Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Terima Kasih, Syarahan Bahasa Melayu (Jangan Pendamkan Kemahiran Anda II)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua. Alhamdulillah, sejak jadi Naib Setiausaha Pembimbing Rakan Sebaya banyak melibatkan diri dengan dokumen berasaskan komputer (tak bermakna aku menyalahgunakan kemudahan yang diberi). Baiklah, hari ini rasa bangga pun tak ada (takut riak), nak kecewa pun tak ada (padahal gelak). Hari ni di sekolah agam aku terdapat satu acar pada hari yang 4 tahun sekali je boleh jumpa (29 Februari) iaitu Kemahiran Amal Islami 2012. Aku macam biasalah, asyik pegang game sama je tak ada acara lain bagiku, dah macam makanan aku nampaknya. Memang sibuklah keadaan sekolah ni dah macam ada karnival berasaskan keilmuwan. Jadi, aku masuk ke kelas 3 Ibnu Rushd dimana disitulah akan bermulanya peperangan sesama sendiri di mana hujah siapakah yang berkuantitikan kualiti.
Aku pun dah macam ayam berak kapur, maklumlah walaupun dah pernah bersyarah malah sampai peringkat zon, tapi dah lama dah kan tak update jadi ingat-ingat lupa. Lalu, setelah undian ke-3 pun …

Tindakan Terkini Kelab ASPM Siber

Tindakan terkini Kelab ASPM Siber
Beberapa elemen dalam Kelab ASPM Siber dibuang bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan

INTERNET, 25 FEBRUARI 2012 - Pentadbir Kelab ASPM Siber, Amirul Syafiq Putera Muslimin telah melakukan sedikit pengemaskinian bagi mengelakkan Kelab ASPM Siber melembapkan paparan secara penuh. "Saya merasakan bahawa Kelab ASPM Siber apabila kita buka laman webnya terasa lambat oleh kod HTML atau sebagainya. Jadi, saya telah memadamkan filem-filem berHTMLkan YouTube, halaman Kaki Pawagam ASPM dan beberapa status yang diyakini tiada fungsi (orang nak baca) untuk menambah kualiti perkhidmatan." katanya baru-baru ini di Kelab ASPM Siber.

"Setelah menambah kod HTML agar orang lain tidak membenarkan menciplak hasil karya saya, barulah rasa aman." tambahnya lagi.

Kelab ASPM Siber akan melakukan transformasi bermula 9 Mac 2012 sempena cuti sekolah slama seminggu dan akan melakukan pengubahsuaian dari segi reka letak dan templat serta beberapa kod yang lain y…

Kita Kena Jujur Tapi Jangan Bengap

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, dapat juga update blog ni. Maklumlah, aku tak tahu apa yang aku nak updatekan tetapi apa-apapun, aku masih lagi ingat rumah Kelab ASPM Siber ini.
Ke'tiga minggu'an berada di asrama dan dibebani dengan ujian-ujian dari Bos PMR yang mana ujian-ujian itu seperti kelas tambahan berjaya menarik perhatian demam untuk mendekatiku seterusnya menjadi BFF Teman Tapi Menguji! Yalah, hari bila ntah, aku tak ingat, aku diserang demam yang tak seberapa panas tapi melembahkan antibodi tubuh aku. Nasib baiklah aku mampu bertahan dan terus bertahan sehinggalah ke tahap ini aku rasakan mampu untuk menangkis dan meneruskan kehidupan yang diberi oleh Bos PMR. Tapi aku tahu Allah s.w.t. menguji aku supaya aku bersabar dan meningkatkan kualiti kehidupan ke arah kecemerlangan yang padu. Apatah lagi dengan cuaca yang tak menentu adakah ini cinta Allah kepada kita? Ya! Ayuh! Cuba kau lihat dunia dari mata yang melihat. Semua adalah dengan izin Y…

Sentuhan Kasih ASPM (Bahagian 2)

Imej

Sentuhan Kasih ASPM

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sebelum aku meninggalkan rumahku dalam masa tiga minggu yang lama ini, terimalah grafik yang diedit untuk menambah keyakinan.











[PROMO] Sinopsis & Video Klip Lagu Tema Hotel Gangster

HOTEL GANGSTER dimulakan dengan sebuah perkhidmatan hotel yang bernama Hotel Angsana yang diuruskan oleh sebuah syarikat dikunjungi oleh penginap yang membuat kekecohan dan provokasi melampau sehinggakan tidak menyenangi dua orang pekerja iaitu Aina dan Amirah. Dalam cerita ini, pada permulaan cerita, dipaparkan seorang lelaki (lakonan Hariz Zhahirin) menginap hotel tersebut. Kemudian, muncul seorang rakannya (Amirul) dan terus keluar dari hotel tersebut tanpa check-out. Namun, terdapat pengunjung yang baru yang mula menunjukkan belang dan akhirnya tumpas. Namun (ya, namun lagi di situ), ada lagi pengunjung yang mencabar kewibawaan dan kesabaran pekerja Hotel Angsana dan akhirnya berlaku satu insiden yang tidak menyenangi. Berlaku tanpa perancangan. Apakah nasib Hotel Angsana? Bagaimanakah cara untuk ditempuhi? Siapa pengunjung yang membuat kekecohan yang drastik ini? Persoalan anda akan terjawab dalam filem terbaru (short film) ASPM iaitu Hotel Gangster!


Lagu tema Hotel Gangster iaitu…

Hotel Gangster - Permulaan Pertama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, sedar tak sedar, esok aku pun dah balik. Confirm sesak kat Batu Caves tu nanti, ya tak?
Baiklah, hari ni aku nak siarkan sebuah trailer berkenaan filem pendek yang aku buat. Ha, jangan terkejut. Tak semestinya David Teo, Ahmad Idham je buat. Aku pun follow their step la juga! InsyaAllah, filemnya akan disiarkan pada bulan Mac 2012 disebabkan masalah teknikal dari segi audio dan visualnya yang diedit sedikit dan performance serta jalan cerita yang digarap. Apa-apapun, nak tahu best ke tidak, tengoklah dulu trailernya!

Aduh! Segannya! (Bahagian 2)

Alhamdulillah, aku baru selesai menghadiri kawad kaki Kadet Pertahanan Awam. Maklumlah, internet, internet juga, ko-kurikulum yang sesekali dilupakan kerana untuk mendapat rekod yang baik dalam rekod persekolahan. Baiklah, aku nak sambung kembali al-kisah aku dan Ustaz Kamarul Ariffin yang dikenali sebagai Lensa Pujangga di SAM Muhammadiah Pekan Sabak berdasarkan sebuah dialog.

Aku ketika ini membuka fail sekolah kerana Cikgu Mohd Ilham Rafii telah memberikan aku perlindungan secara penyamaran, jika ada cikgu tanya buat apa, cakap sahaja buat kerja cikgu.

Ketika itu, Ustaz Kamarul Ariffin sedang berbual dengan Cikgu Ilham. Tiba-tiba, tanpa aku ketahui, dia menegurku dengan garau suaranya macam orang sedang kemarahan. Aku pun apa lagi kakiku menggeletar tidak tentu hala kerana ketakutan yang mendalam terhadap Ustaz Kamarul yang semestinya terkenal dengan kegarangannya.

Ustaz Kamarul : Buat apa tu?

Segera aku membuka fail sekolah dari pemacu mudah alihku. Ustaz Kamarul Ariffin mendekatiku d…

Aduh! Segannya! (Bahagian 1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Baru selesai mengemaskini blog, tiba-tiba Ustaz Kamarul Ariffin masuk. Dan sesuatu telah menimpaku. Dan cerita bersambung seketika kerana aku ada latihan kawad kaki...

Aku Tabik Sabak Bernam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua yang masih lagi sibuk dalam sesi persekolahan yang takkan nak kata baru lagi... Dah masuk bulan Februari 2012 dah pun. Kita semakin mendekat dengan hari keputeraan Rasulullah s.a.w. Mungkin ada di antara kita mahupun adik kita mahupun sesiapa sahaja yang sedang membuat persiapan dalam menyambut Maulidur Rasul seperti pertandingan nasyid dan sebagainya. Maklumlah, semangat menengakkan agama yang dibawanya iaitu agama Islam!
Baiklah, hari ni rasa beruntung sangat kerana baru first time dalam tahun ini berbanding tahun lepas kerana baru kali pertama dalam-talian di SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Terima kasih Cikgu Mohd Ilham Rafii. B. EDU. HONS. Bimbingan dan Kaunseling.
Hari ini aku nak menceritakan sebuah tajuk yang mungkin ada kena mengena dan agak sensitif tentang sebuah tajuk iaitu tempat aku bersekolah iaitu Sabak Bernam. Yalah, Sabak Bernam merupakan sebuah daerah yang menjadi kebiasaannya oleh pelajar asrama di daerah ini akan k…