

Ustaz Kamarul : Kamu tipu ni... Ustaz tahu kau buka benda lain.
Amirul : (Suara takut) Maaf ustaz, saya buka blog saya ustaz. (sambil menunjukkan tetingkap Firefox).

Ustaz Kamarul memandangku sambil berkata : "Kamu tahu tak nak buat duit dengan blog?"

Aku pun angguklah selain peluang aku untuk belajar bersama Lensa Pujangga ini.

Kemudian, dia tunjukkan aku cara nak buat duit. Nuffnang, apa semua tu, memang tidak disangka olehku. Ustaz Kamarul memang handal dalam menjana duit ini. Ini bermakna buat duit dengan blog bukanlah MLM atau apa sahaja yang tipu atau perkara yang merugikan. Entahlah, aku just follow jelah apa yang Ustaz cakap. Dia suruh sign up, aku sign up, dia suruh aku itu, aku buat itu, dia suruh aku ini, aku buat ini. Tapi, dapatlah belajar.

Maklumlah, dari situ, aku menimba pengajaran yang besar iaitu jangan menilai seseorang guru hanya pada mata pelajaran yang digalasnya tetapi pada ilmu yang dia ada. Yalah, macam Ustaz Kamarul tu dia ajar Sirah (tak tahulah tahun ni, tahun lepas adalah...). Memang tak ku sangka dan tak ku duga dia mempunyai kepakaran sebegitu. Yalah, tapi aku lupa pula yang dia ada blog entitled Lensa Pujangga itu. Tak apalah, sekurang-kurangnya aku dapat menimba ilmu pengetahuan dalam ilmu IT ini. Jadi, budak sekolah aku yang ada blog jangan segan bertanya kepada MasterBlog kita (gelaran aku kepada Ustaz Kamarul...). Nurhanis Mat Shom, follower kau ramaikan? Jadi, buatlah duit sikit... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...    

Ulasan

Catatan Popular